Kerjasama Persatuan dengan kerajaan dapat mengembangkan industri ternakan walit

 Industri menternak burung walit mempunyai masa depan yang sangat cerah di Terengganu dengan sokongan padu kerajaan. Dalam jangka masa panjang  industri ternakan walit dapat diwujudkan berbagai industri hiliran yang sangat berpotensi.

 

Masyarakat Terengganu mempunyai sosiobudaya yang sangat unit. Situasi ini menampakan perkembangan industri walit di Terengganu agak kehadapan. Melalui kerjasama yang erat diantara penggusaha dan kerajaan dapat memajukan lagi industri ternakan walit .

 

Kewujudan persatuan-persatuan burung walit di Terengganu seperti Persatuan Saudagar Burung Walit Terengganu, Persatuan Pemilik Rumah Burung Walit Kemaman dan Persatuan Pemilik Rumah Burung Walit Melayu Terengganu telah telah menyemarakan lagi perkembangan industri ini. Walau pun terdapat 3 persatuan ia adalah perkembangan yang positif kerana setiap persatuan saling melengkapai diantara satu dengan yang lain. Persatuan-persatuan ini bersedia memberi input kepada kerajaan.

 

Industri ternakan burung walit jika di uruskan dan melaksanakan operasinya secara maksimun, dengan teknologi terkini  sudah tentu akan memperolehi pendapatan yang maksimum. Komitmen yang kuat dari kerajaan akan dapat melahirkan industri hiliran yang akan melonjakkan lagi ekonomi negeri Terengganu. Memandangkan Terengganu mempunyai habitat asal burung walit yang mendiami gua-gua dipusat pelancungan yang terkenal seperti Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Tinggul konsep eko-pelancungan boleh diwujudkan dinegeri ini. Gua-gua ini boleh dijadikan salah satu daripada produk pelancongan yang boleh  menarik pengemar-pengemar sarang burung dari seluruh dunia, bagi menikmati produk sarang burung sebagaimana yang telah dilaksanakan di Negara Filipina.

 

Pelancung luar negara harus dibenarkan membeli produk sarang burung mentah sebagai cendera mata untuk dibawa pulang. Pengecualian cukai hendaklah diberi kepada mereka. Ini akan dapat membantu pengusaha memasarkan produk mereka. Selain daripada itu produk hiliran hendaklah diwujudkan seperti pakaging, pembotolan minuman berasaskan sarang burung, kopi sarang burung, lain-lain produk kesihatan, ubat-ubatan, makanan kanak-kanak berkhasiat dan lain-lain. Saya percaya Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu boleh membantu.

 

Begitu juga dalam sektor hartanah persatuan boleh bekerjasama untuk memajukan tanah-tanah kerajaan yang tidak berdaya maju untuk dibangunkan dengan industri walit , sepertimana konsep perumahan negara. Kerajaan Negeri mampu menarik pelabur-pelabur dengan pembinaan rumah-rumah burung walit untuk dijualkan kepada mereka.

 

 

Posted on 4 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: