Benarkah harga tanah di Terengganu RM1 juta/ekar kerana rumah burung walit

Bila pula harga tanah di Terengganu menjadi begitu mahal sehingga mencecah  RM 1 juta hanya kerana sebuah rumah burung. Terperanjat juga bila saya terbaca mengenainya dalam blog Harry.

“Harry, I was offered to buy a new BH in Trengganu, 1,800 square feet, two stories, plus a piece of 1 acre land at RM 1,000,000. Is that a good offer?”.

Fenomena ini tidak mustahil kerana ramai yang percaya bahawa industri walit akan membawa pulangan yang besar. Justeru itu Terengganu menjadi pilihan utama pelabur kerana habitat asal burung walit di Semenanjung Malaysia terdapat di Pulau Redang, Pulau Tinggul , Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Kerajaan negeri Terengganu sendiri melalui Jabatan Perhutanan telah mengeluarkan pajakan untuk pemungutan sarang burung di Pulau Redang sejak tahun 60’an lagi. Sejarah juga telah menunjukan bahawa burung walit telah menjadikan rumah kedai di Kampong China Kuala Terengganu bagi kawasan perumahan baru mereka. Sehinggalah rumah kedai tersebut dimasukan dalam akta warisan bagi menghalang pihak berkuasa membangunkan semula kawasan tersebut. Berikutan pemiliknya mendapat pulangan lumayan dari hasil burung walit yang bersarang di bumbung rumah mereka.

 

Manakala pihak Aeroswift Consultancy Sdn. Telah melihat Terengganu sebagai lokasi yang cukup strategik dan berpotensi dalam industri ini sejak 2004. Ketua pegawai eksekutifnya telah membeli tanah di Terengganu untuk dibangunkan sebagai projek rumah walit. Mereka  telah mula  menjual rumah burung walit di Kuala Berang, Terengganu yang berukuran 4,000 kaki persegi ( 20’ X 50’ X 4 tingkat)  dengan harga RM240,000.00. Harga ini tidak termasuk harga pajakan tanah keluasan tapak rumah burung tersebut.

Adalah tidak mustahil jika keluasan tapak hanyalah 20’ X 50’ bagi sebuah bangunan. Bayangkan berapa buah bangunan yang boleh dibina diatas 1 ekar tanah. Oleh itu adalah tidak mustahil harga tanah di Terengganu boleh mencecah sehingga RM1 juta/ekar.Menyedari potensi yang begitu besar industri burung walit di Terengganu telah mula membuka mata banyak pihak di sini untuk terlibat dalam industri walit. Pertumbuhan projek rumah burung walit bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya turut menarik minat bukan sahaja orang biasa yang terdiri daripada peniaga dan usahawan. Malah ia turut menarik minak pemimpin masyarakat yang terdiri dari Wakil-wakil Rakyat, Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan sebagai persediaan dan pelaburan selepas bersara. Kemewahan hidup yang ditunjukann oleh mereka yang telah lama terlibat dalam industri ini telah menarik minat orang-orang melayu di Terengganu. Bekas-bekas wakil rakyat PAS yang mengusahakan industri walit seperti Che Ghani Ambak bekas MP Setiu boleh hidup dengan bergaya, telah menjadi idola dalam industri ini.

 

 

Posted on 23 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: