Perlancaran Persatuan Pengusaha Rumah Burung Walet Melayu Terengganu

Kuala Terengganu 3 Februari 2009 Persatuan Pengusaha Rumah Burung Walet Melayu Terengganu. telah dilancar disebuah hotel di Kuala Terengganu. Sambuntan daripada pengusaha dan peminat sungguh menggalakkan. Lebih daripada 100 orang telah menghadirinya. Menurut pengerusi Tuan Haji Ali bin Haji Ahmad, persatuan ditubuhkan adalah untuk merapatkan dan menjalinkan kerja sama diantara pengusaha. maklumat dan pengalamanboleh dikongsi bersama.

Dengan cara ini pengusaha-pengusaha Melayu boleh saling bantu membantu diatara satu dengan lain. Dengan adanya persatuan kita boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah bersama. ujarnya lagi kita bukan untuk bersaing dengan Persatuan Saudagar Burung Walet di Terengganu. Persatuan Pengusaha Rumah Burung Walet Melayu Terengganu adalah pelengkap kepada persatuan yang ada. 

Persatuan akan bekerjasama dengan mana mana pihak dalam usaha memajukan industri ini. Ianya termasuklah dengan pihak kerajaan. Kerjasama ini penting supaya wujud suasana harmoni dengan pihak berkuasa agar ianya tidak menyulitkan mana mana pihak . Khususnya pihak berkuasa dalam melaksanakan peraturan yang ada.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli bolehlah berhubung dengan jawatankuasa seperti mana dibawah :-
Untuk pendaftaran : RM 50.00 (promosi)
Tahunan : RM 50.00
Pengerusi : Hj Ali Ahmad (0199145150)
Setiausaha : Rosidi (0199131557)
Bendahari : Mohd Zabri Nawang (0199341226)

Posted on 16 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. Alhamdulillah akhirnya tertubuh juga persatuan Pengusaha Melayu. Saya amat berharap dapat menyertai persatuan ini setelah siap rumah burung saya nanti. Tetapi yang menjadi persoalan apakah yang dapat persatuan ini lakukan kepada mereka yang baru hendak betatih seperti saya ini?

  2. Terima kasih atas sokongan, cuma bagi saya persatuan ini penting dlm apa2 bidang pun. ini lah ruang utk semua pengusaha berkenalan samada baru @ lama. dan mari lah kita sama2 menyumbang utk sama2 membangunkan persatuan utk manafaat bersama. kalau kita hanya mengharap sumbangan persatuan, sapa yg mengerakkan persatuan. jom sama2 sokong persatuan.

  3. Terima kasih kerana sudi membalas komen saya di atas. En Zabri, saya ada dua soalan. Bagaimana saya hendak menyertai Persatuan ini? Adakah Persatuan ini hanya untuk anak Terengganu sahaja?

  4. persatuan ini untuk pengusaha melayu yang mempunyai RBW di terengganu sahaja, samaada lelaki atau perempuan semuanya boleh. kalau nok tahu maklumat hubungi setiausaha persatuan, ok tq..

  5. terbuka kpd semua rakyat malaysia yg mempunyai rumah burung di trg, tapi kalau pengusaha luar pun boleh memnyokong persatuan walaupun bukan dlm bentuk ahli.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: