Mengapa RBW yang sebulan telah beroperasi walit belum masuk apatah lagi untuk menginap.

Dua rakan yang merupakan pemain baru dalam industri walit. Melalui rangsangan dan motivasi yang saya berikan semasa kami bertemu telah menarik minat sahabat saya ini. Pada hal mereka tidak pernah menhadiri  seminar atau kursus yang berkaitan dengan walit. Berbekalkan pengetahuan bergaul dengan rakan-rakan mereka berbangsa Cina menguatkan lagi azam mereka menceburi bidang ini. Ditambah pula dengan motivasi yang saya berikan mereka memberanikan diri membina bangunan 20′ X 50′ dengan ketinggian 2 tingkat. Bangunan mereka dapat disiapkan akhir tahun lepas. Pemasangan sistem mereka serahkan kepada konsultan  yang menurut mereka ada pengalaman tentang burung walit. Seorang menggunakan khidmat konsultan Melayu dan seorang lagi menggunakan khidmat konsultan Cina. Seorang menggunakan CD dan seorang lagi guna MP3  Selepas sebulan beroperasi kedua mereka menelifon saya memberitahu bahawa burung walit tak masuk kedua rumah mereka. Burung ramai tapi cuma berlegar diatas sahaja. Kalau masuk pun sekejap keluar dan sekejap masuk. Selepas sebulan beroperasi tompokan najis menandakan walit telah tidur masih belum kelihatan.

Mengapa ?

1) Musim sekarang burung tidak berapa melayani suara. Sebab itu ia berlalu begitu sahaja tidak berapa endahkan suara.

2) Burung walit tidak ramai yang pulang ke centra walit atau kawasan hunian. Beberapa minggu lepas kebanyakan rumah burung dilapurkan tiada burung.

3) Suara MP3 atau CD yang digunakan tidak power. Atau tidak sesuai untuk burung dikawasan tersebut

4) Tweeter yang digunakan mungkin dari jenis yang tidak dapat memberi pantulan jauh. Jika digunakan dilokasi hunian ( shop lot) mungkin sesuai.

5) Reka bentuk rumah monyet (dog kenel) mungkin tidak sesuai.

6) Rekabentuk dalaman RBW tersebut mungkin mempunyai kesalahan yang besar. Perlu mendapat khidmat nasihat dari pakar sebenar. Pastikan pakar yang menggunakan teknologi terkini.

7) Habitat dalaman mungkin terlalu panas dan menggangu keselesaan burung walit. Insolasi yang ada mungkin tidak mencukupi.

8) Belum sampai masa lagi untuk burung masuk dan menginap didalamnya. Bersabarlah kawan. Pasti Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar.

9) Mungkin tiada penggunaan aroma yang dapat membantu menarik walit meneroka kedalam rumah burung.

Tetapi mengapa ya!. RBW yang diuruskan oleh En Zabri dan Jeff yang telah memulakan operasinya awal tahun ini kira-kira sebulan yang lalu di Batu Buruk dan Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Hari kedua beroperasi dah ada 18 ekor yang tidur.

 Mungkin Pak Jeff dan Zabri ada jawapannya.

Posted on 22 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: