Impian pelabur untuk membangunkan sebuah rumah burung yang sukses

Membangunkan rumah burung yang sukses adalah impian semua pelabur. Tetapi bagaimana anda boleh membinanya tanpa ilmu yang mencukupi. Apakah teknologi yang akan digunakan. Bagaimana pula design rumah burung yang terbaik. Bagaimana memilih  material yang akan digunakan. Aroma apa yang akan digunakan. Suara memanggil bagaimana yang berkesan. Sukar untuk membuat keputusan. Nak serah pada konsultan ramai pula yang mengaku jadi konsultan. Jadi tukang rumah ambil upah buat satu dua rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Bila ditanya awak dah ada rumah burung sendiri ke. Jawabnya belum ada tapi banyak rumah burung orang saya dah buat. Setengah tu pula baru buat sebuah rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Pening juga dibuatnya, tanya konsultan yang lain, jawapannya lain pula. Beranikah anda mempertaruhkan nasib dengan konsultan yang begini.

Mengapa suara yang berkesan pada sebuah rumah burung tetapi tidak berkesan dirumah burung yang lain ditempat lain. Suara yang berkualiti pun jika tersalah pasang sistem audio menjadi tidak berkesan.. Konsultan yang baik tahu membezakan antara sistem mono atau streo. Pemasangan tweeter supaya bunyi menjadi life atau right. Bunyi burung mengambat bersautan boleh dibangunkan melalui  pemasangan sistem yang betul. Memasang tweeter yang betul supaya burung dapat dielak atau dipandu masuk ke nesting room. Tuning suara kena betul, kerana silap tuning suara yang berkualiti pun akan jadi suara tidak berkualiti. Justeru itu pemilihan suara penting. Suara rakaman atau suara artificial yang hendak digunakan. Mampuke anda bersaing dikawasan cetra walit dengan rumah burung yang berjaya sekiranya anda pemain yang baru. Cabarannya cukup hebat sekali. Sekiranya suara yang anda gunakan tidak lebih baik daripada suara yang sedia ada pasti rumah burung anda akan kosong. Kerana suara mempengaruhi 60 % kejayaan rumah burung. 40 % lagi adalah kondisi dalaman yang menghampiri kondisi habitat asal burung walit yang menghuni digua-gua.

Mana lebih berkesan suara artificial atau suara rakaman. Suara artificial adalah suara buatan yang daripada suara asli (rakaman) dan suara tiruan. Kebanyakan rumah burung kami di Terengganu menggunakan suara artificial. Ianya terbukti berkesan. Itu pun jika kondisi dalaman sesuai untuk burung walit. Kondisi yang sesuai bergantung kepada ventilation, suhu , kelembapan, lubang antara lantai dan juga pencahayaan dalam rumah burung.

Posted on 4 August, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: