Persatuan Penternak Burung Walit Melayu Terengganu membuat kunjung hormat kepada Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu.

Kuala Terengganu, Isnin 2 Mac 2009.

Wakil persatuan Penternak Burung Walit Melayu Terengganu telah membuat kunjungan hormat kepada YB Ir Rosli yang juga Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu di pejabat beliau di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Dalam kunjungan tersebut pihak persatuan diwakili oleh En Rosidi,  En Mohd Zabri bin Nawang dan Che Hashim.

 

Kunjungan dibuat bagi mengeratkan hubungan persatuan dengan kerajaan negeri. Persatuan akan  bekerjasama dengan kerajaan bagi memajukan industri ternakan burung walit di negeri ini.  Terengganu  merupakan satu-satunya negeri di Malaysia dimana orang Melayu ramai terlibat dalam industri ternakan walit . Persatuan memohon kepada kerajaan untuk membantu persatuan bagi memajukan industri ternakan walit di Terengganu. Kerajaan juga diharap dapat memberi peluang kepada penternak untuk memberi pandangan dan input berkaitan dengan industri walit. Pihak kerajaan juga diharap dapat  menyalurkan maklumat berkaitan dasar dan lain-lain yang berkaitan.

 

Dalam pertemuan tersebut persatuan dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Terengganu begitu komited dengan industri ternakan burung walit ini. Kerajaan Terengganu telah pun menyediakan draf undang-undang yang diselaraskan bagi semua Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran di Terengganu. Draf tersebut dalam proses kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)  yang akan dijadikan undang-undang kecil bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan di Terengganu.

 

Bila selesai nanti lesen akan dikeluarkan kepada penternak. Ini adalah bertujuaan supaya pihak kerajaan dapat memantau pertumbuhan rumah burung walit di Terengganu. Pengusaha akan mendapat faedah dari proses tersebut kerana ia akan di iktiraf oleh kerajaan. Dengan adanya lesen yang sah halangan intitusi kewangan untuk memberi pembiayaan kepada pengusaha dapat diselesaikan.  Menurut YB Ir Rosli kadar lesen yang akan dikenakan akan mengambil kira pengusaha baru yang belum mendapat hasil dengan kadar yang berpatutan dan tidak membebankan pengusaha.

 

Menurut YB Ir Rosli lagi tujuan undang-undang diadakan adalah untuk menjaga kepentingan pengusaha dan juga orang awam. Kerajaan akan memastikan dan menggalakkan pembinaan rumah burung walit diatas tanah pertanian. Menurut En Zabri pihak persatuan sangat-sangat berharap pihak persatuan dan kerajaan dapat bekerjasama bagi memajikan lagi industri ternakan walit di Terengganu.

Advertisements

Posted on 4 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: