Rumah burung walit En Zabri di ceroboh lagi

Rumah burung walit En Zabri

 

 

 

Kuala Terengganu 25 Ogos 2008 . Pencuri menceroboh masuk kerumah burung Pak Zabri dengan mengumpil 3  kunci mangga pintu besi. Kejadian ini disedari awal pagi tadi bila Pak Zabri membuat pemeriksaan rutin ke rumah burung tersebut. Kesemua 5 biji audio system dilarikan penceroboh. Menurut Pak Zabri pencuri hanya mengambil peralatan audio sahaja tanpa mencuri sarang burung yang ada. Nampaknya modus operandi sama dengan kecurian yang terjadi pada rumah burung beliau yang satu lagi pada 17 mei 2008 yang lalu.

Berdasarkan modus operandi kecurian beliau tidak menolak kemungkinan kecurian tersebut adalah disebabkan suara. Difahamkan terdapat pengusaha sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk mendapatkan suara Pak Jeff. Mungkin pencuri ingin menjual suara tersebut kepada pengusaha yang sanggup menawarkan harga yang tinggi kepada suara yang berkualiti. Siranya budak-budak nakal yang menceroboh beliau yakin pencuri tidak akan mengumpil pintu besi yang agak kuat yang memerlukan peralatan canggih untuk mengumpilnya. Berapalah sangat nilai alat audio sistem tersebut.

null

 

 

Perlu diingat bahawa hari ini ramai pelabur yang mencuba dalam industri burung walit dengan kos ratusan ribu. Dikalangan mereka tidak pula arif dalam teknik memikat walit ini. Sebab itu terdapat rumah burung yang telah beroperasi 2 hingga 4 tahun tapi hasilnya masih belum memuaskan.  Malah ada rumah burung yang dianggap gagal oleh pemiliknya. Ramai juga yang percaya suara memainkan peranan yang penting. Sebab itu mereka memerlukan suara yang berkualiti.

Advertisements

Posted on 25 August, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. mantabnya suara sampai orang nak curi. Bisa kasih dengar suara cam mana tuh. Ada tak suara bikin saya kaya? Saya nak belilah.

  2. Kalau dah dengar suaranya dah tak hebat lagi. Ngak komercial lagi macam suara yang berlambak di pasran tu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: