Merealisasikan impian membongkar rahsia rumah gelap membangunkan jutawan senyap

Keghairahan orang Terengganu dalam industri burung walit agak luar biasa. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan dan tanpa tunjuk ajar mereka sudah berani membangunkan rumah walit. Percaya dengan lapuran akhbar bahawa pulangan dalam industri walit cukup lumayan. Mereka tetap yakin bahawa pulangan dari pelaburan rumah burung walit bukan Ringgit Malaysia rutusan malah puluhan ribu sebulan . Lantas ramai yang ingin mencuba dalam bidang ini. Kemampuan dan peluang yang ada terus digunakan. Maka terbinalah sebuah rumah burung walit dengan rekabentuk mengikut perspektif sendiri. Lantas dibayangkan bahawa kehendak burung walit sama dengan kehendak manusia. Maka terbinalah sebuah hotel untuk didiami oleh burung walit yang menyamai hotel untuk manusia. Dibinanya lobby dan bilik-bilik yang dikira cukup aman bagi tempat tinggal walit tanpa gangguan. Bilik-bilik tersebut dinamakan dengan berbagai istilah ada kawasan roving room dan nesting room. Laksana sebuah gua yang terdapat dihutan belantara atau dilautan samudra luas.

Sebaik sahaja bangunan siap dibina lalu dicarinya penjual suara burung walit yang enak lagi merdu untuk memikat walit masuk dan bersarang dalam rumah tersebut. Mereka sanggup membeli suara kadang-kadang mencecah ribuan ringgit yang kunungnya suara hebat yang mampu menarik ribuan walit datang. Suara walit mula dibunyikan mula-mula perlahan, walit tidak juga datang. Lantas suara  dikuatkan sedikit. Walit datang berlegar diatas, lalu dikuatkan lagi maka walit keluar masuk lubang . Buakan main gembira lagi tuan punya. Pastinya gembira kerana rahsia rumah gelap sudah terbongkar. Impian menjadi jutawan senyap akan menjadi kenyataan.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak diduga menjelma. Pihak berkuasa tempatan datang menyerahkan notis, bangunan yang dibina tiada kelulusan pelan dan diarah roboh. Jika tidak tindakkan meroboh akan dilaksanakan. Rupanya keghairahan mengundang mala petaka. Bunyi yang kuat menganggu kedamaian tetangga. Desakan dibuat supaya pihak berkuasa bertindak. Gelap dan hancur harapan.  Jika bernasib baik hanya sekadar notis peringatan…….

Pengusaha terus menunggu dengan harapan mendapat pulangan pelaburan sewajarnya. Setahun, dua tahun malah sampai empat tahun menunggu dengan sabar . Selepas begitu lama menunggu bukan sahaja tiada sebiji pun sarang, malah burung tidur pun tidak ada dalam rumah tersebut. Orang kampung dah tahu. Kadang-kadang terdengar suara sindiran. Sabar je lah..nak buat macam mana rezeki tidak ada lagi.

Selepas empat tahun baru sedar bahawa rumah burung yang dibina tidak memenuhi spesifikasi sebenar sebuah rumah burung. Mungkin tidak kena design. Macam-macam bentuk design yang ada ada rumah burung jenis A, B, C atau D. bagaimana pula dengan kegelapan, suhu , ventilasi atau kelembapan . Suara burung yang digunakan adalah sebagai alat promosi untuk memikat. Namun begitu faktur lain tidak kurang  penting dalam menentukan kejayaan.

Bersabar dan menunggu dalam kesilapan adalah suatu kebodohan. Carilah mereka yang boleh membantu. Jika terpaksa keluarkan sedikit belanja apalahnya. Membongkar rahsia rumah gelap membangun jutawan senyap bukanlah hanya sekadar  impian. Pastikan  kita mampu merealisikan impian tersebut.

Posted on 15 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: