Sokongan kerajaan terhadap industri walit di Malaysia

Permulaan yang baik untuk memulakan projek ialah ketika kelembapan ekonomi kerana ketika ini ramai pelabur berhati-hati untuk memulakan projek kerana bimbang akan  berhadapan dengan risiko kerugian. Dalam industri burung walit keadaannya mungkin berbeza. Modal hanya  sekali tetapi pulangan akan berterusan dan akan diwarisi sehingga ke anak cucu. Selagi bangunan rumah burung kekal disitu selama itulah hasil akan diperolehi. Oleh kerana ia tidak lagi melibatkan kos operasi maka hasil yang diperolehi adalah dikira sebagai keuntungan. Justeru itu sama ada harga pasaran jatuh atau tidak pemilik rumah burung tetap tidak rugi. Cuma jika harga jatuh pendapatan tidaklah begitu lumayang berbanding sebelumnya . Rugi tidak sekali sebab itu walaupun berlaku kelembapan ekonomi global masih ramai yang yang ingin melaksanakan projek menternak burung walit. Mungkin jika melabur dalam projek lain keadaannya masih tidak menentu kerana lain-lain projek akan melibatkan modal tetap dan juga kos operasi.

 

Kesan daripada kelembapan ekonomi global terhadap industri walit Malaysia dilihat mempunyai kelebihan berbanding dengan negara jiran kerana di Malaysia belum ada kes selsema burung yang ditakuti  dengan itu pengguna lebih percaya kepada produk yang berasal dari Malaysia berbanding dengan negara lain. Keadaan ini harus  dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengeluar di Malaysia. Jika dahulu China hanya membenarkan produk sarang burung masuk ke china melalui Hong Kong. Tetapi keadaan hari ini telah berubah . Tidak mustahil jika saya katakan terdapat pengeluar dari negara jiran yang cuba memasarkan produknya melalui Malaysia.

 

Sokongan kerajaan Malaysia terhadap industri burung walit amat positif. Kerajaan telah menjadikan industri burung walit sebagai salah satu sumber ekonomi negara. Keperihatinan ini ditunjukkan apabila Majlis Negara Pihak Berkuasa Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah mengeluarkan garis panduan berhubung dengan kaedah dan tatacara ternakan walit di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.  PBT telah diminta untuk merangka undang-undang kecil berkaitan dengan ternakan burung walit didalam kawasan masing-masing. Saya difahamkan garis panduan ini telah dikeluarkan sejak tahun 2005 lagi. Saya percara sebahagian besar PBT telah memulakan langkah kearah tersebut. Tahniah kepada kerajaan Malaysia.

 

Sokongan terhadap industri  ini menjadikan pertumbuhan dan pembangunan industri ternakan walit berkembang dengan pesatnya. Adalah dijangkakan bilangan rumah burung walit mencecah hampir 100 ribu premis diseluruh negara. Terima kasih sekali lagi kepada pihak berkuasa di Malaysia kerana tidak mengambil tindakan terhadap bangunan rumah walit yang didirikan walau pun tidak mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak PBT.

Posted on 9 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: