Rawat rumah burung bermasalah dengan talian hayat

Burung oh burung, dimana sahaja orang bercakap soal burung. Bagai gegak gumpita bunyinya pengusaha burung walit diwar-warkan dengan pendapatan yang cukup lumayan. Sebuah rumah burung atas sebuah pasaraya di Kuala Terengganu tahun 2005 sekali pungutan hasilnya 20 KG { Adik ipar saya lihat sendiri). Memandangkan pembiakan populasi burung berganda mungkin hari ini pungutannya dah mencecah 40 KG hingga 80 KG. Masakan tidak jika pemiliknya mampu membeli sebuah bangunan dengan harga RM 5.7 juta dan mengubahsuainya menjadi rumah burung. VVIP juga mula berminat dengan burung. Perkembangan ini cukup menarik untuk difikirkan.


Pembangunan rumah burung di Terengganu berkembang macam cendawan tumbuh dimusim hujan. Bekas YB parti PAS dimaklumkan masing-masing telah memiliki rumah burung. Perkembangan yang mengejutkan YB parti pemerentah (BN) juga telah mula berminat dalam industri ini. Ada yang telah membangunkan bangunan rumah burung 4 tingkat. Ada juga yang membina bungunan kayu untuk rumah burung. Yang lebih terkejut lagi ada yang sanggup mengubahsuai bekas ban tembakau untuk dijadikan rumah burung. Inilah hebatnya orang Terengganu kite ni, walaupun zero pengetahuan tantang rumah burung cukup berani melabur. Ada yang sanggup melabur sehingga RM700,000.00 membina 3 block bangunan. Paling lucu lagi ramai pula yang ambil peluang dalam keghairahan bangsa ku membangunkan rumah burung dengan mengaku jadi konsultan rumah burung. Bila pelabur tanya mengapa begini dan begitu alasan yang konkrit tak dapat diberi. Cuma jawapannya beginlah rumah burung orang buat. Orang pakai suara artifical dia masih lagi pakai CD. Lepas tu bila suaranya tak berkesan untuk memikat walit mulalah mengelabah. Sanggup beli dengan harga mahal suara yang berkualiti walaupun tahu itu suara curi. Suara walit yang digubah Pak Jeff yang saya guna pun pernah ditawarkan dengan harga yang amat tinggi jika saya sanggup menjualnya.

Perkembangan ini cukup membimbangkan aku kerana kuatir akan menjadi backfire kepada pelabur yang lain, jika keghairahan membangunkan rumah burung dan salah mendapat khidmat nasihat konsultan palsu menjadikan rumah burung tersebut gagal. Belum cuba belum tahu bang!. Orang tak cerita tentang masalah dalam rumah burung ini. Cerita yang bagus-bagus sahaja. Ada seorang kawan tu masa dia mula buat rumah burung happy sangat ratus-ratus burung masuk hari pertama panggil. Lepas beberapa bulan lepas tu burung dah mula buat sarang. Ghairah sangat kawan aku ni buat pulak rumah burung lain. Dah hampir 2 tahun yang sebiji tadi tak juga bertambah. Masa tu cakap besar bukan main… entahlah manusia-manusia.

Rezeki Allah boleh bagi kepada siapa yang dikehendakinya dan boleh ditarik bila-bila masa. Walau bagaimana pun Allah suruh kita berikhtiar dan berusaha. Jangan pula kita hanya bersabar menunggu rezeki yang turun dari langit. Bagus sangatke ibadat kita kepada Allah dan mengharapkan keajaipan berlaku keatas rumah burung kita. Menjadi sunnatullah memberi sesuatu itu dengan sebab mesabab. Oleh itu carilah ilmu untuk mengubah keadaan. Atau gunalah talian hayat untuk pastikan rumah burung anda tidak gagal. Apalah salahnya jika anda melabur sedikit untuk talian hayat , asalkan rumah burung anda sukses. Rawatlah segera rumah burung anda jika ianya bermasalah kerana dua tiga tahun yang lalu buat rumah burung macam manapun burung akan masuk bersarang, kerana ketika itu burung mencari rumah. Tetapi hari ini rumah mencari burung. Orang buat hotel 5 bintang kita hanya buat homestay. Lepas tu mimpi nak jadi jutawan.

Posted on 26 August, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: