Burung walit tidak suka duduk di rumah bunglow ?

Sebuah rumah bunglow satu tingkat telah diubahsuai menjadi rumah walit beberapa tahun yang lalu. Pemiliknya agak kedepan dalam visinya dalam merealisasikan impian menjadi jutawan. Memandangkan kadar sewa rumah di Kuala Terengganu tidaklah semahal mana berbanding dengan bandar lain di Malaysia. Pemiliknya dengan berani mengubahsuai rumah tersebut menjadi rumah walit dengan tujuan memelihara burung walit. Indonesia memanggilnya membudidaya walit.

Namun begitu hasrat pemilik ini tidak kesampaian. Apa sebabnya saya tak pasti , yang jelas setiap hari saya melewati rumah ini dalam perjalanan ke tempat kerja. Rumahnya agak besar dan lokasinya amat strategik . Pada tahun 2005 saya pernah membuat ujian lokasi dikawasan ini dan mendapati burung walit sangat banyak. Terletak berhampiran dengan sungai ibai, Kuala Terengganu. Kawasan sungai dipenuhi dengan pepohon nipah. Di Terengganu kawasan pokok nipah ini lebih dikenali sebagai kawasan baran , amat sesuai untuk pembiakan serangga. Mungkin sebab itulah pemiliknya memutuskan untuk menternak walit di rumah bunglow ini.

Berdasarkan pemerhatian saya selama 2 tahun lalu saya percaya projek menternak walit ini telah ditinggalkan oleh pemiliknya. Setiap kali saya melewati bunglow ini tidak pernah saya nampak adanya burung walit di sini. Mengapa ? ya jadi begitu. Mungkin pemiliknya kecewa beliau gagal untuk memancing walit masuk kerumah tersebut. Mungkin pada awalnya burung datang bila suara walit dibunyikan. Namun burung tak masuk terus kedalam rumah. Apa lagi untuk tidur masuk pun tidak. Membuat sarang jauh sekali.

Pernah juga saya menanyakan pada jiran yang berhampiran. Tiada masalah ganguan, bagi jiran ok aje. Tetapi katanya peralatan audio sistem telah dicuri oleh budak-budak nakal. Selepas kejadian tersebut pemiliknya tidak lagi menggantinya dengan yang baru. Mengapa pemiliknya semacam putus asa. Mungkinkah ganguan dari pihak berkuasa ?. Setakat maklumat yang saya tahu pihak berkuasa Majlis Bandaraya Warisan Persisir Air Kuala Terengganu tidaklah seagresif Majlis Perbandaran Kemaman yang telah bertindak memecahkan dinding 3 buah rumah burung walit di Kampong Mak Lagam Geliga, Kemaman.

Kekecewaan pemilik mungkin disebabkan burung tak masuk kedalam rumah burungnya. Pemerhatian awal saya burung tidak masuk kerana ruang masuk terlalu kecil. Lubang masuk burung ditempatkan di rumah monyet ia itu suatu binaan kecil yang yang didirikan diatas atap bunglow tersebut. Terlalu kecil sehingga burung walit sukar memasukinya dan muntah keluar semula. Nampaknya burung walit ini tidak suka duduk walaupun rumah rumah bunglow disediakan untuknya.

Posted on 12 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: