RBW yang kosong selama 4 tahun berjaya dipulihkan selepas 7 bulan dikelola oleh MZN Niaga

BESUT 6 Mac 2009.

Selepas pengelolaan yang di uruskan oleh MZN Niaga En Mohamad, pemilik RBW Kg Amer Besut boleh tersenyum kerana rumah burung yang kosong sejak 4 tahun yang lalu kini mula membuahkan hasil yang amat membanggakan. Kegagalan yang dialami  4 tahun amat mengecewakan pemilik rumah burung ini. En Zabri dan Jeff memulakan pengubahsuaian RBW ini pada Julai 2008. Sebelumnya ground floor RBW ini tiada langsung tompokan najis. Tiada langsung bukti menunjukan walit telah turun dan mendiami bahagian groud floor. Program pengelolaan diserahkan kepada MZN Niaga pada Julai 2008. Pada peringkat permulaan pengubahsuaian dibuat pada design dalaman sahaja. Pada 12 Oktober pengubah suaian sepenuhnya dibuat pada suara dan juga aroma.

 

Pemeriksaan yang dibuat pada hari ini telah menunjukan ia telah  dihuni oleh begitu banyak burung walit . Selepas 4 bulan tidak datang melawat, kami agak terkejut kerana sebaik sahaja pintu dibuka didapati begitu banyak tompokan najis berada dilantai.

 

Pada kayu plank kami dapati terdapat 6 biji sarang yang telah siap dan yang hampir siap. Kesan-kesan burung yang telah membuat penandaan untuk bersarang juga banyak kelihatan. Manakala  di tingkat atas pula terdapat 14 biji sarang yang telah siap, Kayu  plank pula terdapat begitu banyak penandaan yang menunjukkan walit akan membuat sarang sarang disitu. Manakala tompokan najis terdapat berselerak diseluruh bahagian atas.

 

Dalam tempuh 5 bulan selepas pengelolaan sepenuhnya dilaksanakan oleh  MZN telah terdapat 20 biji sarang manakala kesan penandaan untuk bersarang tidak terbilang lagi. Bukan sahaja terdapat sarang pada kayu plank malah pada dinding juga terdapat sarang yang telah siap.

 

Mengikut Jeff kaedah pengubahsuaian  yang dibuat oleh beliau ialah pengubahsuaian struktur dalaman, aroma dan juga suara. Ini dengan jelas telah  impak yang mendalam kepada RBW di Kg Amer Besut ini. Ditambah dengan aroma dengan formula ciptaan Jeff menyebabkan walit membuat sarang didinding juga. Adunan suara memancing dengan suara asli dan artificial telah menggalakan walit menginap dan membuat sarang. Manakala tompokan najis berada diseluruh bangunan groud floor dan tingkat atas membuktikan suara ciptaan En Jeff begitu berkesan sekali. Tidak hairanlah jika telah 4 kali RBW yang menggunakan suara Jeff telah dicerobuh dan dicuri suara.

Posted on 6 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: