Jabatan mana sebenarnya berkuasa untuk mengawal burung walit

Terdapat beberapa jabatan yang ada kaitan dengan burung walit. Semasa smenjalani latihan praktikal bagi menamat pengajian saya dalam bidang perhutanan pada tahun 1977 dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu saya dibawa ke Pulau Redang untuk melihat cara-cara memungut sarang burung dari Gua Hujan. Sarang burung dari 7 buah gua yang ada di Pulau Redang Terengganu termasuk dalam hasil hutan. Sebab itu kawalan terhadap habitat burung walit dilakukan oleh Jabatan Perhutanan sehingga sekarang. Sarang burung walit dari rumah burung walit bukan hasil perhutanan. Jadi jabatan Perhutanan tidak berhak mengawalnya.Sekiranya burung walit dianggap sebagai haiwan liar atau wild life tentulah Jabatan Perhilitan yang berhak mengawalnya. Fungsi Jabatan Perhilitan adalah untuk mengawal hidupan liar daripada pupus. Pembudidaya walit tidak mungkin memupuskan hidupan liar tadi (walit). Sebaluknya membiakan atau mengembangkan populasi burung walit. Tetapi mengapa Perhilitan memungut cukai eksport sarang burung walit. Sepatutnya pembudidaya walit tidak ada kaitan dengan Jabatan Perhilitan.

Di Malaysia nampaknya jabatan Veterina nampaknya lebih kedepan daripada jabatan. Hanya jabatan veterina mengeluarkan buku garis panduan menternak burung walit. Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas industri burung walit tidak terlibat dengan ternakan. Mengapa pula jabatan Veterina menyibuk sangat.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  seperti Majlis Perbsndaran atau Majlis Daerah. PBT ada kaitan secara langsung kerana salah satu fungsi PBT ialah untuk memprrtingkatkan kebersihan, keindahan dan keceriaan dalam kawasan pentadbirannya untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat. Sebab itu Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang di pengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Datok Seri Mohd Najib Razak telah mengeluarkan garis panduan peraturan PBT untuk mewujudkan undang yang berkaitan dengan walit sejak tahun 2005 lagi. Mengapa payah sangat PBT untuk mewartakan undang-undang kecil tersebut. Payah nak jawab ini. Saya pernah membuat lawatan ke Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbsndaran Kuatan pada tahun 2005. Bilangan RBW yang didaftar oleh MPK ketika itu lebih daripada 500 premis. Pegawai Penguat kuasa memberitahu penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana adanya campur tangan politik .

Saya fikir terdapat sebuah lagi jabatan yang ada hubung kait dengan walit, ia itu jabatan Pertanian. Industri walit mempunyai kaitan dengan industri asas tani. Industri asas tani adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian. Sepatutnya Jabatan Pertanian kena kehadapan dalam perkara ini. Jabatan pertanian dan agensi-agensi dibawahnya seperti Agro Bank, Lembaga Pertubuhan Peladang patut mengambil daya usaha untuk mengembangkannya.

Di Sarawak industri walit dikawal oleh jabatan Perhutanan Sarawak. Mungkin rakan rakan kita dari Sarawak boleh menjelaskanya.

Dari Sanctuary Resort, Cherating Pahang …… Persisiran pantai yang indah bersama hembusan bayu serta desiran ombak mehempas permaidani putih. Indahnya negeri ku.

Posted on 25 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: