Aerodramus Maximus gagal di pancing masuk ke RBW

Gua yang berada di persisiran pantai Terengganu terutamanya gua Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Tinggul terdapat populasi walit yang mendiami gua tersebut. Ia terdiri dari dua spesis yang ditemui disana, ia itu Aerodramus Maximus dan Aerodramus Fuciphagus. Kedua spesis ini saling berkongsi tempat pada dinding gua. Terdapat juga gua yang terdapat kelalawar tetapi masih terdapat A. Maximus dan A. Fuciphagus didalamnya.

Menurut Jeff sehingga ke hari ini belum lagi mana mana pihak yang mendakwa telah berjaya memancing Maximus. Adrodramus Maximus adalah spesis yang suka menyendiri dan tidak suka kepada kebisingan. Justeru itu ia tidak dapat dipancing menggunakan suara memanggil. Untuk catatan Maximus sendiri juga mengeluakan suara. Sarangnya banyak diselaputi oleh bulu. Sehingga ia dikenali sebagai walit sarang bulu. Walaupun harganya murah berbanding dengan sarang seriti. Dalam gua maximus dan adrodramus saling berkongsi tempat untuk bersarang. Berada disebelah menyebelah.

 

habitat yang disukai oleh mereka adalah sama bagi kedua-dua spesis ini. Difahamkan terdapat pembudidaya walit yang mendirikan rumah walit mereka berhampiran dengan gua yang menjadi habitat asal mereka. Namun begitu spesis yang berjaya dipancing adalah Aerodramus. Hanya Aerodramus Fuciphagus yang tertarik untuk mendiami rumah burung walit.

Sarang Maximus kelihatan lebih besar dari Fuciphagus ini kerana ia diselaputi oleh bulu yang berfungsi untuk suhu yang konsisten untuk anaknya nanti. Kesempurnaan sarang kerana memiliki kelembapan yang stabil. Kegagalan untuk memancing Aerodramus Maximus mungkin tiada usaha yang gigih dilakukan kerana harga sarangnya lebih murah berbanding dengan Fuciphagus. Kajian perlu dilaksakan dari masa kesemasa terhadap spesis ini bagi menhasilkan habitat bersama Maximus dan Fuciphagus yang mungkin dapat menghasilkan kualiti sarang yang lebih baik.

Posted on 20 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: