Bunyi tweeter rumah burung walit menggangu khutbah jumaat

Hari ini saya mengikuti program team building. Program team building yang dilaksanakan adalah untuk mewujudkan kerjasama dikalangan ahli dalam sesebuah organisasi. Ahli adalah terdiri dari individu yang  banyak perbezaan dalam banyak perkara. Namun begitu bagi mewujudkan sebuah organisasi yang berjaya setiap ahli mesti bertemu pada satu titik pertemuan yang boleh dikongsi bersama paling tidak setiap individu mempunyai matlamat dan niat yang sama.


Tidak menjadi masalah jika ahli itu mempunyai cara yang berbeza untuk mencapai matlamat. Saya percaya sama ada organisasi tersebut ditubuhkan secara rasmi atau pun tidak yang pentimg ia mempunyai tujuan yang sama. Mungkin dikalangan pengusaha burung walit. Terdapat pengusaha yang menyertai persatuan atau pun tidak menyertainya tetapi mempunyai satu matlamat. Setiap pengusaha mahukan kejayaan dari rumah burung walit yang diusahakannya. RBW nya berhasil dan berjaya.

Matlamat kita ialah tidak mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap RBW yang mendatangkan kacau ganggu masyarakat dan orang ramai. Semasa dalam perjalanan dari Pulau Kapas untuk sembahyang jumaat saya melewati beberapa buah rumah burung yang dibina dengan mengubahsuai premis perniagaan yang dibina oleh PMINT di bandar Marang berhadapan dengan  jeti pelancungan Marang. Premis tersebut berada dihadapan Mesjid Marang.

  Semasa melewati kawasan tersebut khatib sedang membaca khutbah. Tetapi alangkah terperanjatnya saya kerana bunyi tweeter menenggelami khutbah yang sedang dibaca khatib. Pemilik RBW tersebut sepatutnya peka kepada sensitiviti masyarakat. Apa lagi kawasan tersebut dikelilingi oleh masyarakat islam. Sepatutnya pemilik RBW tersebut menggunakan 2  buah amlifier ia itu suara luar untuk pagi petang yang agak nyaring dan yang satu lagi untuk tengahari khususnya waktu sembahyang jumaat yang mesti di perlahan supaya tidak terganggu khatib membaca khutbah.

Sikap pengusaha yang begini akan menggangu industri walit. Jika masyarakat bertindak membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentu ianya tidak berpihak kepada kita pengusaha RBW. Oleh itu sepatut nya kerjasama semua pihak supaya industri ini tidak menjadi masalah kepada orang ramai dan juga pihak berkuasa.

 

Saya juga menerima panggilan dari Johny Tan Setiausaha Persatuan Burong Walet Kemaman. Kerana mendakwa RBW saya suara memanggil walit yang terlalu kuat. Saya katakan tidak mungkin sama sekali kerana saya telah pasang semula suara memanggil sejak sebulan yang lalu. Mengapa sekarang baru complain. Saya juga memerima panggilan daripada jiran saya mengatakan bukan RBW milik saya yang kuat tetapi RBW sebelah saya. Mungkin suara diperkuatkan untuk bersaing dengan RBW saya yang cukup meriah kehadiran wali. Cemburulah tu……?. Keadaan ini juga akan menimbulkan masalah kepada masyarakat. Oleh itu jika anda pemilik RBW berhati-hatilah.

Jika anda mendogak ke langit anda akan melihat begitu luas dan  indah khazanah alam. Burung-burung yang terbang diudara serta awam yang mewarnai langit. Begitu juga jika anda menyelam kedasar lautan anda akan dapati keindahan khazanah laut. Namun begitu khazanah laut boleh kita capai dengan mudah  tetapi untuk mendapat khazanah langit tidak mudah untuk dicapai. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu mencapainya.

Maksud saya untuk kita mencapai kejayaan kita perlu melihat kedalam diri kita . Dari situ kita dapat melihat kemampuan kita. Jika kita rasakan kita tidak mampu mencapainya sendiri apa salahnya kita gunakan kepakaran orang lain untuk medapatkan dan mencapai khazanah langit . Apa lagi khazanah langit jika tidak burung walit.

Posted on 21 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: