Ambilah langkah keselamatan yang mencukupi termasuk menggunakan kaedah spiritual juga untuk melindungi RBW dari dicerobuh pencuri.

RBW yang sunyi sejak lima bulan yang lalu kini meriah semula. Menjelang senja RBW yang dahulunya sepi mula meriah kembali sejak beberapa hari yang lalu . Tinjauan yang dibuat sekitar Bandaraya Kuala Terengganu Persisir Air RBW menerima kembali tetamu mereka . Suasana cukup meriah yang pasti mengembirakan pemilik RBW berkenaan.

.Tinjauan juga dibuat di Chukai Kemanan keadaan yang sama juga berlaku. Kehadiran walit amat meriah sekali. Kedua lokasi centra walit di Terengganu ia itu Bandaraya Kuala Terengganu dan Chukai Kemaman merupakan lombong emas putih bagi pemilik RBW disini. Kehadiran walit dalam jumlah yang amat besar dianggarkan dalam jutaan ekor. Semasa saya membuat tinjauan diatas sebuah bumbung bangunan 3 tingkat di Chukai Kemaman kelihatan terlalu ramai burung walit masuk ke dalam RBW seumpama alat penyedut yang menyedut sampah, bertali arus tidak putus putus.
 Pada bulan lepas semasa menyedari kehilagan pendrive suara memanggil walit saya dicuri  tidak nampak begitu banyak kehadiran walit. Semasa saya tercari-cari versi yang dicuri itu dalam komputer , nasib baik terjumpa rupanya versi tersebut adunan suara jeff & zabri. Lantas saya gunakan lagi suara tersebut. Ketika menggunakan suara tersebut saya berada diatas bangunan melihat lubang masuk ke RBW saya. Ternyata luar biasa sekali . Maka fahamlah saya mengapa ia dikhianati.


Saya bertemu dengan jiran berbangsa Cina tetapi tidak membuat RBW disitu. Beliau menceritakan bagaimana adiknya pernah dimarahi kerana berada diatas rumah burung saya dan memerhati RBW jiran saya yang membuat pemantauan melalui CCTV. Saya tidak mahu membuat spekulasi lagi mengapa suara dicuri . Lantas langkah keselamatan yang lebih kuat harus dilaksanakan keatas setiap RBW.

Langkah keselamatan secara spiritual juga harus dilaksanakan. Tidak salah kalau kita berusaha kearah itu. Sekiranya amalan kita baik pasti Allah akan menjaganya. Terdapat sebuah RBW yang selalu dicerobuhi. Berbagai ikhtiar telah digunakan oleh pemilik RBW berkenaan. Penceroboh menggunakan pemotong gas untuk membakar pintu besi jenis pemotong gas steel. Sehingga pintu besi dilapisi dengan kepingan plywood terpaksa digunakan.
Setelah pemiliknya menggunakan ikhtiar secara spiritual, maka sehingga kini masalah pencerobohan tidak kedengaran lagi. Kita boleh temui orang orang lama yang pandai kaedah memagar kawasan supaya tidak dapat dimasuki musuh. Banyak kaedah yang digunakan termasuk menggunakan batu sungai untuk memagar kawasan RBW dari empat penjuru. Kadang kadang pengamal spiritual ini mengunakan paku untuk memagar kawasan. Ikhtiar mudah-mudahan Allah lindungi dari musuh dan bala bencana. Pengalaman yang lepas-lepas usahkan musuh manusia, ular pun tidak dapat masuk melintasi garisan yang dipagar secara spritual tadi.
 

 

 

Posted on 14 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: