Belajar dari pengalaman; Dimana ada kemahuan disitu ada jalan

Ramai pembaca tercari-cari untuk melayari blog yang jujur dan telus macam bendul paparkan semua espek yang berkaitan dengan kaedah menternak burung walit dari A hingga Z. Saya nasihatkan anda lupakan sahaja impian tersebut, kerana tiada siapa yang  ada kepentingan dalam industri walit akan berbuat demikian. Tidak ada gunanya berbuat demikian. Tidak ada siapa yang akan menilai pengorbanan seseorang. Mereka yang sanggup menghargai tidak ramai. Yang ramai adalah mereka yang sanggup menguntuk, nak beri penghargaan jauh sekali.


Bagi saya sebenarnya tidak ada masalah sama ada mendapat penghargaan atau tidak. Mendedahkan maklumat yang menjejaskan orang lain untuk mencari makan tidak baik sebenarnya. Sebagai contoh bila saya, Jeff dan Zabri memberi seminar percuma di Hulu Terrngganu tempuh hari ramai yang mengutuk, ramai yang tidak bersetuju. Walau bagaimana pun saya akan terus menulis selagi Allah beri idea untuk memperkatakan sesuatu. 

 

Berkongsi pengalaman adalah sesuatu yang baik untuk semua. Belajar dari pengalaman adalah yang terbaik untuk diikuti. Jika pengalaman itu baik kita jadikan pedoman . Sebaliknya pengalaman yang tidak baik kita jadikan sempadan. Itu gunanya pengalaman. Untuk belajar dari pengalaman tidaklah perlu kita lalui sendiri pengalaman tersebut. Kita juga boleh belajar dari pengalaman orang lain, asalkan kita ada kemahuan untuk berjaya. Pepatah melayu mengatakan dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

 

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kejayaan sesebuah rumah burung walit (RBW). Melalui pembacaan dan pengalaman sendiri saya dapati terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan sesebuah rumah burung.

 

Pertama : Pemilhan tapak, tidak ada tapak macam mana nak buat projek. Isu tapak sebenarnya banyak bergantung kepada kemampuan kita. Dimana lokasi tanah yang kita miliki, disitulah tempat yang boleh kita laksanakan projek. Tapak yang baik ialah pada lokasi hunian atau centra walit. Kerana dilokasi ini walit akan kembali untuk tidur dan bersarang selepas sepanjang hari memburu makanan. Oleh kerana kawasan hunian kebanyakannya kawasan bandar. Banyak masalah akan terpaksa dihadapi seperti keperluan lesen dari pihak berkuasa dan sebagainya. Nilai harga tanah yang tinggi juga mempengaruhi pelaburan kita. Cabaran persaingan dengan projek yang telah lama bertapak tidak kurang hebat.

 

Selain daripada lokasi hunian lokasi perburuan dan lokasi air juga baik untuk melaksanakan projek ini. Sepertimana yang sedia maklum kawasan perburuan biasanya kawasan hutan dan kawasan perkebunan. Lebih-lebih lagi jika kawasan tersebut terdapat tasik, sungai atau paya bakau. Kawasan begini bukan sahaja membekalkan sumber makanan malah sumber air juga untuk kelangsungan hidup burung walit. Oleh kerana walit membuat sarang dari sulivanya, ia memerlukan sumber air agar tidak kekeringan yang boleh menyebabkan ia tercekek dan menyebabkan kematian. Sebab itulah tempat  yang sesuai walit membuat sarang ialah dalam kondisi yang lembab dan sejuk. Kadang-kadang membangunkan rumah walit dikawasan begini kadar keberhasilannya lebih cepat berbanding dengan kawasan lain. Lagipun harga tanah tidaklah terlalu mahal berbanding dengan kawasan bandar. Kerenah penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tidak seteruk di bandar.

 

Satu lagi lokasi yang juga sesuai untuk membangunkan projek walit ialah kawasan laluan atau highway burung walit terbang semasa keluar memburu makanan atau semasa kembali. Keadaan ini kita boleh perhatikan seawal pagi dimana terdapat kumpulan koloni walit terbang menuju ke lokasi perburuan dan bila kembali diwaktu senja akan melalui laluan atau highway yang sama. Inilah peluang pelabur untuk membangunkan rumah burung walit ditengah tengah laluan tersebut. Macam polis buat road block, kenderaan terpaksa berhenti. Begitu juga walit jika terdapat road block dalam perjalanannya. Walit akan berhenti untuk meninjau RBW tersebut, jika difikirkan sesuai untuk dihuni walit tidak kembali lagi kepada rumah asalnya.  Bersambung kefaktur yang kedua pula….

Posted on 18 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: