Rumah burung walit kawanku diceroboh lagi

Kuala Terengganu 9 September 2008 Rumah burung walit milik kawanku yang terletak diluar bandar dimasuki pencuri. Modus operandinya sama sepertimana berlaku pada rumah burung En Zabri dan En Jeff. Motifnya untuk mencuri suara berkualiti. Barangan lain yang lebih beharga dari CD player dan amlifier tidak pula dilarikan pencuri. Ingine sangkut boat yang diletakkan ditempat yang sama tidak pula disentuh. Nampaknya pencuri memang mencari suara yang  terbukti membuahkan hasil.

 

Kawanku ini telah mengusahakan projek membudidaya walit sejak 6 tahun yang lalu dan terkenal sebagai pengusaha yang berjaya di Kuala Terengganu. Beliau yang mempunyai beberapa rumah burung walit tidak mejangkakan perkara ini akan terjadi pada rumah burung. Salah satu rumah burung beliau yang agak tersembunyi ini tidak dilengkapai dengan sistem keselamatan yang canggih.

 

Beliau tidak bercadang untuk membuat laporan polis yakin akhirnya pencuri akan dapat dikenal pasti kerana sebagai orang yang berpengalaman kenal suara yang digunakan memang berbeza dengan yang lazim digunakan di Kuala Terengganu. Begitu juga En Zabri dan En Jeff juga kenal dan dapat membezakan suara yang digunakan dengan suara-suara yang lain.

 

Perbuatan begini adalah perbuatan yang tidak profesional dalam industri burung walit. Jika ingin menjadi konsultan pun biarlah kita mempunyai banyak kelebihan bukan sekadar tahu ilmu pertukangan sahaja. Ilmu mencipta suara pun seharusnya kita miliki jua. Kegairahan membangunkan rumah burung yang sangat ketara berlaku di Terengganu hari sangat dirasai kerana ramai yang tahu akan potensi negeri Terengganu adalah lembah walit yang terkemuka di negara ini.

 

Mengikut kajian Jabatan Perhilitan seluruh kawasan di negeri Terengganu adalah sesuai untuk dibangunkan rumah burung walit kerana Terengganu adalah satu-satu negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai habitat asal burung walit yang menghuni gua-gua di Pulau Redang, Pulau Kapas dan juga Pulau Tinggul. Burung-burung walit yang menghuni ini gua ini menjadikan kawasan perburuannya di daratan diahtara Tasik Kenyir dan persisiran pantai. Bertuahnya orang Terengganu. Anugerah Allah pada negeri orang beriman.

Posted on 9 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. mencuri suara burung kualiti mungkin motif:
    1. untuk guna supaya burung datang
    2. sabotaj supaya burung masuk rumahnya (sebab bila bunyian berkualiti dah hilang.. bunyi yang dipunyai akan lebih berkualiti.. tiada rotan akar berguna bagi walit.

    mungkin benar atau salah….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: