Masalah rumah burung di bandar pendekatan win-win situation

null

2006 sebuah parti politik di Malaysia yang mendaftar rumah burung milik ahli-ahli parti berkenaan. Sebanyak  50,000 premis telah diubah suai menjadi rumah burung. Dalam satu perjumpaan pemimpin parti  politik di Kuala Terengganu, seorang Dato’ mencadangkan supaya rakan- rakannya membina rumah burung sebagai sebagai sumber ekonomi baru mereka. Dato’, ini terkejut bila rakan-rakannya memaklumkan bahawa Dato’ telah ketinggalan kerana sebahagian mereka yang hadir telah pun memiliki rumah burung. Seorang Dato’ memberitahu rakannya seorang kontraktor Melayu yang secara kebetulan memiliki juga rumah warisan di Kampong China, Kuala Terengganu. Dato’ itu yang cukup dikenali di Kuala Terrngganu yang juga bekas exco mempunyai rumah burung bersebelahan rumah warisan kontraktor tadi mempunyai hasil rumah burung bernilai  sebuah perdana V6 setiap bulan. Seorang Dato, yang dikenali di Besut juga memiliki rumah burung yang dikongsi bersama rakannya berbangsa cina di bandar Jertih. Saya dimaklumkan oleh seorang rakan arkitek berbangsa cina bahawa seorang Dato, di Terengganu mempunyai 100 sarang. Saya pada mulanya faham pendapatan Dato’ ini 100 kg sebulan. Andaian saya salah, bukan 100 kg sebulan tetapi Dato’ tersebut mempunyai 100 buah rumah burung walit.

Dalam seminggu dua ini isu rumah burung menjadi hangat di Bandaraya Warisan Persisir Air, Kuala Terengganu. Berikutan naiknya kain rentang di jalan Tok Lam yang yang kecewa kerana konongnya Majlis Bandaraya gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha burung.Riyuh rendah dibuatnya, masuk surat khabar masuk TV dan bebagainya. Peniaga bersebelahan premis rumah burung tadi mendakwa perniagaanya merosok kerana ganguan bunyi dan najis burung yang konongnya membawa wabak penyakit selsema burung. Akibat daripada ketegangan tersebut saya dapati suara memanggil burung telah diperlahankan. Pihak berkuasa mula bertegas dan difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pengusaha rumah burung tersebut.

Mungkinkah masalah diatas boleh diselesaikan melalui win-win situation. Dimana pengusaha rumah burung tidak kerugian dan masalah ganguan sosial dapat diatasi. Manakala pihak berkuasa mendapat sumber pendapatan baru. Penyelesaiannya tidaklah terlalu sukar dan dapat diatasi bila mana pihak berkuasa mengambil pendekatan yang proaktif dengan mengeluarkan lesen atau permit kepada pengusaha dengan bersyarat. Pertama suara memanggil hendaklah dari jenis yang tidak dapat didengar oleh manusia. Lubang masuk hendaklah ditengah-tengah bumbung bangunan bukannya disisi bangunan. Dengan itu kawasan burung berlegar diatas atap bangunan dan suara memanggil burung tidak akan kedengaran dari bawah. Kedua kerajaan atau pihak-pihak tertentu menyediakan tanah atau bangunan untuk dijual kepada pengusaha supaya dapat memindahkan operasi rumah burung kekawasan luar bandar atau kawasan pertanian. Seharusnya pihak pihak yang mempunyai tanah dan modal seperti badan-badan koperasi mengambil peluang dari isu ini bagi menjana pendapatan. Payah-payah sangat mana-mana majlis daerah yang tidak mempunyai sumber pendapatan libatkan sama dalam industri yang cukup berpotensi ini dengan mejalankan  sendiri industri rumah burung di bangunan miliknya. Saya yakin jika pihak kerajaan terlibat industri walit mampu menjadi sumber ekonomi baru kepada negeri dan negara.

Posted on 6 August, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: