Malaysia akan jadi hub pasaran sarang burung walit dirantau ini

Apa  terjadi pada industri ternakan walit akibat kelembapan ekonomi global  ?. Saya berkesempatan menemubual seorang pedagang yang terlibat secara langsung dengan industri walit. Penglibatan beliau kira kira lima tahun yang lalu dengan mengubahsuai bangunan dua tingkat premis perniagaan  Sebagai konsultan rumah walit di Terengganu beliau menjadi idola kepada peminat burung walit . Beliau cukup aktif memberi penerangan dan taklimat kepada masyarakat Melayu di Terengganu.  . Sememangnya usaha beliau membuahkan hasil yang cukup hebat. Beliau bukan sahaja mengusahakan rumah burung tetapi juga sebagai pemborong sarang burung walit.

 

Walau bagaimana pun sebagai pemborong bumiputera terpaksa bersaing dengan pemborong cina. Walaupun dengan modal yang cukup terhad beliau masih mampu bertahan. Kata beliau cabaran dalam bidang ini cukup mencabar. Pada mulanya beliau telah mendapat peluang pasaran yang mempunyai 400 outlet di Cina. Tetapi semuanya itu menjadi impian kosong sahaja. Kerana pembekal lain sanggup membekalkan kepada pemborong di Cina tersebut dengan cara hantar barang dahulu bayaran diambil bila hantaran kedua sampai. Nilainya bukan sedikit, bayangkanlah jika 200 kg sarang dihantar baerapa harganya.

Beliau bersetuju kelembapan ekonomi global turut menjejaskan pasaran sarang burung walit. Namun begitu Malaysia bernasib baik kerana terselamat dari faktor-faktor negatif yang memberi kesan kepada pasaran dan industri sarang burung.

Malaysia adalah negara yang bebas dari ancaman gunung berapi yang boleh mengubah ecosistem yang yang menggangu kelangsungan industri walit.  Wabak selsema burung juga tidak pernah di rekodkan di Malaysia . Malaysia adalah hab kepada pasaran makanan halal dan selamat di rantau ini. Malaysia di percayai oleh masyarakat dunia . Snerio ini memberi kesan secara tidak langsung kepada industri walit.

Mungkin tidak lama lagi Cina akan mengimport sarang burung terus dari Malaysia kerana faktor kesihatan tadi. Negara yang terdapat rekod serangan virus selsema burung di ragui kualitinya. Justeru itu Sekiranya suatu ketika dahulu pasaran sarang burung yang dihantar ke Cina  melalui Hong Kong.  Akan datang peranan tersebut akan di ambil oleh Malaysia.a

 

Pemerentah Malaysia cukup memahami potensi industri walit ini kepada ekonomi negara . Walaupun tidak ada undang -undang khusus berkaitan industri walit ini telah dikuatkuasakan .  Sehingga ke hari ini tiada tindakan  tegas  yang diambil terhadap premis yang diubahsuai menjadi rumah walit walaupun ianya bertentangan dengan garis panduan mengenai ternakan walit. Ini membuktikan kerajaan Malaysia menyokong secara tidak langsung.

 

Terdapat satu lagi cara untuk kerajaan Malaysia membantu mengatasi pasaran dalam situasi kelembapan ekonomi global ini dengan cara memberi pengecualian cukai kepada pelancung yang datang ke negara ini kembali sarang burung mentah untuk dibawa pulang sebagai cederamata untuk kegunaan sendiri . Ini bukan sahaja membantu dari segi pasaran tetapi juga akan membantu industri pelancungan negara .

Posted on 18 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: