Suara memanggil walit bukan faktor utama kejayaan sebuah rumah walit (RBW)

Menghasilkan suara walit bukan kerja mudah. Menurut Jeff beliau terpaksa bercekam mata untuk menghasilkan sebuah lagu walit yang berkesan. Biasanya beliau melaksanakan kerja pada malam hari. Suara ini akan diuji keberkesanannya sebelum digunakan. Walau bagaimana pun Jeff tidak menjual suara walit yang dihasilkan nya. Mengapa sampai begitu sekali Jeff.  “Saya tidak cari makan dengan cara menjual suara walit” kata Jeff. Sebenarnya tiada bisnis jual suara. Pendapatannya tidak seberapa.   Walau pun beratus e-mail yang diterima bertanyakan tentang suara walit yang dihasilkannya melalui teknik artificial. Beliau bimbang walau pun pemilik RBW mempunyai suara yang bagus tetapi ia tetap gagal, kerana suara memanggil bukan segalanya faktor kejayaan.  Semuanya saling memerlukan antara satu dengan lain.

 

Tidak semestinya suara yang bagus dan berkesan pada suatu tempat akan menghasilkan keputusan yang sama ditempat lain. Suara boleh diperolehi dimana-mana. Dalam you tube pun banyak suara yang berkesan ditunjukan. Untuk mereka yang arif berkaitan dengan program tertentu untuk mengedit suara pasti mampu mengambilnya dari internet. Kemudian suara ini di “compose” kembali dengan menggabungkan suara dari sumber lain juga. Menurut Jeff banyak program yang boleh digunakan asalkan anda dahagi dalam melaksanakan sesuatu kerja. Pasti anda berjaya. Janganlah anda terlalu risaukan tentang suara kerana mereka yang telah berjaya pun menggunakan suara yang biasa sahaja. Burung pun masuk dan bersarang juga. Asalkan faktor kejayaan yang lain anda telah mengambil kira sebaik mungkin.

 

Dalam menghasilkan gabungan yang mantap masing-masing mempunyai tugas yang tersendiri. Jika anda mempunyai kemahiran didalam sesuatu bidang anda patut fokus dalam bidang tersebut. Jeff, misalnya beliau mahir dalam bidang komputer maka ia memberi fokus dalam menghasilkan suara walit. Manakala Zabri sebagai kontraktor beliau mahir dalam pembinaan dan beliau member fokus dan merekabentuk bangunan. Gabungan mereka inilah yang saling lengkap melengkapi. Sebab itu saya tidak hairan jika RBW yang mereka usahakan berjaya memancin walit dengan cepat. Dunia yang berkaitan burung walit sangat luas. Ianya mempunyai potensi ekonomi yang sangat besar.

Namun begitu tidak ada institusi penyelidikan diwujudkan untuk membuat R&D yang berkaitan dengannya. Walaupun tiada R&D dari instiusi tertentu pengusaha dan peminat walit telah membuat kajian mereka sendiri. Penemuan penemuan ini boleh diterbitkan dalam bentuk buku untuk disebarkan demi kebaikan bersama. Saya ini mencadangkan kepada jeff dan zabri paling tidak pun anjurkanlah kursus atau seminar untuk mendedahkan penemuan anda dalam bidang ini.

Advertisements

Posted on 23 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: