Suatu hipothesis kurangnya walit di RBW

Saya terima SMS dari Aceh “ Assalammualaikum Pak Jahani, saya Burhanuddin Zainon dari Aceh, ingin tanya kenapa sebulan ini tidak banyak walit terlihat di semua RBW di daerah saya, Terima kasih”

Rupanya fenomina kekurangan kehadiri  walit tidak hanya berlaku di rumah walit sekitar Kuala Terengganu sahaja, malah ia nya berlaku secara menyeluruh. Memang benar sebulan dua ini didapati kehadiran walit pada RBW yang telah mantap amat luar biasa kurang. Puncanya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Ianya terjadi semacam gerhana matahari yang ditutupi sinarnya. Pemilik dan dan peminat burung walit berada dalam keadaan gusar agar ianya tidak berpanjangan. Ia seolah-olah memahami terhadap kemelesetan ekonomi global yang terjadi.

 

Jika anda seorang pemerhati dan pengkaji tabiat burung walit. Perhatikan pada rumah burung yang berhampiran yang mana kedua-dua RBW tersebut sama-sama sukses. Hipothesis yang boleh dibuat adalah berkemungkinan burung walit mempunyai dua rumah. Akan anda dapati bahawa burung yang sama akan keluar masuk antara kedua RBW tadi. Andaian ini sukar untuk dibuktikan. Tetapi mengapa pada musim-musim tertentu dan pada hari-hari tertentu burung ramai pulang ke RBW berkenaan dan ada musim dan hari-hari tertentu tiada walit yang pulang. Persoalannya kemana walit ini dimana ia tinggal jika ia tidak pulang ke RBW yang menjadi populasinya.

 

Menurut lapuran dari pemilik rumah burung walit di kawasan pendalaman khususnya di Hulu Terengganu (Jarak antara Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu adalah 60 KM) RBW yang didirikan agak cepat mendatangkan hasil. Terdapat RBW hanya 2 bulan yang pertama beroperasi telah terdapat 14 biji sarang. Sangat sukses, difahamkan kebanyakan walit yang bersarang adalah adalah walit yang tua. Tidak banyak anak muda yang bersarang.  Selepas anaknya menetas serta dewasa ada kemungkinan induk tadi kembali semula ke RBW asalnya. Manakala anak muda akan terus menetap disitu.

 

Di kuala Terengganu pada akhir tahun lepas mengalami banjir yang agak besar. Kemungkinan banjir ini memusnahkan punca pembiakan serangga. Keadaan ini menyebabkan sumber pemakanan yang ada disekitar RBW di Kuala Terengganu sangat berkurangan . Dengan itu agak sukar bagi walit untuk memburu makanan bagi membesarkan anak-anak mereka. Walit sangat sesitif terhadap perubahan ini. Tetapi bila keadaan telah pulih seperti sedia kala saya percaya walit akan kembali semula seperti sedia kala. Biasanya walit di kawasan Kuala Terengganu sangat meriah di RBW pada bulan Mac hingga September.

 

Pernah seorang pemancing di kawasan Tasik Kenyir bertemu burung walit yang tidor dalam jumlah yang banyak pada dahan pokok balak yang besar di kawasan hutan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Wallahualam.

Advertisements

Posted on 10 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: