Cabaran pengubahsuaian shop lot menjadi rumah burung walit

Cara paling cepat untuk terlibat dalam industri walit ialah dengan mengubahsuai premis perniagaan atau shop lot untuk dijadikan rumah burung walit (RBW). Lebih 80 % lokasi RBW terletak dikawasan komersial. Ia itu shop lot yang diubahsuai menjadi rumah burung. Pengubahsuaian dilakukan samada secara sembunyi atau secara terang-terangan atau terbuka tanpa berselindung lagi. Sekilas pandang seolah-olah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa. Tak kisahlah selagi tidak menerima notis dari Pihak Berkuasa Tempatan kira OK lah tu. PBT tak kacau kira tak ada masalah. Adalah dianggarkan lebih daripada 50,000 premis kedai dan kediaman telah pun diubahsuai menjadi pusat ternakan burung walit diseluruh negara. Syabash kepada rakyat Malaysia yang cepat peka terhadap industri ini. Walau pun Indonesia lebih awal bermula dalam industri ini namun Malaysia begitu pantas bergerak yang cuba memintas Indonesia kerana kelebihan teknologi yang kita ada. Lebih-lebih lagi ia mendapat dokongan pemerintah Malasia.

PUTRAJAYA, 13 Okt 2005 (Bernama) — Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan orang ramai menternak burung walit dan mengiktiraf bidang itu sebagai perusahaan yang berpotensi tinggi untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Negara Mengenai Kerajaan Tempatan kali ke-53 yang dipengerusikannya di sini.

Penternak burung bagaimanapun perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kelulusan dikeluarkan bagi menternak burung itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Antara peraturan itu ialah aktiviti ternakan itu tidak dibenarkan dijalankan di dalam atau berhampiran kawasan perumahan dan penghasilan bunyi untuk memanggil burung berkenaan hendaklah dibuat pada tahap nada bunyi yang rendah.

Burung walit kini banyak diternak di Pantai Barat Semenanjung. Perak ialah antara negeri yang didapati banyak menjalankan aktiviti ternakan burung itu berikutan berlakunya migrasi secara besar-besaran burung itu dari Medan, Indonesia.

– BERNAMA

Walau bagaimana pun pengubah suaian premis perniagaan menjadi RBW perlu berhati-hati kerana ia melibatkan banyak faktor yang perlu diambil perhatian. Walaupun sokongan dari Kerajaan Malaysia namun tidak banyak Pihak Berkuasa tempatan telah mengambil langkah yang strategik kearah tersebut. Undang-undang kecil di bawah PBT masih belum dilaksanakan walaupun Majlis Negara Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan garis panduan sejak tahun 2005 lagi.

Potensi Industri Sarang Burung Walit disesuatu premis atau kawasan juga perlu diambil kira. Sekiranya shop lot tersebut berada dikawsan centra walit, ianya tidak memerlukan ujian lokasi lagi. Kerana kawasan tersebut sememangnya telah menjadi kawasan perumahan walit untuk tidur dan bersarang. Jika kawasan premis tersebut kawasan baru seperti bandar baru yang diwujudkan ianya memerlukan ujian lokasi sebelum anda membuat keputusan untuk mengubahsuai premis perniagaan tersebut menjadi RBW.


Kos pengubahsuaian juga perlu difikirkan. Kos melibat perbelanjaan upah, materia dan peralatan yang diperlukan. Kos pembinaan shop lot tersebut mungkin tidak sama dengan kos pengubahsuaian. Kos pengubahsuaian melibatkan kos meroboh dinding. Lantai, shiling dan sebagaianya mengikut kesuaian. Kos penyediaan dog kennal (rumah monyit) jika diperlukan atau penyediaan lubang masuk. Penyediaan roving room dan nesting room mengikut kesesuaian. Kos penutupan pintu dan tingkap dengan menggunakan materia yang kedap cahaya dan kedap kegelapan.

Aspek-aspek keselamatan juga perlu diambil kira kerana kawasan premis perniaan mudah terdedak dengan rompakan dan kecurian yang berprofail tinggi. Pencuri dan perompak bukan setakat penagih dadah tetapi profesional dengan peralatan canggih. Menggunakan burner gas dan pemanjat dinding. Terdapat kes pencuri menebuk dinding melalui premis bersebelahan dan juga bumbung. Penggera keselamatan perlu dipasang. Jika perlu CCTV dengan kawalan internet seharusnya dipasang untuk pemantauaan. Pintu besi yang diperlukan kadang-kadang melebihi daripada satu lapis. Saya sendiri menggukan 4 lapis pintu besi RBW saya di premis perniagaan kerana saya berada jauh dari kawasan RBW tersebut.

Jenis-jenis Reka Bentuk Rumah Burung Walit di shop lot mestilah mengikut kesesuaian kawasan. Reka bentuk tidak semestinya sama. Uuntuk shop lot satu tingkat atau tingkat atas sahaja berbeza dengan shop lot dua tingkat yang dijadikan rumah burung. Begitu juga sekiranya shoplot digabungkan beberapa pintu . Pendek kata hanya hanya mereka yang pakar sahaja yang mampu melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian ini. Sekiranya anda ingin menggunakan konsultan pastikan konsultan tersebut memberikan perkhidmatannya selesai sehingga burung mula bersarang. Jika tidak anda terpaksa mengeluarkan belanja lagi bila terpaksa membuat pengubahsuaian semula. Jangan sama sekali menggunakan tukang rumah untuk melaksanakan kerja. Ingat membuat RBW dikawasan centra walit lebih mencabar dari kawasan lokasi perburuan atau lokasi air.


Penyediaan Teknologi Yang Bertepatan Kehendakan Habitant Burung Walit juga sesuatu yang perlu difikirkan. Teknologi yang dimaksudkan ialah teknologi mengubahsuai shop lot atau premis perniagaan menjadi gua artificial yang menghampiri habitat asal yang burung diperlukan oleh burung walit. Bagaimana untuk mengawal dan dan menetapkan suhu yang sentiasa berubah dalam bangunanan kedai tersebut. Kelembapan yang diperulakan oleh burung walit juga perlu dikawal dengan teknologi. Dengan itu konsep rumah burung pintar perlu dilaksanakan. Teknologi audio atau suara memanggil burung dan suara dalaman burung juga perlu mampu bersaing dengan suara yang telah ada dikawasan tersebut. Jika suara yang kita guna tidak mampu menarik burung sudah tentu RBW kita akan gagal kerana promosi RBW tidak hebat. Jika promosi hebat pun keadaan dalaman tidak sesuai mungkin RBW kita juga gagal. Jika gagal carilah konsutan yang mampu membantu kita dengan segera.

Posted on 18 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: