Pertahankan survival bangsa melalui kekuatan ekonomi

Dasar pecah dan rentah yang dilaksanakan oleh penjajah ketika menakluk Tanah Melayu telah melebarkan jurang ekonomi antara kaum yang ada di negara ini. Kaum Cina yang dibawa oleh Inggeris dari Tanah  Besar Cina untuk  perlombongan. Kaum India dalam industri perladagan. Manakala kaum Melayu tinggal dipersisiran pantai sebagai nelayan dan juga di kampong traditional sebagai petani. Sejak merdeka berbagai rancangan dan dasar telah diperkenalkan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu dan lain-lain bangsa dalam usaha agihan kek ekonomi negara . Bermula dari Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Rancangan Malaysia Ke Sembilan telah diperkenalkan. Begitu juga dasar ekonomi seperti DEB dan DPN adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi tadi.

Selama mana sesuatu bangsa itu tidak mampu menguasai ekonomi sesebuah negara selama itulah ia akan tersisih dan merempat di tanah airnya sendiri . Jangan salah orang lain jika ketuanan kita diperlecehkan orang lain.

Kerana terlalu sibuk berpolitik sehingga kita menjadi bangsa yang perlu ditongkat dengar subsidi. Jika gulungan PPRT yang bertanya tentang subsidi, itu saya tak hairan. Tetapi bila seorang kontraktor atau pemimpin masyarakat juga bertanyakan soal subsidi bila saya syorkan mereka supaya mereka melabur dan terlibat dalam industri burung walit.

Ini jelas budaya subsidi telah berkembang subur dalam budaya masyarakat melayu. Soalnya bagaimana  perjuagan untuk mempertahankan survival bangsa kalau inilah sikap orang melayu yang diasuhkan oleh pemimpin mereka. Budaya bantuan kerajaan dan subsidi kian menebal.

Oleh itu wahai bangsaku marilah kita perkukuhkan ekonomi bangsa dengan melibatkan diri dalam industri burung walit. Jika anda tidak mampu melaksanakan projek tersebut seorang diri. Anda boleh berkongsi dengan saudara mara anda atau dengan sahabat anda.

Marilah kita sama-sama perjuangkan suvival bangsa dan ketuanan kita dengan kekuatan ekonomi. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bertindak.

Posted on 27 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: