Garis panduan perusahaan burung layang-layang dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Akta 171 adalah adalah akta kerajaan tempatan 1976  memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  berhubung perkara-perkara kewangan dan lain-lain bidang dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Manakala Akta133 adalah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Akta ini menentukan kuasa PBT sebagai Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan perancangan, pembangunan dan pembinaan jalan, parit dan bangunan serta menentukan syarat bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunania. Diantara kesalahan yang boleh di kompaun dibawah akta ini ialah S.70(1)Mendirikan bangunan tanpa kebenaran[ denda di bwh S.70(13)] denda RM25,000.00

Garis panduan perusahaan burung layang-layang akan dirangka / Utusan Malaysia 22 Ogos 2008

KUALA TERENGGANU 21 Ogos – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan merangka garis panduan mengusahakan ternakan burung layang-layang di bandar raya ini pada 26 Ogos ini.

Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merangka garis panduan perusahaan ternakan burung berkenaan yang bersesuaian dengan persekitaran Kuala Terengganu.

Menurut beliau, draf garis panduan itu akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan sebelum boleh dilaksanakan.

”Draf berkenaan akan meliputi pelbagai aspek termasuk pelesenan dan semua perkara yang bersesuaian untuk menjalankan perusahaan tersebut di sini,” katanya selepas Majlis Perasmian Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas Tepuh-Batu Enam di Pekan Batu Enam di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan baru-baru ini bahawa kementerian telah mengeluarkan garis panduan lesen perusahaan tersebut kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menangani masalah perusahaan burung itu di kawasan berdekatan tempat tinggal penduduk.

Mat Razali berkata, MBKT mendapat pelbagai aduan tentang bunyi bising dan bau busuk najis burung berkenaan daripada penduduk yang tinggal berdekatan kawasan penternakan untuk sarangnya.

”Pengusaha berkenaan tidak mempunyai lesen dan mengusahakan ternakan burung berkenaan berdekatan kawasan perumahan dan ia menyalahi Seksyen 133 Akta Jalan, Perparitan dan Bangunan.

”MBKT telah mengeluarkan notis amaran kepada mereka dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang mencari kaedah yang sesuai dalam usaha menangani masalah berkenaan termasuk mengenal pasti kawasan baru untuk menempatkan perusahaan itu.

 

Posted on 19 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. jadi pak,macam mana dgn rumah burung yg letaknya di tanah pertanian dan juah dari bandar n rumah orang???
    adakah akta171 juga melibatkan juga bangunan yg kita bina disana???

  2. jadi pak,macam mana dgn rumah burung yg letaknya di tanah pertanian dan juah dari bandar n rumah orang???
    adakah akta171 juga melibatkan juga bangunan yg kita bina disana???

    macam mana yer??? tak terjwab lg tu

Leave a comment