Membudidaya bukan menternak atau memelihara burung walit.


Seorang pembaca blog jahaniwalit.com meminta diperbetulkan istilah menternak walit. Kita bukan menternak burung walit. Jika menternak ia perlu diberi makan minum dan dijaga dengan rapi. Perlu dikawal dari jangkitan penyakit dan sebagainya. Menternak hanya boleh digunakan untuk binatang ternakan sahaja seperti lembu, kerbau, kambing, ayam itik sahaja. Ini adalah aktiviti pertanian. Manakala jabatan yang bertanggung jawab ialah Jabatan Veterina. Penternak perlu memberi makan minum binatang ternakan mereka. Ternakan sedemikian tidak boleh dilakukan didalam bandar, apakah lagi diatas bangunan.

Kita tidak pernah menternak burung walit katanya sebab itu menggunakan istilah menternak untuk burung walit adalah tidak tepat. Burung walit bukan haiwan ternakan yang dikawal oleh jabatan veterina. Induk burung walit tidak boleh dibeli dimana-mana pasar. Ternakan lain induk atau anaknya boleh dijual beli. Burung walit langsung tidak boleh disentuh apatah lagi untuk diternak.

Kalau begitu apa istilah yang boleh digunakan. Carilah perkataan yang sesuai katanya. Beberapa orang rakan beliau bersetuju dengan cadangan tersebut. Pertemuan itu secara kebetulan  saya melalui warung kopi beberapa pemilik rumah burung di Chukai, Kemaman dengan setiausaha persatuan walit kemaman Mr. Johny Tan. Mereka ajak saya joint sekali. Terima kasih saya ucapkan nampaknya kerjasama antara pemilik RBW amat erat sekali, Mereka saling membantu tanpa mengira kaum.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka semua kerana menyelesaikan masalah kerosakan sistem audio RBW saya hari sabtu yang lalu dimana RBW saya bunyi terlalu kuat hingga menggangu jiran. Mereka semua tolong matikan fius dahulu sebelum saya sampai. Tidak sia-sia kami joint mereka sebagai ahli persatuan.

Berbalik kepada istilah yang paling sesuai digunakan ialah mengikut istilah Indonesia ia itu ” MEMBUDIDAYA”. Ini kerana burung walit datang sendiri mendiami rumah yang disediakan. Pemilik RBW tidak boleh mengawal mereka. Jika burung walit suka datang ia akan datang jika tidak ia akan pergi. Kita hanya berbudi kepada burung walit. Pemilik RBW hanya menyediakan tempat untuk burung walit tidur dan membiak itu sahaja. Itu sahaja budi kita dan yang selebih itu daya usaha burung walit sendiri untuk datang. Oleh itu istilah membudi daya lebih tepat untuk digunakan bagi industri burung walit ini.

Advertisements

Posted on 24 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: