Cabaran menternak walit di kawasan hunian "centra walit"

Centra Walit atau kawasan hunian adalah kawasan yang banyak terdapat rumah walit dikawasan tersebut. Wujudnya kawasan hunian ini adalah suatu sejarah yang lama. Kawasan tersebut telah lama dihuni oleh burung walit. Di Malaysia kawasan hunian adalah kawasan bandar dan pekan. Walit ekopark yang diwujudkan juga akan menjadi kawasan hunian dimana banyak rumah dikawasan tersebut. Dalam bandar atau pekan khususnya di tingkat atas bagunanan yang telah diubah suai menjadi rumah burung.

Keadaan ini telah berlaku sejak lama dahulu. Kebanyakan RBW di kawasan hunian ini boleh dikatakan antara RBW yang berjaya.
Selepas rahsia rumah gelap terbongkar ramai pemilik premis kedai berminat untuk  mengubahsuai menjadikannya RBW. Ada juga yang sanggup menyewa bangunan untuk dijadikan RBW.

Untuk berjaya memancing burung walit di kawasan hunian bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepakaran dalam mereka bentuk pengubahsuaian premis tersebut .Berdasarkan pengalaman saya banyak cabaran yang terpaksa dihadapi untuk berjaya menternak walit di lokasi huniaan.

Cabaran pertama Ialah kebenaran pihak berkuasa. Kebanyakan pihak berkuasa tempatan masih belum merangka bylaw atau undang-undang kecil berkaitan burung walit. Ertinya penternakan burung walit di premis perkedaian dibuat secara haram. Oleh itu risiko yang terpaksa diambil oleh penternak adalah tinggi. Kemungkinan diambil tindakan penguatkuasaan adalah oleh majlis daerah atau majlis perbandaran adalah tinggi.


Cabaran kedua ialah kos pengubahsuaian juga tinggi. Mungkin kosnya berkali ganda berbanding dengan tempat lain. Mengangkat bahan-bahan binaan dikawasan sesak bukan perkara mudah. Bayangkan untuk mengangkat bata, pasir, semin dan kayu kedalam bangunan ditingkat empat atau lima bukan perkara mudah. Sumua barang kena pikul naik dengan mengunakan tenaga manusia. Rekabentuk pengubahsuaian memerlukan kepakaran yang tinggi. Jika tidak walit tidak akan masuk kedalam RBW baru diubahsuai tadi. Kerana ia lebih sesuai untuk masuk ke RBW lamanya.

Cabaran seterusnya adalah dari espek keselamatan. Penceroboh boleh masuk melalui premis lain melalui bumbung dan sebagainya. Pencerobohan sangat senangkan dilakukan dan sukar dikawal. Bila berlaku pencerobohan, nak buat lapuran polis premis tiada lesen.

Cabaran seterusnya ialah untuk berjaya memancing walit masuk ke RBW yang baru. Lagu yang patut digunakan mestilah lagu yang betul-betul power. Tak kisahlah nak panggil dengan nama apa pun asalkan ia mampu memancing burung walit dari RBW yang berdekatan. Pastinya bukan mudah dan sudah pasti nilai lagu tersebut sangat tinggi. Pengalaman ini saya lalui beberapa bulan yang lepas bila  lagu power yang digunakan telah dicuri.

Telah dua minggu saya menggunakan lagu jeff versi 2009, nampaknya lebih power dari versi yang kena curi tersebut. Tetapi pada kali ini saya telah ambil langkah keselamatan.

Posted on 1 March, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: