Bantahan Rumah Burung Walit lagi di Terengganu.

The Star 12 Ogos 2008 , YB Toh Chin Yow meminta Majlis Bandaraya dan Pejabat Kesihatan Negeri menganbil tindakan tegas dan segera keatas pemilik rumah burung walit di Kondo Rakyat , Kuala Ibai, Kuala Terengganu ekoran lapuran Harian Metro Khamis 4 September 2008 bertajuk rumah burung walet gangu persekitaran. Lapuran itu juga memetik kenyataan Naib Presiden Persatuan Perdagang Burung Walet Terengganu, Lim Yu Teck yang berkata walaupun Kerajaan Negeri Terengganu belum lagi mengeluarkan syarat untuk pengusaha burung walet, peraturan mengenai jabatan kerajaan dibawah Kementerian  Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah jelas. “ semua sarang burung tidak dibenarkan didirikan dikawasan kediaman kecuali di kawasan komersial yang turut merangkumi rumah kedai  dan suara burung hendaklah dimainkan 12 jam dari 7.00  pagi hingga 7.00 malam tidak melebihi 60 desibel diukur pada jarak enam meter dari bangunan.

Mengulas kenyataan tersebut seorang penggiat burung walit yang aktif En Junos Dummi  mempertikaikan perbezaan antara kawasan kediaman dan kawasan komersial. Apakah Pihak berkuasa Tempatan mahu melihat kawasan bandar akan menjadi bandar hantu (gost town) yang tidak lagi dijalankan kegiatan perniagaan sepertimana Kitaran Indonesia. Atau pun aktiviti perniagaan dihentikan seperti mana sebuah kompleks perniagaan komersial di Perak. Apakah kawasan komersial tidak ada penghuni maka ia patut dibenarkan.  En Junos berharap pihak majlis bandaraya mengambil tindakan yang sama terhadap pengusaha rumah burung walit di Kampong China dan juga di Jalam Tok Lam, Kuala Terengganu. Bukan sahaja mendapat bantahan penduduk sepertimana gambar malah berhadapan dengan istana dan juga masjid. Kewujudan rumah burung walit berhadapan dengan Hotel Mid Town juga menjejaskan perniagaan hotel tersebut. Janganlah mengambil tindakan double standard rumah burung di Kondo Rakyat diminta diambil tindakan tegas rumah burung di Kampong China dan dijalan Tok Lam pihak berkuasa seolah-olah menutup sebelah mata. Lebih-lebih lagi wujud bantahan yang keras dari penduduk dan peniaga disitu. Bagaimana pula dengan rumah burung diatas pasar raya Astaka. Khabarnya bagunan tersebut  milik. …… sendiri.

Perlu juga dibuat kajian secara terpeinci mengapa begitu banyak kondo rakyat tidak ada penghuni. Siapa sebenarnya pemilik kondo rakyat tersebut. Katanya kualiti pembinaan kondo rakyat sangat teruk sehingga berlaku kebocoran disana sini sehingga ketingkat bawah. Keadaan ini mendorong penghuninya berpindah dan ada yang menjualnya. Sebab itulah pengusaha rumah burung mengubah suai untuk ternakan burung.

Posted on 14 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. Bagaimanakah cara untuk meminta kelulusan atau kebenaran dari pihak majlis mengudahsuai bangunan kedai dalam kawasan bandar untuk dijadi RBW dari satu tingkat menjadi 2 tingkat atau hanya minta kebenaran utk ubahsuai sahaja atau….?? untuk dapat kelulusan.

  2. Masalahnya tidak banyak PBT atau Majlis Daerah mempunyai undang-undang khusus mengenai burung walit bagi membolehkan lesen dikeluarkan

  3. Sekiranya saya menjalankan ternakan Burung Walit tanpa minta atau ada lesen, Apakah menjadi kesalahan sekiranya tak memohon lesen dan apakah tindakan yang selalunya dikenakan? Adakah PBT atau Majlis Daerah ada kuasa memberhentikan operasi atau..? Dan adakah pihak majlis Daerah menpunyai kuasa meroboh bangunan tambahan yang dibina juga setelah permohonan untuk bina RBW ditolok, Apakah tindakan yang biasanya diambil atau ada cara lain untuk memohonnya?

  4. Apakah menjadi kesalahan sekiranya tidak membuat permohon lesen atau tiada lesen dan apakah tindakan yang selalunya dikenakan? Adakah PBT atau Majlis Daerah ada kuasa memberhentikan operasi atau..? Dan adakah pihak majlis Daerah menpunyai kuasa meroboh bangunan tambahan yang dibina juga setelah permohonan untuk membina tingkat tambahan RBW ditolok, Apakah tindakan yang biasanya diambil atau ada cara lain untuk memohonnya?

  5. Ada 2 isu berbeza disini
    1. Mengubahsuai bangunan dari setingkat kepada 2 @ 3 tingkat

    Setau saya sebarang binaan melibatkan perubahan pada struktur bangunan sedia ada memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa majlis tempatan dengan asas kukuh tujuan2 perubahan & disertakan dengan plan lengkap.

    2. Memohon Lesen Menternak Burung di mana2 permis

    Permohanan untuk mendapatkan lesen hanya akan dipertimbangkan oleh pihak majlis tempatan di negeri2 yang mempunyai akta/undang2 khas berkenaan penternakan burung walit, pengusaha terlebih dahulu harus merujuk kepada pihak majlis tempatan di negeri masing2 samada negeri tersebut ada menyediakan akta/undang2 khas ini.

  6. Akta 171 Kerajaan Tempatan adalah untuk mengawal pembangunan dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan supaya pembangunan yang dilaksanakan dapat memberi keselesaan kepada penduduk. Namun begitu tindakan penguatkuasaan bergantung kepada ketegasan pihak berkuasa berkenaan. Jika di Terengganu seluruh daerah telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Daerah. Dengan itu semua pembangunan di Negeri Terengganu tertakluk dibawah akta ini. Amalan disini penguatkuasaan yang tegas dilaksanakan dikawasan operasi Majlis sahaja. Ahli Majlis Daerah juga memainkan peranan dalam perkara ini. Di Negeri lain saya kurang arif. Terima kasih

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: