Rumah Burung Walit di Pulau Redang Terengganu pun dibantah!

Pulau Redang 16 september 2008 –  Terdapat 7 buah gua yang menjadi habitat asal burung layang-layang di Terengganu. Sejak tahun enam puluhan lagi Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Perhutanan mengeluarkan permit pajakan untuk memungut sarang burung di gua-gua yang terdapat di Pulau Redang. Harga pajakan bertambah dari tahun ke setahun hinggakan mencapai ratusan ribu ringgit setahun. Dahulu pemajak tidak mengupah orang untuk menjaga gua-gua disini. Tetapi hari ini gua-gua ini telah dikawal daripada dicerobuhi pencuri sarang.

 

Walau bagaimana makanan yang ada di kawsan Pulau Redang tidak mampu menampung pembiakan burung walit disini. Setiap hari burung walit disini keluar memburu makanan didaratan Terengganu sehingga mencapai radius ke Tasik Kenyir.

 

Potensi walit yang ada disini menarik minat YB Ustaz Kazan Che Mat ia itu ADUN Batu Rakit yang juga Yang Berhormat untuk Pulau Redang . lantas mencadang supaya penduduk Pulau Redang mengambil inisiatif menternak burung walit di Pulau Redang. Saranan beliau disambut oleh anak buahnya dengan menjalankan projek contoh disini. Usaha beliau ini telah mula membuahkan kejayaan. Projek ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat disini dalam memperbagaikan usaha menambahkan pendapatan. Tidak hanya bergantung kepada sumber laut menjadi nelayan sahaja. Begitulah hebatnya wawasan YB Ustaz Kazan untuk melihat masyarakat Pulau Redang maju.

 

Namun begitu usaha beliau ini disalah ertikan oleh sebahagian kecil penduduk yang anti pembangunan sepertimana yang saya petik dari sebuah blog :


“Mereka yang dihubungi Buletin Online juga mengadu kegiatan menternak burung walit dalam kawasan kediaman, amat mengganggu suasana kehidupan seharian mereka.


Selain terganggu dengan bunyi bising pada waktu pagi dan petang, menurut mereka, ‘sarang burung’ tersebut mencemarkan kebersihan persekitaran kampung.  

”Ia sangat merimaskan kerana terlalu dekat dengan rumah saya, bunyi bising bila burung masuk sarang pagi dan petang,”kata Idrus Md Amin, 43, (gambar kiri) yang mendakwa bangunan sarang burung itu dibina dibelakang rumahnya.

 

“Saya harap pihak berkenaan dapat ambil tidakan segera kerana isu bangunan ‘haram’ ini sudah melarat dan mungkin menyebabkan perpecahan,”jelas beliau yang mengatakan, sejak sarang burung itu diusahakan awal tahun ini, penduduk juga tidak dibenarkan membakar sampah kerana asap daripada pembakaran itu boleh mengganggu kehadiran burung walit.

Beliau mendakwa pembinaan bangunan bernilai RM100,000.00 (gambar kanan) itu dalam pengetahuan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan diusahakan oleh seorang penduduk asal Pulau Redang, namun kini tidak lagi menetap di kampong tersebut dan tinggal di Batu Rakit.

 

Selain penduduk, menurutnya, bunyi bising daripada sarang burung itu juga turut mengganggu para pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang yang terletak kira-kira 100 meter dari bangunan sarang burung itu.

 

“Suasana aman dan hening waktu pagi di kampung ini tidak ada lagi sejak ada bangunan ‘haram’ dan usaha menternak burung laying-layang itu,” tambah beliau.”

Begitulah hipokritnya orang yang anti pembangunan ini. Mereka besikap hasad dengki dan cemburu serta iri hati dengan kejayaan orang lain. Berpuloh tahun dah burung walit mendiami Pulau Redang tiada masalah pun dengan kekotoran. Tengoklah sendiri gambar setelite begitu jauh dari sekolah macam mana dikatakan menganggu pelajar sekolah. Tak menasabah langsung.

Advertisements

Posted on 16 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: