Suara Jeff dicuri lagi. Tahun lepas 3 kali RBW Pak Zabri dicerobuh untuk curi suara.

KEMAMAN 20 Febuari 2009. Dicuri lagi…. Sedih dan kecewa selepas 4 bulan tidak datang melawat rumah burung di Kemaman. Terkejut dan. berdebar bila buka pintu pertama kerana tiada kedengaran bunyi burung dari tweeter, saya sangka berlaku blackout  atau sistem rosak . Apa yang berlaku ialah Pendrive pada amlifier sudah tiada. Semuanya  dicuri…  dicuri  ? . Ya dicuri .

Walau bagaimana pun hanya satu amlifier daripada 4 buah amplifier yang hilang. Tetapi kesemua pendrive telah hilang . Menyebabkan sistem suara RBW saya tiada sama sekali.. Pencuri hanya mahu dapatkan suara sahaja. Yang lain tidak diganggu. Sahlah yang dikehendakinya adalah suara bukan sarang walit. Rumah burung yang telah beroperasi sejak 6 bulan yang lalu telah terdapat banyak tompokan najis yang menandakan burung telah tidur dan banyak juga tempat yang telah dibuat sarang dan tandaan sarang oleh walit. Walau bagaimana pun saya masih bersyukur kerana pada pemerhatian saya walit masih menginap disana walaupun dengan ketiadaan suara.

 

Mungkin ada hikmahnya kecurian ini terjadi ia menunjukan sistem keselamat yang saya gunakan tidak kemas dan perlu diperbaiki. Nasib baik sarang tidak banyak lagi dapat juga saya tahu bahawa sistem kawalan keselamatan saya belum cukup selamat lagi. Yang peliknya RBW saya hanya boleh dicerobuh melalui RBW sebelah. Berhampiran RBW saya ada 2 buah RBW lagi. Saya tidak bercadang nak buat lapuran polis terhadap kecurian ini.

 

Saya terpaksa memohon maaf kepada Jeff kerana suara ciptaan Jeff terlepas juga kepada orang lain tanpa izin kerana kelemahan sistem keselamatan saya. Untuk berjaya dalam industri ini banyak cabaran yang terpaksa kita hadapi. Jika 1000 orang yang menyertai pertandingan memancing, walaupun matlamatnya sama dan tempat yang sama tetapi tidak semua yang berjaya menaikkan ikan.

Posted on 21 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: