Undang-udang kecil ternakan burung walit bakal digubal oleh PBT Terengganu

Malam tadi saya sempat berbual dengan seorang Yang Di Pertua Majlis Perbandaran di Terengganu. Perbualan berkisar dengan isu-isu yang ada kaitan dengan rumah burung walit. Saya dimaklumkan bahawa pihak kerajaan dalam proses merangka undang-undang tentang ternakan burung walit. Bertujuan supaya ternakan burung walit boleh dilesenkan. Pengusaha senang dan PBT dapat hasil. Jika ada lesen nanti bolehlah institusi kewangan membiayai projek ternakan walit. Walau bagaimanapun sebelum undang-undang digubal khabarnya pihak kerajaan berhasrat mendapat pandangan daripada pihak penternak terlebih dahulu.

Ya! Undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu bakal digubal. Tetapi apakah rupa bentuk undang-undang tersebut tersebut. Apakah undang-undang itu nanti bakal memberikan berita gembira kepada pengusaha rumah burung walit. Atau PBT mengadakan undang-undang tersebut untuk menekan pengusaha rumah burung walit di kawasan bandar. Penentuan takrifan kawasan komersil atau kawasan perumahan. Kawasan komersil boleh menternak burung kawasan perumahan tak boleh menternak burung walit. Kawasan komersil juga ada rumah flet , sama juga dengan kawasan perumahan. Oleh kerana kawasan komersil sebahagian besar bangunan sememangnya telah dimiliki oleh kaum cina maka bergembiralah mereka sebaliknya orang melayu memiliki bangunan dikawsan perumahan mungkin terpaksalah mehentikan operasi rumah burung mereka. Mungkin  itulah pandangan yang akan diberi oleh Persatuan Saudagar Burung Walit Terengganu kepada pihak kerajaan sepertimana lapuran akhbar tempuh hari.

Bagaimana pula nasib pemilik rumah burung dikawasan luar bandar atau dikawasan kampung. Sudah pasti pembinaannya tidak jauh dari kawasan rumah walau ianya didirikan diatas tanah pertanian. Yang pastinya masih lagi berhampiran dengan perumahan yang dihuni oleh manusia. Kalaulah suara bunyian memanggil burung itu ditafsirkan sebagai kacau gangu, maka undang-undang tersebut pasti akan memberi kesan kepada pengusaha melayu tadi. Maka tindakkan boleh diambil keatas mereka dimana jua rumah burung didirikan. Sepanjang pemerhatian saya di Terengganu belum lagi terjumpa rumah burung didirikan pada tempat yang terpencil jauh dari manusia. Justeru itu tunggulah nanti padahnya kepada kita.

Mana boleh mendirikan rumah burung walit dikawasan hutan jauh dari rumah nanti belum kita kutip hasilnya orang lain kebas dulu. Lepas tu kadar lesen pula satu hal lagi. Dahlah kadar lesen yang bakal dikenakan mungkin membebankan pengusaha baru. Nak bina bangunan dikawasan bandar bukanya murah. Waduh amat membebankan.

Oleh itu saya pohon daripada pembaca supaya memberi komen dan cadangan agar kita dapat memberi cadangan kepada pihak kerajaan cara yang terbaik berkaitan dengan undang kecil PBT ini. Anda boleh hantar komen disini atau email kepada saya segera email : jahani@jahaniwalit.com

Posted on 10 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: