Faktor rekabentuk dalaman mempengaruhi kejayaan RBW

Faktor seterusnya yang mempengaruhi kejayaan rumah burung adalah reka bentuk luaran dan dalaman. Luar dan dalam sama pentimg bagi sesebuah rumah burung. Bentuk luaran boleh mempengaruhi kondisi dalaman rumah burung.

Kedudukan RBW seharusnya tidak menghadap arah pancaran sinar matahari pada permukaan yang luas petang atau pagi. Kerana kesan dari sinaran matahari dipermukaan luar akan memberi kesan kepada kepanasan dalaman. Sebab itu rekabentuk RBW membujur atau melintang seharusnya mengambil kira sinaran matahari. Namun begitu ia juga bergantung kepada kedudukan tanah yang kita miliki. Jika perkara tersebut tidak boleh dielakkan, teruskan sahaja kedudukan membujur atau melintang. Kepanasan cahaya matahari boleh diatasi dengan cara yang lain.


Reka bentuk lubang masuk juga bergantung kepada design RBW. Penentuan lubang burung masuk bergantung kepada arus terbang walit semasa keluar dan pulang. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman pasti dapat menentukan lubang masuk yang tepat. sebaik baik lubang masuk sepatutnya dari arah mana burung pulang. Itu pun jika tidak ada faktor lain yang menghalang, seperti pokok, bangunan atau ganguan yang lain. Hadangan dari tiupan angin juga harus diambil kira.


Reka bentuk dalaman lagi penting dari rekabentuk luaran . Jika salah di rekabentuk dalaman kesannya bukan sedikit. Ia dianggap sebagai kesalahan utama. Kesalahan ini memberi kesan kepada kejayaan sebuah RBW. Gunakanlah khidmat pakar untuk membuat rekabentuk dalaman. Jika tersalah rekabentuk dalaman burung tidak dapat masuk melalui lubang masuk dengan sempurna. Itulah salah satu sebab mengapa burung masuk kemudian muntah kembali keluar dari RBW. Tersalah rekabentuk dalaman menyebabkan bangunan menjadi bergema. Gema ini akan mengubah kualiti suara dan burung akan terganggu.

Posted on 19 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: