Kontrak pengelolaan rumah burung walit yang bermasalah

Hari ini saya bercuti . Rakan-rakan yang lain dah mula bekerja. Saya tidak ambil cuti raya. Kebetulan hari ini saya berpeluang bersama Jeff membuat pemerhatian terhadap sebuah rumah burung yang akan dikelolakan oleh Jeff & Zabri di Dungun, Terengganu. Rumah burung tersebut hampir 2 tahun beroperasi, namun tiada burung walit yang sudi menghuninya. Pemiliknya rasa amat kecewa dan tidak lagi berminat untuk meneruskan operasi rumah burung tersebut sejak 3 bulan yang lalu. Berkebetulan pemilik menemui saya menceritakan masalah rumah burung tersebut. Saya mempertemukan beliau dengan Jeff & Zabri.

Saya dah habis ikhtiar katanya. Malu juga pada orang kampung yang semuanya dah tahun saya buat rumah burung. Dulu bangunan ini ada orang nak sewa untuk dijadikan stor barangan. Tapi saya tak beri kerana berminat untuk menjadi usahawan burung walit. Saya hampir menyesal En! Katanya kepada saya. Tolonglah bantu saya. Dah tak tahu nak buat bagaimana lagi.

Hari ini walaupun saya bercuti tapi berazam nak jadikan hari ini hari berkualiti bagi saya. Jadi saya ambil kesempatan mengikut Jeff dan Zabri membuat pemeriksaan rumah burung tersebut yang akan dikelolakan oleh mereka berdua. Kami bertolak ke Dungun selepas zuhor. Sebaik sahaja sampai pemilik rumah burung walit tersebut dah bersiap sedia menunggu kami dengan gembira. Beliau yakin kami akan membawa berita gembira untuknya.

Jeff menyalakan sebatang rokok. Saya sangkan beliau nak hisap rokok, tapi tidak beliau hanya ingin memerhatikan pergerakan udara disekitar rumah burung tersebut. Sekali sekala beliau memerhatikan lubang masuk burung dibandingkan pergerakan asap rokok tadi. Lubang masuk perlu diubah katanya dog kenal perlu dibuat semula, supaya tidak tergangu burung hendak masuk. Kata Jeff dog kenal dan lubang masuk penting untuk kejayaan sesebuah rumah burung. Dog kenal mesti tinggi daripada pokok yang ada disekitar bangunan tersebut.

Ketingian lantai telah mencukupi katanya. Ketinggianya antara 12’ dan 15’ memang cukup selesa untuk burung walit. Design rumah walit ketinggian lantai adalah diantara 6’ hingga 15 kaki. Tiba-tiba jeff memanggil saya supaya mendekatkan hidung saya ke dinding. Saya medekatkan hidung kedinding, ternyata saya terhidu suatu bau yang agak asing bagi kebiasaan rumah burung walit. Itu pun salah satu sebab burung tak mahu duduk. Kita kena pastikan bau ini dinyahkan dari rumah burung ini. Ventilation tidak mencukupi walau pun ia tidak terlalu panas bagi sebuah rumah burung. Ventilation kena tambah kata Zabri. Jeff setuju dengan cadangan tersebut. Sistem kawalan kelembapan dan suhu perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Pemasangan kayu plank yang sedia ada dak OK kata jeff.  Terdapat partition yang perlu dirubah. Bagaimana pula audeo sistem yang telah dipasang. Jeff membuat penelitian lagi. Ia nya juga perlu diubah supaya suara dalaman benar-benar dapat merangsang walit untuk bersarang. Setelah berbincang dengan pemiliknya kerja-kerja pengubahsuaian akan dilaksanakan dengan seberapa segera. Persetujuan dicapai diantara mereka. Satu lagi projek pengelolaan akan lilaksanakan oleh Jeff dan Zabri. Hari ini saya dapat pengalaman yang berguna dan ilmu yang bermanfaat dai pakar komputer dan pakar suara dari Kuala Terengganu.  Tahniah atas kejayaan anda.

Posted on 6 October, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Satu Artikel yang bagus boleh membantu semua pembaca untuk menimba ilmu bersama. Maaf cuma satu tak faham tentang gambarajah yg ada anak panah?? Perbanyakan lagi artikel seperti ini, Taniah Selamat maju jaya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: