Kejayaan industri walit tidak bergantung kepada nasib semata-mata

Sebenarnya industri burung walit bukanlah jenis ternakan kerana pengusaha tidak menternak tetapi burung walit datang dan hinggap sendiri. Pengusaha tidak memberi makan dan tidak membelanya dengan memberi makan dan minum serta jagaan penyakit. Kebanyakan pengusaha bergantung kepada nasib semata-mata. Jika bernasib baik akan menghasilkan pulangan yang lumayang tetapi jika sebaliknya amat mengecewakan selepas pelaburan puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menunggu tidak juga mendatangkan kejayaan.

Dalam 100 orang pengusaha industri burung walit hanya 20 orang sahaja yang sukses. 80 orang lagi masih memperjudikan nasib. Namun begitu 80 orang tersebut masih lagi lumayang kerana dalam industri walit hampir tidak ada kos operasi. Jadi jika hasilnya tidak memberangsangkan ianya masih menguntungkan.

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu seminar “ Strategi jitu memikat walet ” yang dsampaikan oleh Pak Hendri Mulia di Pontianak Indonesia. Disana saya berpeluang bertemu dengan pengusaha yang sangat sukses yang memperolehi hasil 50 kg hingga 120 kg sekali pungutan. Namun mereka yang lagi menghadiri seminar untuk mencari ilmu bagi meningkatkan keberhasilan mereka. Ini membuktikan bahawa dalam industri walit bukan nasib atau kebetulan semata-mata. Ianya boleh diusahakan dengan ikhtiar apatah lagi dengan bantuan teknologi yang ada pada hari ini. Teknologi komputer harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam seminar tersebut didedahkan teknik-teknik terbaru membudidaya walit. Ianya termasuklah teknik mencipta suara artificial, teknik pengudaraan atau ventilasi, pencahayaan dan lain-lain.

Kegairahan orang disana membangunkan rumah burung walit cukup mengkagumkan saya. Jika hanya memperjudikan nasib semata-mata mana mungkin mereka sanggup membangunkan rumah walit bagaikan sebuah komplek kondominium yang besar. Terdapat rumah walit yang berukura 60 meter X 100 meter setinggi 4 tingkat.

Posted on 30 July, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: