Aerodramus Maximus banyak terdapat di Pulau Kapas

Pulau Kapas Marang Terengganu adalah pulau pelancongan yang popular di Terengganu.  Jaraknya 5 km dari Marang . Perjalanan dari jeti Marang mengambil masa hanya 15 minit sahaja. Pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi  ini kaya dengan flora dan fauna. Terdapat juga gua-gua kecil yang dihuni oleh walit dari spesis maximus dan fusifagus. Namun begitu gua-gua yang ada tidak di eksploitasi sepenuhnya sebagai produk pelancungan. Sarang-sarang walit yang terdapat disini tidak dikawal oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan. Konsep yang digunakan oleh pencari sarang burung disini adalah siapa cepat dia dapat.

Menurut seorang pencari sarang burug disini , paling kerap beliau masuk kegua tersebut 2 kali sebulan, itu pun tak banyak yang dapat kerana orang lain dah sampai dahulu lagi pun kerja tersebut hanyalah sampingan sahaja disamping kerja utamanya menangkap ikan. Terdapat sebuah gua yang terpaksa menunggu air surut baru boleh masuk kerana mulut gua berada dibawah paras laut ketika air pasang. Digua ini terdapat lubang masuk pada bahagian atas yang hanya boleh dimasuki oleh burung sahaja.

Kabanyakan walit yang terdapat di Pulau Kapas adalah dari spesis maximus, walau bagaimana pun kadang-kadang terdapat juga spesis fusifagus. Maximus membuat sarang daripada suliva juga tetapi banyak menggunakan bulu tubuhnya. Sebab itu sarang dikenali sarang bulu atau sarang hitam, Paling banyak suliva adalah pda penghujung kaki kiri dan kanan. Pembeli biasanya tidak berapa berminat kerana proses membersih sarang agak rumit. Bulu-bulu terpaksa diasingkan terlebih dahulu sebelum ianya boleg dimakan.

Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah fucifugus dan maximus boleh berkongsi gua atau tempat yang sama. Begitu juga dengan kelelawar. Cuma kelalawar menghuni pada pintu gua manakala  maximus dan fuxifugus agak kedalam sedikit tetapi kawasannya masih lagi terang. Oleh kerana Pulau Kapas berhampiran dengan daratan pembudidaya boleh menjadikannya sebagai tempat untuk menkaji habitat asal burung walit.

Menurut nelayan yang meninggalkan boat mereka di Pelabuhan Chenderig mendapati banyak burung walit yang menjadikan tepi boat mereka sebagai tempat tidur mereka. Namun belum pernah mereka jumpa  walit membuat sarang diboat mereka. Kajian demi kajian perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu agar kita lebih faham tabiat burung ini sebelum kita membudidayakannya.

Posted on 3 September, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: