Apa yang patut anda tahu berkaitan dengan undang-undang PBT dalam industri burung walit di Malaysia

Apa yang anda patut tahu berhubung dengan undang-undang yang berkaitan industri burung walit sekiranya anda ingin membangunkan Rumah Burung Walit (RBW) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kawasan-kawasan majlis-majlis daerah.

 

Sepertimana yang sedia maklum bahawa PBT adalah kerajaan pada lapisan yang ketiga selepas kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Ini bermakna PBT mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk menggubal undang-undang kecil untuk dikuatkuasakan didalam kawasan pentadbirannya. Oleh yang demikian apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kesejahteraan dan keharmonian penduduk dalam kawasan pentadbiran PBT seharusnya mendapat kelulusan dari PBT. Kelulusan tersebut mungkin dibuat dalam bentuk lesen atau surat kebenaran.

 

Demikian juga berkaitan dengan industri burung walit ia seharusnya mendapat kelulusan atau lesen dari PBT terlebih dahulu. Oleh yang demikian PBT sepatutnya menggubal undang –undang keci yang berkaitan dengannya.

Terdapat beberapa undang-undang atau akta yang boleh dikuatkuasakan oleh pihak PBT yang berkaitan dengan burung walit. Diantaranya ialah:

 

i.  Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

 

ii.  Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133);

iii.   Undang-Undang Keeil Bangunan Seragam 1984; dan

iv.  Animal Husbandry Practice For Edible-Nest Swiftlets Aerodermus Species – Ranching And Its Premis oleh JPH.

 

Pengusaha seharusnya menyedari bahawa mereka sesungguhnya terikat dengan undang-undang sepertimana diatas. Namun begitu banyak mengusaha yang terlibat dengan industri ini tidak mengambil kira espek undang-undang diatas. Apabila penguatkuasaan yang dijalankan,  PBT dipersalahkan kerana bertindak zalim terhadap pengusaha. Namun begitu pengusaha dan pihak berkuasa seharusnya saling memahami tugas dan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian dan keselesaan penduduk.

 

Berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam industri ini sesuatu tindakan segera perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Sekiranya pihak berkuasa lambat bertindak ianya akan menjadi bertambah parah, dimana undang-undang negara tidak dihormati lagi. Masih tidak kedengaran lagi mana-pihak berkuasa yang telah menggubal undang-undang kecil yang berkaitan dengan industri burung walit ini untuk dikuatkuasakan didalam PBT masing-masing khususnya di Terengganu.

 

Difahamkan bahawa Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah pun mengeluarkan garis panduan mengenai permohonan lesen premis perusahaan burung walit bagi menjadi panduan kepada pihak berkuasa menggubal undang-undang kecil yang bersesuaian dengan persekitaran PBT masing-masing. Namun begitu ianya masih sepi.

 

Kelambatan tersebut menyebabkan pengusaha terus melabur dan melaksanakan industri ini walaupun tidak mendapat kelulusan atau lesen dari PBT terlebih dahulu. Kelambatan ini akan memberi kesan kepada kedua-dua pihak ia itu pengusaha dan PBT sendiri. Pengusaha tidak mampu menunggu begitu lama untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa. Projek terpaksa diteruskan walaupun secara haram. Pengubahsuaian bangunan atau premis perniagaan terpaksa dilaksanakan. PBT tidak dapat memungut hasil. Sedangkan pengusaha terus mendapat untung yang lumayan.

 

Sekiranya undang-undang lambat digubal dan pengusaha yang telah pun melabur dengan jumlah peruntukan yang besar sehingga jutaan ringgit. Kita bimbang tindakan pihak berkuasa yang lambat ini akan mengundang tindakbalas atau kesan sosial ekonomi kepada negara. Kerana pengubah suaian yang dilaksanakan telah tidak menepati peraturan yang ditetapkan nanti. Pastinya pengusaha akan mengalami kerugian yang besar. Siapakah yang harus bertanggungjawab sekiranya keadaan ini berlaku.

 

Bagaimana pula peranan persatuan dalam soal ini. Setakat ini hanya persatuan burung walit cina yang telah ditubukan. Bagaimana pula orang-orang melayu yang terlibat dalam industri ini. Walaupun dikalangan orang melayu Terengganu ramai yang terlibat namun begiu tiada lagi persatuan dikalangan pimilik rumah burung walit ditubuhkan. Saya dimaklumkan ada ura-ura nak tubuh tubuh persatuan tetapi tak tahulah setakat mana perkembangan nya.  Sepatutnya dikalangan pengusaha melayu harus ada penggerak dan bersedia berkorban untuk menubuhkan persatuan dengan segera. Sebelum PBT menggubal undang-undang kecil  pihak penaja seharusnya menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk berbincang dengan PBT dan memberi pandangan supaya undang-undang yang digubal tadi tidak menjejaskan pelabuaran orang-orang melayu yang kebanyakannya membina RBW dikawasan kediaman khususnya dikampung-kampung.

 

Difahamkan mengikut garis panduan tersebut bangunan yang hendak diubahsuai hendaklah kegunaannya dari jenis komersial. Tetapi tafsiran komersial haruslah lebih jelas. Sekiranya PBT mendapat maklumbalas dari persatuan cina, adalah dikhuatiran hanya kepentingan pengusaha cina diambil kira. Mereka rata-ratanya mengusahakan dikawasan bandar dan pekan. Lagi pun pun mereka telah lama dan ramai yang telah berjaya. Sekiranya kadar lesen yang dikenakan tinggi, mereka tidak mempunyai masalah untuk membayarnya. Sedangkan pengusaha melayu yang baru mencubanya tentulah mempunyai masalah. Oleh itu sekiranya telah diwujudkan penggerak persatuan, baiklah pertindak cepat.

Posted on 29 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: