Mengapa walit lebih gemar bersarang di tingkat bawah

Pada peringkat awal operasi, selalunya tingkat atas tidak dihuni oleh walit . Walit didapati lebih gemar bersarang ditingkat bawah. Ini merungsingkan pembudidaya walit yang mendirikan bangunan lebih dari dua tingkat. Kerisauan itu menjadi lebih ketara apabila rumah burung yang didirikan beberapa tahun yang lalu tidak juga membuahkan hasil.

Walau bagaimana pun dalam tinjauan saya terdapat juga walit bersarang pada tingkat atas terlebih dahulu. Mengapakah fenomena begini berlaku. Berbagai teori telah dikaitkan dengan fenomena tersebut. Antaranya ialah kerana walit lebih suka tinggal dibawah dimana keadaanya lebih menyamai habitat asal . Suhu dan kelembapan lebih setabil berbanding dengan tingkat atas. Mengawal kesetabilan suhu dan kelembapan ditingkat atas adalah lebih sukar berbanding dengan tingkat bawah.

Apa lagi sekiranya ventilasi yang berlebihan diadakan dengan tidak mengambil kira pengaruh luaran terhadap rumah burung. Melalui ventilasi suhu diluar akan mempengaruhi suhu  dalam sesebuah RBW.

Bila RBW dihuni oleh walit pada tingkat bawah terlebih dahulu akan berlaku dimana walit sukar untuk bersarang di tingkat atas. 

 

Ini berlaku bukan hanya faktor habitat dalaman sahaja, tetapi juga kerana tabiat walit yang suka hidup berkoloni pasti akan mencari rakannya terlebih dahulu sebelum mencari tempat untuk bersarang. Bila burung kelihatan ramai yang menghuni ditingkat bawah maka burung-burung yang baru masuk akan menuju  kawasan yang telah ramai didiami walit.

Posted on 26 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: