Tulis sendiri cek yang ingin diwasiatkan kepada generasi akan datang

Jika anda ingin menembak jadikan sasaran anda bintang dilangit. Andainya tidak kesampaian mensasarkan bintang dilangit jadikanlah dedaun pokok yang paling tinggi sebagai sasaran. Anda berhak mempunyai impian yang tinggi mengunung.


Bijak bistari pernah mengatakan bahawa kehidupan kita semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Besuk adalah adalah impian yang belum nyata. Tetapi hari ini adalah penentu siapa kita dihari esuk. Oleh itu setiap tindakan yang ingin anda laksanakan pastinya berasaskan matlamat yang ingin anda mancapainya.

 

Pastikan sejarah hidup yang pernah anda lalui itu adalah mutiara yang dapat anda kutip dari pengalaman yang lalu. Yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk dijadikan sempadan. Itulah gunanya sejarah . Keputusan yang anda buat hari ini adalah penentu kejayaan anda dimasa akan datang.


Hari ini saya bersama Zabri bertemu seorang usahawan yang berminat untuk terlibat dalam industri walit. Beliau mempunyai kemampuan dari segi modal, tapak tanah dan sedikit pengetahuan tentang industri walit. Banyak persoalan yang ditimbulkan dari segi kaedah membudidaya walit serta potensi pasaran.


Hampir dua jam kami berbincang sebelum dibawa melihat tapak tanah yang dicadangkan. Kawasan cadangan adalah bersebelahan dengan landasan lapangan terbang Sultan Mahmod. Kuala Terengganu berada dihadapan rumah kediaman beliau . Kedudukannya lebih 100 meter dari kawasan perumahan. Keadaan tanah telah ditambun kerana asalnya  kawasan paya. Masalah kacaugangu kepada orang ramai tidak akan berlaku. Ujian lokasi tidak perlu dilakukan kawasan ini merupakan kawasan laluan walit yang keluar mencari makan dari lokasi hunian di Kuala Terengganu.


Beliau mempunyai modal yang mencukupi serta mempunyai lokasi yang strategik . Beliau juga telah menemui pakar yang sedia membantu bagi merealisasikan impian tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah keberanian untuk membuat keputusan.

Tulis sendiri cek yang ingin anda wariskan kepada generasi anda dimasa akan datang untu merealisasikan impian setinggi bintang dilangit.

Posted on 26 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: