Bertemu kembali. Apakah kesan kejatuhan ekonomi global terhadap pasaran sarang walit

Selamat bertemu kembali setelah lebih dua bulan menyepi diri tiada posting dari saya. Insya Allah blog jahaniwalit.com akan kembali aktif bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan semuga ia akan memberi manfaat bersama. Ramai yang ada ilmu tetapi tidak ramai yang sanggup berkongsi ilmu. Perlu diingat bahawa saya menulis dalam blog ini bukan untuk tujuan komersial. Ianya sekadar menyemarak hobi dan dan minat dalam bidang membudidaya burung walit sahaja. Oleh itu diharapkan pelayar blog ini membuat tafsiran negetif terhadap pandangan dan pendapat yang diluahkan disini kerana ia adalah pandangan dari perspektif saya sendiri. Mungkin ia nya berbeza dengan pandangan orang lain.

 

Sekembali dari menunaikan fardhu haji tempuh hari fokus masyarakat ketika itu adalan PRK P36 Kuala Terengganu. Saya barada di Kuala Terengganu pada 8 hb Januari 2009 seminggu sebelum PRK Kuala Terengganu , tetapi malangnya saya tidak sihat , komputer pun tak buka apatah lagi nak menulis. Hari ini alhamdulillah keadaan saya dah kembali seperti sediakala dan insya Allah akan kembali berbicara tentang walit.

 

Ada kawan-kawan bertanyakan apakah benar pasaran sarang walit hari ini telah jatuh mendadak. Saya jawab tak tahu. Mungkin juga kerana kesan kejatuhan ekonomi global telah memberi kesan kepada pasaran sarang burung. Jika keadaan ini benar memang menakutkan pelabur-pelabur baru yang mahu terlibat dalam industri ini. Mungkin yang ada hasrat untuk membina rumah burung telah menutup kembali niat hasrat tersebut.

 

Harga pasaran sarang walit sememang menjadi  faktur langsung bagi kelangsungan industri ini. Walaupun secara umumnya  harga pasaran yang rendah rendah dipengaruhi oleh banyak faktur bukan hanya kemelesetan ekonomi global sahaja. Mungkin juga kerana berlebihan penawaran dipasaran berbanding dengan permintaan. Kesan ekonomi global ini menyebabkan kuasa beli telah turun dengan mendadaknya walau pun penawaran sebenarnya tidak bertambah dengan mendadak dipasaran.

 

Pasaran terbesar sarang walit adalah negara China. China sendiri mengalami kejatuhan ekonomi yang lebih teruk dari Amerika sendiri. Mungkin disebabkan faktur tersebut permintaan sarang walit dipasaran global telah merudum. Pada saya ini adalah fenomena yang sementara.

 

Walau bagaimana pun kita jangan lupa bahawa terdapat peniaga yang begitu ghairah untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda dari hasil perniagaan mereka. Bahan-bahan yang digunakan untuk mencuci sarang walit menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Cuba kita lihat bagaimana beras wangi dihasilkan. Ianya diproses dengan menggunakan bahan kimia untuk menjadikan ianya berkilat dan wangi. Cuba anda ambil air basuhan  beras berkenaan dan uji kandungan klorin didalamnya. Kandungan klorinnya amat tinggi. Kaedah yang sama juga boleh digunakan oleh peniaga yang memproses sarang walit ini , agar ia lebih putih dan menarik.  Jika tidak  masakan  terdapat isu pemakan sarang walit telah sakit dan membawa kepada  kematian di Cina. Berita ini telah tersebar oleh media masa disana.  Ini menyebabkan pemakan rutin lebih berhati hati. Ini menyebabkan permintaan terhadap sarang walit telah menurun.

Pengaruh dan ketakutan masyarakat dunia terhadap penyakit selsema burung juga boleh memberi kesan kepada pasaran sarang walit. Pengguna merasa bimbang terhadat bekalan yang berasal dari negara pengeluar yang dihebuhkan terdapatnya selsema burung. Dengan itu permintaan terhadap sarang burung ini telah memberi kesan secara global. Negara pengeluar yang yang tidak terdapat selsema burung seperti Malaysia pun memberi kesan yang sama.

Pengucupan ekonomi global juga telah dimanipulasikan secara berkesan oleh trader untuk membeli sarang yang belum diproses dengan harga yang lebih murah untuk mendapat keuntungan yang berlibat ganda dengan alasan kejatuhan ekonomi global.

Saya yakin keadaan akan pulih seperti sediakala dan ini adalah masa yang terbaik untuk kita memulakan industri ini. 

Advertisements

Posted on 8 February, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: