Rumah Burung Walit (RBW) menjadi isu lagi

Kawasan Perumahan

Penghuni desa komplain kerana tidak berpuashati, ketenteraman dan kedamaian yang dinikmati selama ini tergangu . Akhbar menjadikannya  isu sensasi bagi melariskan jualan. Bagi menyedapkan jalan cerita komplain yang berlebihan diutarakan. Perkara perkara yang tidak-tidak sengaja diadakan. Bunyi suara memanggil burung bising mengangu tidur walaupun selama ini bunyi kenderaan lebih kuat daripada itu tidak pula tergangu tidur. Kotoran najis membawa penyakit dan lain-lain kecaman dihebohkan.
Peliknya baru sekarang dihebohkan sedangkan industri walit ini telah lama bertapak .

 Ramai sudah pengusaha yang jadi kaya raya. Kasihan kepada kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Komplain terpaksa dilayan tindakan wajib dilaksanakan. Notis terpaksa dikeluarkan, beri tempuh masa kepada pengusaha untuk pindah operasi kekawasan tidak kurang 100 meter dari kediaman,  sebagaimana garis panduan,
Pengusaha berdegil juga, tindakan undang undang macam tidak lagi berkesan kerana taukeh yang terlibat pemimpin masyarakat. Kesungguhan penguatkuasa PBT menjadi lemah dan lesu bila ada campur tangan politik. Macam biasalah double standard kawasan kaum tertentu penguatkuasa macam tak nampak ( contoh dikawasan bangunan warisan )  walaupun sudah berbelas tahun beroperasi tak ada pula nak ambil tindakan. Bila kaum yang lemah mula mencuba nasib bersungguh sangat panggil TV dan surat khabar,….. entahlsh mungkin nasibmu duhai bangsaku! Selain tindakan undang-undang tindakan meroboh boleh dilaksanakan sepertimana yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kemaman terhadap 3 buah rumah burung di Mak Lagam Kemaman.


Bagaimana pula  kaedah penguatkuasa yang berkesan dikawasan bandar dan pekan .Rumah burung walit bukan macam rumah pelacur begitu mudah dipecah masuk pihak berkuasa. RBW mempunyai tiga atau empat lapis pintu besi. Ini diakui sendiri oleh YDP Besut semasa saya menemui beliau baru-baru ini.


Oleh itu jalan penyelesaian yang terbaik harus difikirlan. Pihak berkuasa kena bertindak bijak dan pengusaha pula janganlah kedekut untuk hulurkan seratus dua kepada jiran yang konongnya tergangu dengan bunyi burung supaya akhirnya jiran rumah burung kita memuji keenakan suara burung. Sedap dan merdunya suara burung walit, kalau boleh buatlah lagi banyak-banyak  dikawasan saya. Bagus juga baik kedengaran suara burung nyenyak sungguh tidur malam tadi. Segalanya duit…duit…duil…..

Posted on 4 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: