Panggilan telefon dari Perth Australia

22 Februari 2009 jam 6.00 petang

Panggilan telefon dari En Mohamad yang  berminat untuk membina rumah burung walit. Beliau bertanya tentang projek burung walit. Berapakah kos yang diperlukan untuk membina RBW yang berukuran 20′ X 80′. Walau bagaimana pun saya tidak dapat menjelaskan kepada beliau berkaitan kos untuk pembinaan tersebut. Oleh itu saya minta beliau menghubungi En. Zabri dari MZN Niaga yang terlibat secara langsung dalam bidang pembinaan dan juga konsultan burung walit .

En. Zabri memaklumkan bahawa En Mohamad  berada di Perth Australia telah hubungi beliau dan berminat untuk terlibat dalam industri walit di Malaysia. Lokasi yang dicadangkan ialah dikawasan Beris Meraga, Kijal, Kemaman diatas tanah milik isteri beliau.  Berkebetulannya kawasan tersebut saya pernah membuat ujian lokasi untuk melihat potensi RBW disitu. Ujian lokasi yang pernah saya buat pada tahun 2005 dahulu amat ramai burung yang datang ketika ujian suara dibuat ketika itu. Saya yakin kawasan ini cukup strategik untuk RBW kerana berhampiran kawasan ini terdapat kawasan paya gelang. Biasanya kawasan seperti ini terdapat banyak makanan untuk walit ia juga adalah kawasan perburuan. Kawasan paya adalah kawasan pembiakan serangga.

Dengan itu amat sesuai sangat jika En Mohamad bercadang hendak membangunkan rumah walit saya sangat setuju kerana ia adalah lokasi yang sesuai.

Cuma saya ingin nasihatkan En Mohamad agar menggunalah khidmat konsultan yang boleh memberikan khidmat atau jaminan sehingga burung bersarang . Bukan setakat siap projek  bila panggil burung.

Posted on 23 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: