Projek membudidaya walit untuk JKKK. Potensi besar untuk projek luar bandar

Saya dihubungi oleh seorang pengerusi JKKK bagi merancang projek ekonomi untuk JKKKnya. Sekiranya beliau mendapat geran peruntukan dari kerajaan dalam jumlah yang agak besar antara 300K hingga 500K apakah projek yang harus dibuat untuk membangunkan JKKK beliau.

Terperanjat juga saya bila ada cadangan kerajaan untuk memberi geran terus kepada JKKK dalam jumlah yang sebesar itu. Sepanjang pengalaman saya bertugas di Pejabat Daerah menguruskan JKKK cadangan sebegini tak pernah berlaku. Jika benar apa yang dikata, itu sudah bagus, suatu berita yang baik. Masa depan JKKK akan cemerlang, terjamin dan tidak lagi bergantung dengan bantuan kerajaan untuk melaksanakan aktiviti. Tentunya JKKK yang akan mendapat geran tersebut adalah JKKK yang terbaik dari yang terbaik. Tahniah saya ucapkan.

Bertuahnya jadi JKKK di Malaysia (JKKK ialah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung. Pengerusi JKKK adalah Ketua Kampung. Sebuah JKKK mempunyai 15 orang ahli. Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausah dan Bendahari dibayar elaun bulanan. semua ahli JKKK dibayar elaun mesyuarat)

Tetapi apakah projek yang akan dilaksanakan oleh JKKK berkenaan. Apa pengalaman niaga yang ada. Rata-rata JKKK yang ada hanya berpengalaman sebagai kontraktor atau paling tidak pun pelobi projek untuk kontraktor . Kemudian dapatkan sumbangan dari kontraktor untuk tabung JKKK. Dari tabung itulah aktiviti boleh dilaksanakan.

Jika kerajaan nak beri geran untuk JKKK berniaga, boleh berjayake!. Nak beri tu tak salah tetapi banyak juga masalah nya. Jikapun peruntukan tersebut hendak diagihkan kepada ahli, saya percaya yang akan dapat hanyalah kroni JKKK juga. Maka jadilah seperti bantuan kerajaan yang lain. Contohnya projek pembangunan luar bandar yang pernah diberikan oleh kerajaan kepada orang kampung, saya tidak pernah jumpa lagi projek yang betul-betul berjaya. Beri projek ternakan lembu, projek kambing, projek ayam, projek ternakan ikan dan sebagainya yang tinggal hanya tapak projek. Modal pusingan entah kemana. Macam berniaga buluh kasap, habis niaga modal lesap.

Mana tidak, belanja dapur pun atas modal tulah. Nak buat  modal pusingan lagi. akhirnya bila projek ke peringkat pusingan kedua tidak cukup modal lagi.  Jika pengurusan tidak cekap pasti tidak dapat pusing modal dan projek akan lingkup. Projek yang dibiayai oleh pinjaman bank dan ada cagaran pun lingkup inikan pula  geran percuma.

Saya cadangkan jika JKKK nak buat projek juga baik buat projek membudidaya walit. Geran yang diperolehi tadi digunakan untuk membuat bangunan rumah burung dan sistemnya sekali. Kerana projek walit tidak perlu modal pusingan dengan itu tidak timbul soal untung kasar atau untung bersih. Harga rendah pun pasaran tetap ada. Jadi projek walit pasti untung. JKKK tak perlu susah-susah nak jaga projek. Tidak ada pengalaman pun tak apa. Sebab ada yang sanggup beri khidmat nasihat. Oleh itu kalau nak perkasakan JKKK kena buat projek yang menguntungkan. Projek yang menguntungkan tiada projek lain selain projek walit. Saya cukup yakin JKKK akan berjaya dan mampu berdikari?. Setakat ini ini saya tak jumpa lagi JKKK yang buat projek menternak burung walit ni. Kalau dicuba saya yakin 100% akan berjaya. Kawasan desa mempunyai potensi besar untuk dilaksanakan projek membudidaya walit.

Posted on 11 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: