Rencana menarik dalam KOSMO bertarikh 8 September 2007

 

Saya terbitkan semula rencana dari KOSMO Rabu 8 September 2007 dalam ruangan varia- untuk renungan pembaca

PIKAT BURUNG LAYANG-LAYANG

Gua buatan tersebut mengambil masa kira-kira empat hingga lima tahun untuk menarik burung layang-layang membina populasinya sebelum hasilnya diperolehi.

SEKILAS

pandang; tiga bangunan konkrit yang dikelilingi pagar di Kampung Kolopis, Penampang, kira-kira 20 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah, kelihatan seolah-olah sebuah kubu.

 

 

 

Namun bangunan istimewa ini bukan­lah untuk dihuni manusia tetapi merupa­kan rumah untuk burung layang-layang. Rumah burung tersebut adalah idea Tim­balan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurentius Nayan Ambu.

Menurut Laurentius, ilham untuk membina rumah burung layang-layang ini muncul selepas beliau mula memberi ce­ramah penternakan burung secara ko­mersial pada tahun 1998.

“Mulanya, taklimat berkenaan hanya disampaikan kepada peserta dalam ne­gara sahaja. Kemudiannya, saya turut mendapat jemputan dari Singapura, In­donesia dan Thailand,” katanya.

 Cabaran ternakan burung

“Suatu hari, beberapa peserta men­cabar saya supaya mengusahakan pen­ternakan burung,” tambahnya.

Laurentius berkata, beliau menyahut cabaran tersebut dan membeli tanah ter­biar di Kampung Kolopis. Beliau kemu­diannya membina rumah burung yang pertama iaitu pada tahun 2000 yang pada mulanya dijadikannya pusat kajian untuk penternakan burung.

Rumah tersebut kini telah berjaya me­narik lebih daripada 1,000 ekor burung layang-layang dengan ratusan sarang yang sedia ada. Ada juga yang meng­hasilkan sarang putih di atas papan lapis berstruktur segi empat.

Pada tahun 2004, Laurentius membina pula rumah burung dua tingkat daripada konkrit, lengkap dengan sistem pendingin hawa dan pengaliran udara yang lebih baik. .

“Saya berusaha keras membangunkan teknologi yang diharapkan dapat menye­diakan sistem yang lebih baik untuk pen­ternakan burung di negara ini, khususnya di Sabah,” ujar beliau.

Seperti yang dikatakan Laurentius, ter­dapat lebih 50 penternak burung layang-layang yang aktif di Sabah.

 “Saya berpendapat penternakan bu­rung sangat baik untuk industri desa, terutamanya bagi meningkatkan taraf hi­dup penduduk luar bandar.

“Adalah lebih baik sekiranya pihak ke­rajaan dapat menyediakan geran bagi membantu masyarakat luar bandar yang mahu memulakan penternakan burung,” kata beliau.

Menurut Laurentius, penternakan bu­rung adalah satu bidang yang berdaya maju untuk diceburi. Namun, ia turut bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan.

Binaan minimum untuk bangunan dua tingkat ‘rumah burung’ ialah pada ukuran 8.0 x 8.0 meter.

“Ukuran ini secara langsung mempe­ngaruhi ukuran papan yang diletakkan se­bagai tempat membuat sarang,” ujarnya.

Laurentius berkata, sebuah bangunan setingkat pada ukuran 8.0 x 8.0 meter mampu menghasilkan kira-kira 5.0 hing­ga 7.0 kilogram (kg) sarang putih yang berkualiti tinggi, bergantung kepada po­pulasi burung layang-Iayang.

Purata 110 hingga 120 sarang boleh menghasilkan kira-kira 1.0 kg sarang bu­rung mentah.

Menurutnya, gua buatan tersebut me­ngambil masa kira-kira empat hingga lima tahun untuk menarik burung la­yang-layang membina populasinya sebe­lurn hasilnya diperoleh.

 Kaedah penternakan .

Menerangkan kaedah penternakan burung layang-layang, Laurentius berkata, salah satu caranya ialah memanggil bu­rung tersebut menggunakan pita raka­man. Pita tersebut mengeluarkan bunyi kicauan burung berkenaan.

Kaedah lain adalah dengan membe­rikan ‘keluarga angkat’ untuk unggas ter­sebut atau menggunakan air liur yang dikeluarkan oleh burung layang-layang. Selepas berjaya menarik 100 ekor burung, telur tersebut digantikan dengan sarang putih,” katanya.

Terdapat juga teknik translokasi iaitu burung muda dari gua asli dipindahkan ke dalam rurnah ternak tersebut. Teknik ini memerlukan penternak memberi maka­nan kepada burung-burung ini menggunakan tangan.

Menurut Laurentius, penternakan bu­rung layang-layang berbeza dengan pen­ternakan burung biasa. Penternak tidak memerlukan sangkar tetapi mengguna­kan konsep yang berbeza iaitu burung-bu­rung tersebut dibiarkan bebas datang dan pergi ke rumah tersebut.

Menurut beliau, dua daripada cara pen­ternakan biasa melibatkan habitat mikro dan makro.

 Keperluan semula jadi

Dalam habitat mikro, kita cuba se-. hampir mungkin meniru keperluan semula jadi burung berkenaan seperti ha­bitatnya yang terdapat di dalam gua. “Pencahayaan yang cukup suram ada­lah perlu, manakala suhu normalnya ada­lah di antara 27 hingga 29 darjah Celsius. “Dalam habitat makro pula, untuk me­ngekalkan keseluruhan operasi (rumah burung), mereka perlu mencampurkan jenis habitat bagi memastikan populasi burung berkenaan dapat bertahan untuk jangka panjang,” katanya.

Menerusi kajiannya yang meluas ter­hadap burung layang-layang, Laurentius mendapati salah satu perlakuan ekolo­gikal burung atau perlakuan semula ja­dinya, burung layang-layang ini akan kem­ball ke tempat ia menetas.

Burung layang-layang juga hidup ber­pasangan. Jika terdapat 1,000 ekor bu­rung di dalam rumah tersebut, bermakna hanya ada kira-kira 500 sarang.

Beliau berkata, burung putih atau ‘Col­localia fuciphaga’ adalah jenis yang biasa diternak dan paling sesuai untuk peo­ternakan burung layang-layang.

Pada 1994, Persidangan Perdagangan Antarabangsa dan Spesies Flora dan Fau­na Terancam Dunia (CITES) mahu per­dagangan burung layang-layang dan penghasilannya dilarang kecuali dengan permit khas.

“Kita (Malaysia) tidak bersetuju de­ngan rancangan itu kerana perdagangan sarang burung layang-layang di Malaysia (Sabah dan Sarawak) sebenarnya tidak membahayakan habitat burung layang-la­yang. Pengurusan sarang burung ka­yang-layang di Sabah adalah baik”, ujar Laurentius yang bertanggungjawab un­tuk CITES di Sabah. – Bernama

Posted on 5 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: