10 sebab mengapa anda perlu terlibat dalam projek industri walit.

Pertama : Industri walit adalah industri yang telah berjaya melahirkan  ramai jutawan senyap. Rahsia rumah gelap telah terbongkar. Industri rumah gelap tidak menjadi rahsia lagi kerana ramai yang telah mengetahui mengenainya. Keghairahan untuk melabur dalam industri ini telah menjadi fenomena baru di Malaysia, Ramai pelabur yang sanggup melabur dengan nilai jutaan ringgit. Malah ramai yang sanggup menanggung risiko walaupun tanpa kelulusan pihak berkuasa.


Kedua : Industri walit boleh diwarisi sampai keanak cucu. Anak-anak yang akan mewarisi perniagaan ini tidak perlu mempunyai kemahiran untuk meneruskan  dan menguruskan perniagaan ini. Ia amat berbeza dengan perniagaan lain. Sebagai contoh jika anda membuka bisnis komputer, anak-anak anda perlu belajar ilmu komputer untuk menguruskannya seperti anda.


Ketiga : Industri walit bukan berkaitan dengan industri ubatan yang bergantung kepada pesakit untuk mendapatkan permintaan terhadapnya. Ia adalah sejenis pemakaman yang telah terbukti untuk kesihatan sejak zaman dinasti Tang di China.Ia menjadi makanan kesihatan kepada kaum bangsawan.  Ianya menjadi makanan kesihatan yang sangat dipedcayayai oleh masyarakat China. Ekonomi China dijangka semakin berkembang lebih pesat daripada ekonomi Amerika. Dengan itu permintaan untuk sarang burung akan sentiasa ada akan meningkat meningkatnya jumlah pengguna yang mempunyai kemampuan ekonomi (makanan orang kaya). Dimana wujudnya masyarakat cina disitu akan ada permintaan untuk pasaran sarang burung. Dengan itu pasarannya akan terjamin dimasa sekarang dan masa akan datang

 

Keempat : Perniagaan walit sangat unit,  kerana ianya tidak memerlukan modal pusingan atau kos operasi untuk mengendalikannya. Jika ada hanyalah kos eletrik dan air yang sangat minima. Ianya tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti perniagaan yang lain.


Kelima : Perniagaan walit tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menguruskannya. Apabila burung telah membuat sarang pemilik hanya perlu mengutupnya untuk dijual. Walaupun belum diproses harganya tetap tinggi.

Keenam : Perniagaan walit dari espek pelaburan yang keperluan modalnya relatif dimana saiz bangunan yang diperlukan tidak mempunyai  saiz yang standard. Saiz pelaburan mengikut kemampuan dan keupayaan. Jika bangunan yang telah sedia ada seperti bangunan rumah kedai pemilik hanya perlu mengubahsuainya sahaja. Oleh itu modal tetap hanya sekali tetapi keuntungan yang diperolehi akan berkenalan selagi bangunan tersebut masih wujud disitu.


Ketujuh : Perniagaan walit boleh dibuat dimana saja, Kajian yang dibuat oleh perhilitan menunjukkan hampir seluruh tempat di Malaysia sangat sesuai untuk membangunkan rumah walit.


Kelapan : Perniagaan walit boleh dilaksanakan secara bersendirian atau secara perkongsian. Boleh juga dilaksanakan oleh koperasi yang berjaya atau institusi. Jika berkongsi  dengan rakan tidak mudah berlaku unsur perselisihan faham  dan rasa tidak puas hati kerana pintu boleh dikunci secara berasaingan. Semua ahli kongsi perlu datang serentak untu membuka mangga kunci masing masing barulah hasil boleh dikutip.

Kesembilan : Perniagaan walit boleh dibuat secara sampingan, kerana anda tidak perlu memberi tumpuan sepenuh masa untunya. Jika anda seorang penjawat awam anda boleh memiliki sebuah RBW kerana ia tidak mengangu tugas anda sebagai penjawat awam. Jika anda seorang pemilik restoran, kedai emas atau apa jua perniagaan yang anda usahakan. Jika anda seorang ahli politik pun pasti ia tidak akan menggangu kegiatan anda. Anda boleh terus melaksanakan tugas rutin anda tampa tergsngu oleh perniagaan walit.


Kesepuluh : Perniagaan walit dapat mewujudkan industri hiliran yang lain. Perniagaan walit bukan sekadar menjual sarang walit mentah sahaja. Sarang walit boleh diproses untuk tambah nilai. Harga pasaran sarang yang telah diproses dan dibersihkan hampir sekali ganda atau lebih harganya berbanding dengan sarang mentah. Ia juga boleh mewujudkan industri sampingan lain seperti pembotolan untuk minuman. Diproses sebagai makanan berkhasiat dan sebagainya.

 

Nah apa tunggu lagi untuk anda terlibat didalam industri ini. Carilah mereka yang berkemampuan yang boleh membantu anda untuk bergelar jutawan senyap. Realisasikanlah impian anda, Keputusannya terletak ditangan anda.

 

Posted on 17 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: