Kegairahan dalam membangunkan rumah burung walit di Terengganu

 

Pengusaha rumah burung di Plaza Perdana, Kuala Terengganu mendapat pulangan lumayan hasil membudidaya walit. Seorang Peguam memberitahu saya anak guamannya memperolehi pendapatan 60 kg sekali pungutan hasil. Jika harga sarang burung mentah RM5,000.00/kg bermakna pengusaha tersebut mendapat pendapatan RM300,000.00 sebulan (andaikan beliau kutip hasil sebulan sekali) manakala kos operasinya eletrik dan air sahaja (macam tiada overhead kos) . Waduh! sungguh lumayan. Dengan sebab itu kegairahan pembinaan rumah burung walit di Terengganu hari ini sungguh luar biasa sekali. Dikampung saya seorang pengusaha Cina  dari Johor berkongsi dengan kawan saya membina rumah burung diatas tanah milik oarang melayu dengan kos RM 300,000.00 . Saiz rumah burungnya ialah 25 X 80 kaki dengan ketinggian 3 tingkat. Ini adalah satu contoh perkongsian pintar dalam industri walit.

 

Hari ini telah ramai orang faham dan berminat dalam industri burung walit. Namun ramai dikalangan kita yang berhati-hati untuk terjun dalam pelaboran ini. Alangkah indahnya jika pemimpin masyarakat khususnya kepimpinan politik melibatkan diri dalam industri ini. Paling tidak ia boleh jadi pemangkin kepada perjuagan ekonomi orang melayu. Tahniah YB anda bukan hanya cakap tapi buat dan buktikan kepada bangsaku bahawa industri walit bukan hanya milik bangsa cina sahaja.

 

Namun begitu kegairahan untuk membangunkan rumah burung haruslah berhati hati agar tidak salah dari segi rekabentuknya. Saya banyak diajukan persoalan berhubung dengan rekabentu rumah burung yang hendak dibina. Apakah design yang dibina salah dan sebagainya. Mengapa ada rumah burung dibina menggunakan bumbung (atap ) dan ada yang tidak. Mana satu design yang betul. Saya tak berani nak melabor dalam projek rumah burung kerana risikonya besar. Bagaimana nanti, jika  bangunan siap tapi burung tidak datang atau pun burung datang tetapi burung tidak menginap, burung menginap tetapi tidak membuat sarang .

 

Sebagai contoh kedua dua rumah burung diatas terletak pada jarak yang tidak sampai 3 kilometer diantara satu dengan lain.Keduanya mempunyai reka bentuk yang berbeza. Mungkin keduanya mendapat khidmat nasihat yang berbeza. Membina rumah burung tidak semudah yang disangka sebenarnya. Ia memerlukan kepakaran dari segi rekabentuk dalaman dan juga luaran. Jangan duplicate design rumah burung yang bersaiz besar dengan rekabentuk yang sama bila kita membangunkan rumah burung yang bersaiz lebih kecil. Mungkin tukang yang anda upah adalah tukang bangunan tetapi bukan pakar dalam bidang pembinaan rumah burung walit. Kesilapan dalam membuat rekabentuk luaran dan dalaman akan memberi kesan yang berbeza. Suhu dan kelembapan lebih sukar dikawal dalam rumah burung yang bersaiz kecil. Begitu juga soal ventilasi. Lubang antara lantai dan sebagainya.

 

Bagi mereka yang arif tentu dapat membezakan kedua design diatas yang mana yang akan berhasil dan yang mana akan gagal. Tanyalah tukang rumah anda, saya pasti jawapannya beginilah aku lihat rumah burung orang. Apakah itu memuaskan hati anda sebagai pelabor. Tentu tidak bukan?. Jika pakar pasti setiap design yang dibuatnya ada alasannya. Mengapa begitu dan begini. Seeloknya sebelum membuat keputusan untuk melabor dalam industri burung carilah pakar, pastikan dahulu ujian lokasi dilaksanakan dengan baik. Lihat arus terbang burung yang melalui kawasan tersebut. Kaji juga aliran angin dan pencahayaan kawsan tersebut. Berbagai lagi perkara yang ada kaitan dengan mikro habitat burung walit. Ketinggian bagunan juga perlu diambil kira jika bangunan anda diatas bukit, perlukah rekabentuk rumah walit anda begitu tinggi hinggakan anda mengeluarkan modal yang besar.

 

Jika anda mempunyai ilmu tak perlulah guna khidmat pakar habiskan duit aje!. Oleh itu carilah ilmu terlebih dahulu. Hadiri kursus dan seminar walaupun perbelanjaannya mahal. Jangan kedekut nak belanja duit tetapi inginkan hasil yang lumayan. Orang lain habiskan duit untuk dapat ilmu kita nak dengan percuma. Dalam bisnes tiada yang percuma kawan. Fikir-fikirkanlah.

Advertisements

Posted on 20 August, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: