Menjana sumber ekonomi bagi membiayai sekolah agama rakyat melalui projek membudidaya walit

Malam semalam saya diminta memberi taklimat kepada “think tank” sebuah kampung yang diketuai sendiri oleh ketua kampung. Pertemuan dengan kumpulan yang merangka pelan tindakan pembangunan kampung. Kesungguhan mereka untuk membangunkan kampung amat jelas. Justeru itu diwujudkan  ” think thank ” atau kumpulan pemikir bagi merangka pelan tindakkan untuk pembangunan kampung mereka. Apakah projek ekonomi yang boleh dilaksanakan untuk masyarakat kampung . Pastinya projek yang akan dilaksanakan tidak akan jadi gajah putih atau projek mee segera untuk mendapat manfaat dari pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan oleh kerajaan. Seperti yang saya nyatakan dahulu saya memberi sepuloh sebab mengapa mereka patut mencadangkan projek menternak walit bagi ekonomi kampung mereka.


Sehari selepas itu  saya bertemu pula dengan Tuan Hj. Abdullah dari sebuah Sekolah Agama Rakyat di Batu Pahat, Johor. Kedatangan Haji Abdullah untuk mendapat maklumat yang lebih jelas tentang industri walit. Beliau ingin meneroka dengan lebih mendalam serta mendapat maklumat yang lebih terperinci sebelum melaksanakan projek ternakan walit untuk sekolah agama rakyat yang di uruskan oleh beliau. Menurut beliau lagi sekolah agama rakyat memerlukan dana untuk menguruskannya. Kita tidak boleh selamanya bergantung kepada sumbangan derma orang ramai sahaja.


Setelah meneroka berbagai potensi pelaburan beliau yakin bahawa projek menternak walit sangat menarik dan boleh dilaksanakan bagi untuk menjana dana yang berterusan bagi sekolah agama rakyat tersebut.
Beliau menubuhkan jawatan kuasa pelaburan dan mencari pelabur yang bersedia melabur untuk perojek tersebut. Cadangan beliau mendapat sambutan yang mengalakan dari dermawan yang ingin terlibat sama dalam industri walit. Melabur untuk mendapat dua dalam satu. Sebahagian hasil dari pelaburan tersebut untuk didermakan kepada sekolah agama rakyat tadi dan sebahagian lagi sebagai pulangan dari pelaburan. Pendek kata dunia dapat akhirat pun dapat pahala. Oleh kerana modal yang dikumpul adalah dari sumbangan orang ramai maka beliau perlu lebih berhati untuk mendapat khidmat nasihat yang betul untuk memastikan projek tersebut berjaya.


Sekadar membaca dari blog atau mendengar cakap-cakap belum dapat meyakinkan beliau siapa yang akan dipilih untuk mendapat khidmat nasihat tersebut. Pertemuan tersebut dihadiri sama oleh En Zabri dan MZN Niaga. Hj Abdullah dibawa oleh En. Zabri melawat sebuah projek pengelolaan yang dibuat oleh syarikat beliau. Bila melihat sendiri sistem yang digunakan MZN Niaga En. Abdullah mungkin yakin telah menemui orang yang patut beliau cari bagi merealisasi projek menjana dana sekolah agama rakyat tersebut.

 

Walau pun kami adalah pendatang baru dalam bidang ini tetapi kemahiran mengunakan teknologi terkini telah memberi kesan yang lebih baik. En Abdullah dapat melihat sendiri bagaimana burung kedalam RBW yang dikelolakan walaupun baru sebulan lebih ianya beroperasi. Mudah mudahan berjaya dan terjaminhgubungan baru yang berpanjangan.

Posted on 17 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: