Membangunkan rumah walit dalam tanah pertanian tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa

Soalan lazim yang selalu ditanya oleh mereka yang berminat untuk membina rumah burung walit  ialah bagaimana membina rumah burung yg paling sesuai .Teknik dan strategi untuk memanggil burung masuk, pemilihan lokasi dan   bagaimana memastikan burung selesa untuk tinggal dalam rumah yang disediakan.

Burung walit boleh diternak pada bangunan yang dibina khusus untuk tujuan tersebut ataupun mengubahsuai premis yang sedia ada seperti rumah kedai  atau rumah kediaman .  Namun begitu kedua-duanya bergantung kepada kemampuan dan modal pengusaha. Sekiranya bangunan telah sedia ada, maka kerja-kerja pengubahsuaian bangunan tersebut perlu dilaksanakan. Plan pengubahsuaian perlu mendapat nasihat pakar atau konsultan yang benar-benar mahir  dalam bidang ini . Jika tidak rumah burung anda akan bermasalah. Dalam artikel ini saya tidak boleh memaparkan kaedah sebenar pengubahsuaian tersebut. Nanti saya kena marah oleh konsultan. Faham-faham je lah zaman sekarang. Saya percaya banyak kursus dan seminar dianjurkan berhubung dengan perkara ini. Biasanya diiklankan dalam akhbar.

Mengubahsuai premis perniagaan atau rumah kediaman mungkin ada masalah dengan pihak berkuasa seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Kelulusan perlu pihak berkuasa perlu diperolehi terlebih dahulu. Namun begitu tidak banyak Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai peruntukan undang-undang untuk membolehkan premis perniagaan atau kediaman diubahsuai untuk ternakan burung walit. Boleh dikatakan sebahagian besar rumah burung yang terdapat dibandar atau dipekan dilakukan secara haram atau tanpa kelulusan lesen dari pihak berkuasa.

Paling baik adalah membina bangunan khusus untuk menternak burung walit. Bangunan ini boleh didirikan dalam kawasan kebun atau ladang. Tiada siapa yang boleh mengangu anda. Mengikut garis panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bangunan rumah burung hendaklah dibina sekurang-kurangnya 100 meter dari kawasan kediaman. Jika tapak yang anda cadangkan untuk membina rumah burung itu adalah tanah pertanian, anda berhak membina sebuah bangunan diatas tanah tersebut dan tiada undang-undang yang boleh menghalang anda berbuat demikian. Tanah dengan syarat pertanian anda tidak perlu mengubah syarat tanah kepada bangunan kerana ia dibenarkan untuk membina sebuah bangunan untuk tujuan pertanian  mengikut Kanun Tanah Negara (KTN).

 

Kawasan pertanian adalah kawasan perburuan makanan burung walit. Apa lagi sekiranya kawasan tersebut terdapat sungai , tasik, kolam  atau taliair. Ia adalah lokasi yang sesuai untuk membina bangunan rumah burung walit. Namun begitu sebelum membuat keputusan untuk membina rumah burung walit anda harus membuat ujian lokasi terlebih dahulu. Ujian lokasi boleh dilakukan dengan menggunakan tweeter yang dipasang pada sebatang galah dan dibunyikan suara walit melalui CD plyer kereta atau alat yang dibuat khas untuk tujuan tersebut. Unjian ini penting untuk menentukan tapak projek tadi kawasan laluan burung walit atau tidak.

 Anda boleh menggunakan strategi jitu memikat walit sepertimana yang disarankan oleh Pak Hendri Mulia untuk memastikan kejayaan rumah burung walit anda. Tentang suara yang sesuai anda boleh mendapatkannya dari konsultan yang berhampiran dengan tempat anda.

Posted on 12 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: