Bandar Chukai Kemaman lubuk emas industri walit di Terengganu

E-mail yang saya terima dari seorang rakan tentang potensi walit dikawasan pendalaman

Assalamualaikum wrt wbt

En Jahani, saya amat berminat menyertai projek burung layang-layang ini, saya mempunyai tanah pertanian seluar 6 ekar di tepi sungai Cherul kemaman berhampiran dengan kawasan perlombangan lama, daripadar pemerhatian saya memang terdapat banyak burung layang-layang, cuma saya tak pasti mana satu yg bernilai komersial, tetapi yg saya pasti di kawasan Sekolah Menengah Cherul jaraknya lebih kurang 2 km dari tanah saya memang banyak terdapat burung layang-layang terutama selepas hujan. Adakah burung ini hanya tinggal di kawasan berhampiran laut sahaja?. Pada andaian saudara adakah kawasan saya itu berpontensi? kerana kawasan saya ini agak pendalaman. Untuk makluman saudara tanah saya itu asalnya dusun durian telah dibersihkan utk penanaman sawit. Lokasi agak jauh dr kawasan kediaman tapi masih boleh mendapat bekalan letrik.

Saya juga telah membaca semua artikel yg saudara tulis kerana saya sedang dalam usaha untuk memceburi bidang burung layang-layang ini. Cuma saya ingin membuat persediaan yg rapi seperti saranan saudara. saya amat berbesar hati sekira saudara dpt memaklumkan kepada saya sebarang kursus yang akan dianjurkan. Ssaya hanya menanti sebab saya tiada kawan dalam bidang ini. Besar harapan saya kalau saudara dapat memberi tunjuk ajar atau memaklumkan kepada saya sekiranya ada kursus-kursus yg dianjurkan.

sekian terima kasih

Azhar b Deraman

Bandar Cheneh Baru

Bandar Chukai Kemaman adalah centra walit. Saya perhatikan bila senja menjelang puluhan ribu burung walit akan pulang ke rumah walit yang terdapat dibandar cukai. Terdapat tidak kurang daripada 100 buah rumah walit disekitar Chukai sahaja.Ini tidak termasuk lagi rumah burung walit yang terdapat di kawasan luar bandar seperti di Air Putih dan sebagainya. Saya pernah berada diatas sebuah bumbung bangunan di Chukai Kemaman dikala senja dan saya perhatikan terdapat rumah burung seumpama vacume penyedut sampah keadaan burung walit masuk kedalamnya, bertali arus. Saya tidak dapat bayangkan berapa banyak burung bersarang didalamnya. Saya agak tuan punya rumah burung tersebut dah jadi jutawan.

Jika begitu ramai burung walit kembali ke Chukai. Agaknya dimana tempat ia mencari dan memburu makanan. Pastinya dikawasan pendalaman dan kawasan tersebut tidak mustahil di kawasan kebun saudara. Kawasan perkebunan dan kawasan hutan sememangnya kaya dengan sumber makanan . Lebih-lebih lagi sekiranya kawasan tersebut terdapat pula sumber air seperti mana yang saudara nyatakan. Walau bagaimana pun saya tidak dapat pastikan samada burung layang-layang yang saudara perhatikan tersebut walit atau layang-layang sarang sampah yang tiada nilai komersial. Untuk kepastian ujian lokasi harus dilaksanakan. Saya biasa berada di Cheneh Rekreation Resort. Kawasan bekas lombong tersebut memang terdapat ramai burung layang-layang tetapi burung tersebut adalah layang-layang sarang sampah. Ianya banyak hinggap diatas talian letrik. Tetapi tidak mustahil walit juga terdapat disitu.

Tempat burung walit tidak semestinya dikawasan pantai berhampiran dengan laut. Kawasan pendalaman juga terdapat burung walit. Kawasan pendalaman adalah lokasi perburuan atau lokasi pemakanan. Oleh kerana walit juga sukakan air. Maka kawasan sungai, tasik atau bekas lombong adalah lokasi air untuk kesesuaian habitat walit untuk tinggal disitu. Cuma yang tiada disitu adalah lokasi perumahan kerana orang belum lagi membangunkan rumah walit disitu. Sekiranya terdapat rumah walit dikawasan tersebut saya pasti walit tidak lagi perlu kembali ke Chukai untuk tidur dan bersarang. Oleh itu kawasan luar bandar sememangnya berpotensi besar.

Posted on 16 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: