Mengendali dan mengelola rumah walit (RBW) bukan kerja sampingan

Sesetengah pemilik RBW menganggap pengendalian dan pengelolaan RBW sebagi kerja sampingan adalah  tidak benar. Sebuah rumah burung yang berjaya seharusnya mendapat perhatian dan tumpuan sepenuhnya oleh pemilik. Jika ini tidak dapat dilaksanakan potensi untuk gagal adalah tinggi. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana memternak walit adalah kerja yang paling mudah.

Siapkan bangunan lepas tu pasang sistem untuk memanggil burung dan tunggu hingga walit membuat sarang. Menternak walit tidak perlu memberi makan dan minum. Menternak walit juga tidak memerlukan modal pusingan yang lain. Jadi apa yang hendak diuruskan lagi.  Mudahkan tidak perlu susah-susah mengurus sebuah rumah walit. Kepala pun tak pening memikirkan modal dan upah pekerja.

Seorang kawan memberitahu bahawa beliau membina rumah burung tujuannya nak kerja releks. Nak duduk goyang kaki je. Penat dah kerja , turun pagi balik petang. Bila tua nanti nak relekslah pulak. Dah penat dah fikir soal nak cari rezeki. Yang penting duduk goyang kaki duit masuk. Itu pandangan seorang rakan yang sebelum ini sibuk dengan perniagaan IT. Siang malam fikir tentang perniagaannya. Lelah..lelah.. Katanya, bila tua nanti tak nak lelah lagi sebab tu buat RBW

Maka dengan itu jika penulis kata ia bukan kerja sampingan, pelik bunyinya, dah lain dah matlamat. Lari jauh dari tujuuan asal tadi. Dah tak releks lagi jadinya.


Benar menternak burung walit bukan kerja yang mudah sebenarnya. Pada peringkat awal dahulu mungkin benar andaian diatas, siapkan bangunan pasang sistem dan tunggu, boleh berjaya. Tetapi hari ini keadaan begitu tidak akan berlaku lagi. Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi, RBW bertambah dengan banyak sekali. Dulu tidak ada orang sedar bangunan kita jadikan rumah burung. Kita boleh susut dan sembunyikan daripada pihak berkuasa seperti atas pasaraya ASTAKA Kuala Terengganu. Dah bertahun buat rumah burung disitu. Beratus kilo sarang burung dapat dihasilkan. Hanya akhir tahun lepas pemilik bangunan dapat tahu dan ambil tindakan kerana langgar perjanjian sewa bangunan.

Sekarang tak boleh buat macam tu lagi. Ramai yang dah tahu dan ramai yang dah arif pasal burung walit ni. Persaingan untuk memancing walit pun hebat juga. Dulu burung walit mencari rumah untuk tinggal. Hari ini rumah mencari walit. Walit juga dah pandai memilih, macam manusia juga dulu boleh tinggal dirumah tumpangan aje . Tetapi hari ini mahu hotel five star. Paling koman pun hotel tiga bintang.

Oleh itu mengelola dan menguruskan RBW yang berjaya memerlukan sistem yang canggih dan diurus dengan rapi. Jika tidak kebarangkalian untuk gagal adalah tinggi. Ventilasi dan insulasi yang stabil diperlukan. Kaedah menstabil insulasi memerlukan kepakaran dan kemahiran. Penggunaan peralatan yang sesuai diperlukan. Begitu juga sistem suara hendaklah tepat. Adanya suara memancing, suara membujuk, suara galak dan berahi untuk kahwin. Pamasan CCTV untuk memantau pergerakan burung bagi memantau keperluan suara juga penting. Penggunaan aroma bagi mengurangkan stress burung tidak kurang juga penting. Manakala membangunkan RBW dikawasan centra walit sangat mencabar dan ia nya tidak semudah seperti mana yang di sangka.

Posted on 9 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: