Penggunaan teknologi terkini mampu menjadikan RBW lebih sukses berbanding dengan pengalaman semata-mata

Teruja dengan pendapatan lumayan daripada industri burung walit ramai yang ingin mencubanya. Bagi mereka yang mempunyai modal tiada masalah boleh terus membangunkannya.. Manakala mereka yang tidak mempunyai modal akan terus berusaha untuk mendapatkan modal. Ada yang meninjau intitusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman. Dulu tiada institusi kewangan yang sanggup mengeluarkan pinjaman bagi membiayai industri burung walit kerana tiada dalam senarai projek yang boleh dibiayai oleh institusi berkenaan. Keadaan hari ini telah berubah, terdapat  institusi kewangan yang bersedia memberi pinjaman untuk ternakan burung walit antaranya MARA, TEKUN dan AGRO Bank dan lain-lain


Anda boleh saja membuat pinjaman untuk membangunkan  projek RBW tetapi harus berhati-hati dengan kaedah bayaran balik pinjaman. Ternakan burung walit berbeza dengan ternakan ayam, 40 hari ayam dah boleh dijual. Maknanya tempuh pulangan hasil dah dapat dijangkakan. Sebaliknya bagi ternakan walit kita tidak boleh beli anak walit dipasar untuk diternak oleh itu tempuh pulangan sukar untuk dijangka. Ianya banyak bergantung kepada ikhtiar dan rezeki dari Allah SWT. Usaha, ikhtiar dan doa itu sahaja harapan kita.

Ikhtiar dizaman sains dan teknologi ini lebih hebat daripada sebelumnya kerana  dengan bantuan teknologi boleh membantu kita mempercepatkan pengeluaran hasil. Pengalaman dimasa silam belum tentu memberi keputusan yang sama pada hari ini.Pengalaman silam tanpa bantuan teknologi mungkin tidak mampu bersaing dengan mereka yang menggunakan teknologi sepenuhnya.Dengan menggunakan kelebihan teknologi mungkin kita akan dapat hasil yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak menggunakan teknologi sepenuhnya. Dalam era teknologi maklumat hari ini pengalaman lama mungkin tidak berguna lagi malah tidak mampu bersaing dengan mereka yang menggunakan teknologi terkini.

Jika anda ingin melabur dalam industri burung walit harus berhati-hati memilih konsultan. Carilah mereka yang benar-benar arif tentang teknologi masa kini. Oleh kerana ternakan walit sangat berbeza dengan ternakan yang lain , maka ikhtiar yang harus dilaksanakan lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi. Bukan sahaja teknologi gubahan suara tetapi juga berkaitan dengan penyediaan habitan mikro yang kondusif untuk pembiakan burung walit didalam bangunan yang kita bangunkan.

Jika anda hanya menggunakan tukang yang berpengalaman dan telah membina banyak rumah burung belum tentu berjaya menghasilkan sebuah rumah burung yang menepati kehendak teknologi hari ini. Jika anda ingin menggunakan consultant carilah consultan yang boleh menguruskan projek anda dan memberi jaminan sehingga burung bersarang dalam RBW yang dibangunkan.Jangan guna kontraktur yang hanya tahu buat bangunan tetapi tidak tahu menyediakan habiat mikro sebuah rumah burung.

Ini adalah kerana membangunkan sebuah rumah burung hari ini tidaklah semudah membangunkan rumah 10 tahun yang lalu. Suatu ketika dahulu buat macam mana pun RBW. Burung akan tetap bersarang kerana ketika itu burung mencari rumah tetapi hari ini rumah mencari burung mencari burung.

.
RBW yang dibangunkan hendaklah bertaraf lbintang, tidak lagi sekadar rumah tumpangan. Saiz bangunan kecil besar tidak menjadi persoalan, begitu juga dengan dengan ketinggian bangunan bergantung pada tempat. Satu tinkat atau lebih juga tidak menjadi persoalan yang penting keselesaan untuk burung walit untuk roving didalamnya.

Rekabentuk rumah burung yang berjaya mesti dapat memenuhi habitat mikro yang diperlukan. Lubang masuk mesti berada pada kedudukan yang sesuai dengan arus terbang burung. Lubang antara lantai yang sesuai dan boleh memberi keselesaan pada burung memasuki nesting room dari arah roving room. Kelembapan dan suhu dalaman seharusnya dapat dikekalkan pada 85% hingga 95% dengan suhu 26C – 28 C. Manakala kegelapan dalaman 1lux hingga 2 lux atau remang-remang cahaya bulan. Habitat mikro ini dapat dikekalkan dengan bantuan teknologi.

Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Sedangkan besok adalah impian yang belum nyata. Tetapi keputusan yang kita buat hari ini adalah penentu siapa kita dihari esok

Kira-kira 31 tahun yang lalu ia itu pada tahun 1977 sebuah boat nelayan menghampiri Gua Hujan di Pulau Redang Terengganu. Namun boat tersebut tidak mampu merapati gua tersebut. Kami gagal menemui pintu gua kerana berada dibawah air yang pasang ketika itu. Saya bersama Renjer Hutan Kuala Terengganu, beberapa orang rakan dan pemajak sarang burung layang-layang gua Pulau Redang terjun kelaut  berenang menuju kedinding gua. Kami menyelam mencari pintu gua, seterusnya menyusup masuk kedalam gua. Suasana gua yang gelap dan kelam  remang-remang cahaya bulan. Pekerja yang bekerja dengan pemajak tadi telah bersedia menunggu kami didalam gua bersama lampu sulohnya.Mereka bersedia memanjat sigar (tangga buluh) bagi menunjukkan demontari memungut sarang burung layang-layang di lelangit gua yang ketinggiannya lebih kurang 20 kaki dari paras air laut. Dinding gua sentiasa basah dan disuatu sudut air hujan sedang menitis.

Saya dibawa kedalam Gua Hujan adalah semata-mata untuk melihat operasi memungut sarang burung  layang-layang gua sebagai salah satu jadual latihan praktikal yang saya dan 3 orang rakan ia itu Abd Razak Nordin , Abd Wasa Mohd Noor dan Almarhum Noor Azahar dengan Jabatan Perhutanan  Terengganu semasa cuti semester . Nostagia ini masih segar dalam ingatan semasa saya belajar di Universiti Pertanian Malaysia kini dikenali sebagai Universiti Putera Malaysia. Saya belajar dalam bidang Perhutanan. Semasa belajar dahulu asignment dan tugasan kursus saya banyak tertumpu dalam bidang wild life. Saya banyak membuat kajian berkaitan dengan orang hutan dan juga unggas. Setelah lebih tiga puluh tahun yang lalu rupanya minat dan hobi saya dalam hidupan liar rupa-rupanya tidak sia-sia.

Oleh itu pengalaman dan hubung kait saya dengan industri walit bukanlah sesuatu yang baru. Benih dan minat itu sebenarnya telah bercambah sejak lebih 30 tahun yang lalu. Saya pun tidak pernah terfikir bahawa gua yang pernah saya masuk 30 tahun yang lalu itu kini menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Mana tidaknya dulu terpaksa berenang dan menyelam untuk memasuki gua tetapi kini telah berjaya duplicate gua tersebut dan membuat gua tiruan berhampiran dengan kediaman saya dan beberapa buah lagi yang saya dan rakan-rakan terlibat di Terengganu.. Begitulah ironinya saya dengan burung walit ini. Saya tidak fikir ada orang melayu Terengganu yang mempunyai hubungan dan pengalaman sedemian dan seterusnya terlibat dalam industri membudidaya walit ini seperti saya. Lantaran itu saya cukup yakin bahawa industri walit mempunyai masa depan yang cukup cerah dimasa hadapan.

Pada tahun 2004 dalam suatu mesyuarat  Jawatankuasa Pertanian Negeri Terengganu, yang di Pengerusikan oleh Exco Pertanian YB Dato’ Mohd Jidin ketika itu, saya pernah mencadangkan supaya projek membudidaya walit dijadikan projek untuk gulungan PPRT (Program Perasmian Rakyat Termiskin). Ini kerana pada ketika itu jabatan-jabatan yang diperuntukan wang dana khas Negeri Terengganu, seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (kini jabatan Veterina) dan Jabatan Perikanan melapurkan peruntukan melalui jabatan mereka tidak habis belanja. Jumlahnya bukan sedikit ada jabatan yang melapurkan hampir RM 50 juta lagi dana khas bagi PPRT yang tidak dapat dibelanjakan. Ketika itu saya mewakili Tuan Pegawai Daerah Kemaman. Namun begitu cadangan tersebut tidak pernah dilaksanakan sehingga kini.

Mungkin pada ketika itu industri membudidaya walit ini agak asing dikalangan orang-orang melayu. Ini adalah rahsia perniagaan orang cina. Orang melayu menganggap sarang burung haram dimakan oleh orang Islam. Ramai dikalangan orang melayu tidak tahu status halal haramnya.  Anggapan ketika itu ternakan burung walit hanya boleh dilaksanakan dibangunan tinggi dikawasan bandar sahaja. Tidak ada lagi rumah burung yang dibangunkan dikawasan pertanian diluar bandar hatta dikalangan orang-orang cina sekali pun. Tidak seperti setahun dua ini ramai orang melayu di Terengganu telah mencuba dalam industri ini dan mendirikan bangunan diluar bandar. Manakala agensi-agensi kerajaan telah mula menunjukan minat dalam industri ini.

Namun begitu saya ingin mengigatkan orang-orang melayu jangan terlalu gairah sehingga diambil kesempatan oleh orang-orang tertentu dengan mewujudkan berbagai skim pelaburan yang berselindung dengan agensi kerajaan dan persatuan sedangkan konsepnya seolah-olah skim cepat kaya. Berhati-hatilah wahai bangsaku, jangan lagi terjebak dengan berbagai-bagai skim cepat kaya. Yang terkena  adalah bangsaku. Sedangkan penganjurnya adalah bangsa lain. Melayu tertipu lagi.

Ingat semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Sedangkan besuk adalah impian yang belum nyata. Tetapi keputusan yang kita buat hari ini adalah penentu siapa kita dihari esuk.

Ilmu dan pengalaman penting untuk berjaya dalam membudidaya walit

Ilmu dan pengalaman adalah kunci kejayaan dalam sesebuah usaha. Begitu juga juga dalam industri walit pembudidaya sepatutnya mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang ini. Ilmu boleh diperolehi dari pengalaman. Sebab itulah bijak pandai mengatakan universiti yang paling unggul di dunia adalah universiti pengalaman. Namun begitu jika kita tidak mahu belajar dari pengalaman, pengalaman tetap tidak menjadi ilmu yang berguna. Nak belajar ilmu ular misalnya tidaklah perlu jumpa ular besar beruk dulu baru boleh belajar. Hanya orang bodoh dan berakal pendek sahaja yang kena tengok ular dahulu baru boleh belajar tentang ular.

Berbalik tentang ilmu walit ini. Tidak semestinya orang yang berpengalaman membudidaya walit disuatu tempat  itu berjaya jika ia membudidayakan walit ditempat yang lain. Sebuah rumah burung yang menghasilkan sarang puluhan kilo belum tentu akan menghasilkan keputusan yang sama jika ia membudidayakan walit ditempat lain yang lain dengan design yang sama. Dengan itu pengalaman tidaklah selalu benar selamanya.

Taukeh emas buka lombong emas putih di Kemaman

Kemaman 31 Oktober 2008. Perjalanan ke Kemaman untuk urusan peribadi menghabiskan cuti mingguan. Singgah sebentar di Dungun untuk meninjau dan melihat sendiri projek yang dikelolakan oleh Jeff dan Zabri. Nampaknya banyak juga pengubahsuaian yang dilaksanakan untuk menjadikan rumah burung yang asalnya hanyalah rumah tumpangan kepada hotel bertaraf 5 bintang untuk burung walit menginap. Bukan sahaja struktur dinding, lantai dan lubang masuk terpaksa diubah suai malah dog kenel juga dibuat baru. Nampaknya banyak juga belanja yang terpaksa dikeluarkan. Nasib baik pekerja yang dupah sanggup bekerja siang malam agar kerja yang sepatutnya siap dalam tempuh satu bulan, dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja.

Selesai membuat tinjauan di Dungun saya bertolak ke Bandar Cheneh bertemu sahabat baru Ustaz Azahar. Kawasan Cheneh dan Cherul adalah kawasan pendalaman Kemaman, kawasan dimana burung-burung walit mencari makan. Kawasan ini selain tanaman  kelapa sawit terdapat banyak tanah-tanah terbiar tanpa diusahakan oleh pemiliknya. Bukan tanah tidak subur tetapi tidak mampu untuk diusahakan. Nak tanam kelapa sawit, modal besar. Nak buat kebun buah-buahan harga buah  murah orang Terengganu kata tak jadi harga. Saya cadangkan kepada mereka supaya tanam pokok karas atau gaharu kerana potensinya besar. Mengikut kajian 1 ekar tanah mampu menghasilkan pendapatan RM 1 juta.

Di Cheneh seorang taukeh emas Encik Rani menemui saya di Cheneh Rekreation Resort ajak melawat projek rumah burung beliau di Kampung Lubuk Batu, Kemaman. En. Rani memiliki 2 buah kedai emas di Cheneh dan Kuantan. Dulu En. Rani pernah datang kerumah bertanyakan potensi industri burung walit. Lepastu senyap, saya sangkakan beliau tak berminat. Rupa-rupanya beliau mencari maklumat. Beberapa orang taukeh cina yang beliau kenali telah pun membuat rumah burung di Kuantan dan Kemaman. Beliau mendapat bimbingan rakan-rakan cina beliau. Baguslahtu. Taukeh emas ….. sudah buka lombong emas. Bukan lombong emas biasa tetapi emas putih dari udara. Tahniah kerana tuan menjadi contoh kepada bangsaku dalam membangunkan ekonomi. Bukan  cakap tapi buat.

 Berbalik kepada rumah burung yang beliau bangunkan, pada mulanya saya sangka projek bangunan  kerajaan yang diseliakan oleh JKR. Struktur bangunannya macam projek JKR tiangnya sahaja 8” X 8” kukuh sungguh. Saya fikir kalau berlaku gempa bumi pun RBW beliau tak terjejas. Rupanya En Rani adalah bekas Juruteknik JKR. Patutlah En. Rani minta kawan cinanya membuat pelan bangunan rumah burung mengikut standard JKR.  Saya fikir lagi… tentu kosnya juga tinggi.

En. Rani minta saya komen terhadap struktur yang dibuatnya. Saya  tak berani memberi komen kerana beliau memdapat bimbingan daripada beberapa pihak termasuk taukeh-taukeh cina yang telah membuat rumah burung di Kemaman dan Kuantan. Walau pun pada pandangan saya banyak perkara-perkara utama yang tidak sependapat dengan saya.  Berdasarkan pengalaman saya rumah burung beliau akan  terpaksa diubahsuai semula akan datang. Ia itu selepas beberapa tahun apabila beliau mendapati hasilnya tidak memuaskan. Itu pun ramalan saya sahaja betul atau tidak wallahualam…. Saya tidak sampai hati untuk pulang begitu sahaja, saya beri juga pandang saya tetapi pasti beliau tidak akan ikut cadangan saya. Saya tidak boleh paksa beliau kerana kami tidak ada apa-apa komitmen. Saya maklumkan kepada beliau sepatutnya khidmat nasihat dan pengelolaan sehingga burung bersarang. Saya doakan semuga beliau berjaya.

Meningkatkan nilaian harga tanah pertanian dengan menukar syarat tanah kepada kategori bangunan dengan syarat nyata mendirikan bangunan untuk memelihara burung walit.

Pembangunan tanah bagi pelaburan yang menguntungkan adalah menjalankan perusahaan menternak burung walit. Di Malaysia tanah dibahagikan kepada banyak kategori. Ada tanah di kategorikan sebagai tanah pertanian, tanah bangunan dan juga tanah industri. Tanah bandar dan tanah desa. Ada juga tanah Rezab Melayu dan tanah Pegangan Bebas. Biasanya tanah Pegangan Bebas ini ialah tanah yang melebihi 10 ekar yang dimiliki oleh bukan melayu. Walaupun semua tanah terikat dengan undang-undang Kanun Tanah Negara (KTN). Tetapi ia berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain. Dalam hal-hal yang tertentu tiap-tiap negeri berhak mengadakan enakmen tanah masing-masing yang dilulukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Pembangunan tanah untuk apa jua tujuan adalah tertakluk kepada kedua-dua undang-undang tadi. Ia itu KTN dan Enakmen Negeri masing-masing. Tanah dibawah kategori pertanian dengan syarat nyata getah, padi, kelapa sawit dan sebagainya. Ianya ditulis dengan jelas dalam geran tanah dan dinyata jenis-jenis pertanian yang boleh diusahakan diatas tanah tersebut. Sekiranya tanah pertanian dengan syarat nyata getah hendak ditanam dengan kelapa sawit hendaklah ditukar syarat terlebih dahulu kepada kelapa sawit. Jika tidak berbuat demikian biasanya institusi kewangan tidak akan membiayai projek tersebut.

Berbalik kepada pembangunan tanah pertanian untuk projek menternak burung walit tanah tersebut seharunya ditukar syarat daripada kategori pertanian kepada kategori bangunan. Manakala syarat nyatanya hendaklah “ Mendirikan bangunan untuk memelihara burung walit”. Didalam Kanun Tanah Negara ada dinyatakan bahawa tanah pertanian boleh didirikan sebuah bangunan untuk tujuan pertanian. Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan kediaman petani atau untuk maksud menjalankan aktiviti pertanian yang lain diatas tanah tersebut, seperti stor baja dan sebagainya. Mungkin bagi maksud mendirikan bangunan untuk tujuan menternak burung walit tidak dikategorikan sebagai aktiviti pertanian sepertimana yang dilaksanakan oleh Pengarah Tanah dan Galian, Terengganu. Terengganu tanah pertanian boleh ditukar syarat kepada bangunan dan syarat nyata tanah adalah ” mendirikan bangunan untuk memelihara burung walit”.

Permohonan kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa tempatan khususnya dalam kawasan operasi Majlis Daerah hendaklah terlebih dahulu menukarkan kategori dan syarat tanah sepertimana yang saya nyatakan diatas. Namun begitu ramai pengusaha yang tidak mahu berbuat demikian. Ini akan menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Daerah tidak akan mengeluarkan CF atau sijil layak menduduki keatas bangunan tersebut. Keadaan ini berkemungkinan akan menimbulkan masalah sekiranya projek tersebut hendak mendapat pembiayaan institusi kewangan.

Perkara kedua yang harus diingat adalah nilai pasaran harga tanah pertanian adalah jauh berbeza dengan nilai pasaran tanah bangunan. Tanah pertanian yang mempunyai keluasan kurang daripada I ekar tidak boleh di pecah sempadan kepada lot-lot yang lebih kecil, manakala tanah dalam kategori bangunan boleh dipecah sempadan kepada lot-lot yang lebih kecil. Dengan itu harga tanah adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tanah pertanian tadi.

 Kos untuk menukar syarat tanah daripada daripada pertanian kepada bangunan dengan syarat nyata mendirikan bangunan untuk menternak burung walit tidaklah mahal berbanding dengan peningkatan harga keatas nilaian tanah tersebut. Permohonan tukar syarat tanah boleh dibuat di Pejabat Tanah dimana tanah tersebut berada. Bayaran permohonan hanyalah RM52.00 untuk carian sijil rasmi tanah, pelan tanah dan bayaran proses. Manakala bayaran premium yang akan dikenakan selepas permohonan diluluskan adalah dikira 5% daripada harga nilai pasaran tanah sebelum ditukar syarat . Nilaian harga yang digunakan ialah nilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Harta. Sekiranya nilaian harga tanah tersebut RM50,000.00. Bayaran premium tambahan untuk  kelulusan tukar syarat tersebut adalah RM2,500.00 sahaja. Tetapi nilaian harga tanah kita nanti bertambah berlipat kali ganda.

Apa yang patut anda tahu berkaitan dengan undang-undang PBT dalam industri burung walit di Malaysia

Apa yang anda patut tahu berhubung dengan undang-undang yang berkaitan industri burung walit sekiranya anda ingin membangunkan Rumah Burung Walit (RBW) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kawasan-kawasan majlis-majlis daerah.

 

Sepertimana yang sedia maklum bahawa PBT adalah kerajaan pada lapisan yang ketiga selepas kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Ini bermakna PBT mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk menggubal undang-undang kecil untuk dikuatkuasakan didalam kawasan pentadbirannya. Oleh yang demikian apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kesejahteraan dan keharmonian penduduk dalam kawasan pentadbiran PBT seharusnya mendapat kelulusan dari PBT. Kelulusan tersebut mungkin dibuat dalam bentuk lesen atau surat kebenaran.

 

Demikian juga berkaitan dengan industri burung walit ia seharusnya mendapat kelulusan atau lesen dari PBT terlebih dahulu. Oleh yang demikian PBT sepatutnya menggubal undang –undang keci yang berkaitan dengannya.

Terdapat beberapa undang-undang atau akta yang boleh dikuatkuasakan oleh pihak PBT yang berkaitan dengan burung walit. Diantaranya ialah:

 

i.  Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

 

ii.  Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133);

iii.   Undang-Undang Keeil Bangunan Seragam 1984; dan

iv.  Animal Husbandry Practice For Edible-Nest Swiftlets Aerodermus Species – Ranching And Its Premis oleh JPH.

 

Pengusaha seharusnya menyedari bahawa mereka sesungguhnya terikat dengan undang-undang sepertimana diatas. Namun begitu banyak mengusaha yang terlibat dengan industri ini tidak mengambil kira espek undang-undang diatas. Apabila penguatkuasaan yang dijalankan,  PBT dipersalahkan kerana bertindak zalim terhadap pengusaha. Namun begitu pengusaha dan pihak berkuasa seharusnya saling memahami tugas dan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian dan keselesaan penduduk.

 

Berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam industri ini sesuatu tindakan segera perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Sekiranya pihak berkuasa lambat bertindak ianya akan menjadi bertambah parah, dimana undang-undang negara tidak dihormati lagi. Masih tidak kedengaran lagi mana-pihak berkuasa yang telah menggubal undang-undang kecil yang berkaitan dengan industri burung walit ini untuk dikuatkuasakan didalam PBT masing-masing khususnya di Terengganu.

 

Difahamkan bahawa Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah pun mengeluarkan garis panduan mengenai permohonan lesen premis perusahaan burung walit bagi menjadi panduan kepada pihak berkuasa menggubal undang-undang kecil yang bersesuaian dengan persekitaran PBT masing-masing. Namun begitu ianya masih sepi.

 

Kelambatan tersebut menyebabkan pengusaha terus melabur dan melaksanakan industri ini walaupun tidak mendapat kelulusan atau lesen dari PBT terlebih dahulu. Kelambatan ini akan memberi kesan kepada kedua-dua pihak ia itu pengusaha dan PBT sendiri. Pengusaha tidak mampu menunggu begitu lama untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa. Projek terpaksa diteruskan walaupun secara haram. Pengubahsuaian bangunan atau premis perniagaan terpaksa dilaksanakan. PBT tidak dapat memungut hasil. Sedangkan pengusaha terus mendapat untung yang lumayan.

 

Sekiranya undang-undang lambat digubal dan pengusaha yang telah pun melabur dengan jumlah peruntukan yang besar sehingga jutaan ringgit. Kita bimbang tindakan pihak berkuasa yang lambat ini akan mengundang tindakbalas atau kesan sosial ekonomi kepada negara. Kerana pengubah suaian yang dilaksanakan telah tidak menepati peraturan yang ditetapkan nanti. Pastinya pengusaha akan mengalami kerugian yang besar. Siapakah yang harus bertanggungjawab sekiranya keadaan ini berlaku.

 

Bagaimana pula peranan persatuan dalam soal ini. Setakat ini hanya persatuan burung walit cina yang telah ditubukan. Bagaimana pula orang-orang melayu yang terlibat dalam industri ini. Walaupun dikalangan orang melayu Terengganu ramai yang terlibat namun begiu tiada lagi persatuan dikalangan pimilik rumah burung walit ditubuhkan. Saya dimaklumkan ada ura-ura nak tubuh tubuh persatuan tetapi tak tahulah setakat mana perkembangan nya.  Sepatutnya dikalangan pengusaha melayu harus ada penggerak dan bersedia berkorban untuk menubuhkan persatuan dengan segera. Sebelum PBT menggubal undang-undang kecil  pihak penaja seharusnya menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk berbincang dengan PBT dan memberi pandangan supaya undang-undang yang digubal tadi tidak menjejaskan pelabuaran orang-orang melayu yang kebanyakannya membina RBW dikawasan kediaman khususnya dikampung-kampung.

 

Difahamkan mengikut garis panduan tersebut bangunan yang hendak diubahsuai hendaklah kegunaannya dari jenis komersial. Tetapi tafsiran komersial haruslah lebih jelas. Sekiranya PBT mendapat maklumbalas dari persatuan cina, adalah dikhuatiran hanya kepentingan pengusaha cina diambil kira. Mereka rata-ratanya mengusahakan dikawasan bandar dan pekan. Lagi pun pun mereka telah lama dan ramai yang telah berjaya. Sekiranya kadar lesen yang dikenakan tinggi, mereka tidak mempunyai masalah untuk membayarnya. Sedangkan pengusaha melayu yang baru mencubanya tentulah mempunyai masalah. Oleh itu sekiranya telah diwujudkan penggerak persatuan, baiklah pertindak cepat.

Pelik tapi benar : Kreativiti pemilik RBW Paka “tiada halangan hanya peluang”.

Hari ini saya bersama En. Zabri melawat sebuah rumah burung walit di Paka, Dungun, Terengganu. Kedudukan rumah burung ini agak terpencil. Jauh dari rumah kediaman. Terletak tidak jauh dari sungai Paka dan berada dikawasan kebun. Menurut pemiliknya pembinaan dibuat melalui pembiayaan Bank Islam atas nama pinjaman perumahan. Pembiayaan tidak dapat sepenuhnya kerana tidak dapat CF (sijil layak menduduki) kerana bangunan tiada tingkap untuk keperluan manusia.

 

Keluasan tanah 1 ekar dengan syarat pertanian.  Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini diatas satu lot tanah pertanian boleh didirikan sebuah rumah kediaman. Pihak bank meluluskan pembiayaan kerana permohonan dikemukakan bersama plan rumah kediaman. Setelah siap pembiayaan diluluskan 80 % sahaja kerana tiada CF. Pemiliknya menjadikan rumah tersebut sebagai rumah kediaman untuk burung walit. Syabash kepada pemilik yang cukup kreatif ini. Sepertimana kata bekas menteri besar Terengganu yang lalu tiada halangan hanya peluang. Walaupun beliau sendiri tiada peluang hanya halangan untuk menjadi menteri besar Terengganu semula. Namun begitu jasanya cukup besar dalam mengubah mindset rakyat Terengganu menjadi kreatif dan inovatif.

 

Apa tidaknya pemilik bangunan tadi ternyata menggunakan kreativitinya untuk memiliki sebuah rumah burung yang agak besar setanding dengan bangsa lain. Beliau adalah contoh orang melayu yang berwawasan tinggi. Beliau memberitahu tidak pernah mengikuti kursus atau seminar yang berkaitan dengan walit. Pengetahuan yang beliau perolehi hanya melalui perbualan dengan rakan-rakan yang tahu sedikit sebanyak tentang burung walit. Saya rasa bab yang paling kreatif yang ada pada pemilik rumah burung ini ialah cara beliau memperolehi suara memikat burung walit. Menurut cerita beliau, beliau dibawa oleh seorang rakannya untuk meninjau sebuah rumah burung yang cukup meriah dengan kehadiran burung walit di Kelulut Marang, Terengganu. Kagum dengan kehadiran burung disitu beliau membuat rakaman secara haram diluar rumah burung tersebut tanpa mengetahui siapa pemilik rumah burung tersebut. Mungkin tindakan beliau lebih bermaruah daripada penceroboh masuk ke rumah burung En Zabri dan En Ghani yang pernah saya ceritakan dahulu. Semata-mata untuk mencuri suara.  Maklumlah rakyat Terengganu yang hebat dengan selogan tiada halangan hanya peluang mendorong pemilik tersebut bertindak sedemikian rupa. Buatlah apa sahaja asalkan matlamat tercapat. Konsep tersebut dikenali sebagai matlamat menghalalkan cara. Mungkin tidak berapa lama lagi beliau akan bergelar jutawan. Tahniah sekali lagi untuk kreativiti anda.

 

Bila saya menceritakan kepada beliau terdapat sebuah rumah burung diatas Bukit Kelulut, Marang berukuran 40’ X 80’ dengan ketinggian empat (4)  tingkat. Dibina dengan menggunakan bata merah dan pernah ditawarkan untuk dibeli denagan harga RM750K bersama keluasan tanah 2 ekar adalah milik En, Zabri MZN Niaga bersama rakannya. Pemilik rumah burung tadi kelihatan terkejut beruk. Kerana itulah rumah burung yang dicuri rakam suara tadi dan digunakan dirumah burungnya sekarang. Walaubagaimana pun En Zabri memaafkan beliau.

 

Kehadiran saya bersama En Zabri di rumah burung tersebut jam 5.30 petang 27 oktober 2008. Saya agak kagum melihat burung berputar-putar mengeliligi rumah burung tersebut. Kami terus memerhati sehingga jam 7.00 malam. Namun begitu saya tidak nampak seekor pun burung walit masuk kedalamnya. Jka ada pun seekor dua namun tidak sampai 1 minit burung akan keluar balik. Menurut pemiliknya beginilah keadaan yang belaku sejak bulan Mei yng lalu bila beliau start memikat walit disitu.

 

Kami dipelawa masuk kedalam rumah burung tersebut ternyata rekabentuknya bukan untuk kediaman burung tetapi lebih sesuai untuk kediaman manusia. Mungkin pemiliknya merancang  jika projek burung walit gagal beliau boleh ubah sesuai semula rumah tersebut untuk kediaman keluarganya. Tahniah sekali lagi untuk kreativiti ini. Nampaknya awal-awal lagi pemiliknya merangcang untuk sebuah kegagalan.  Namun harapan besarnya untuk berjaya. Burung oh burung…. Malangnya nasib ku ini.

Rumah burung 4 tahun kosong berjaya dipulihkan oleh MZN NIAGA dalam tempuh 3 bulan.

Genap 3 bulan rumah burung walit yang dikelolakan oleh MZN Niaga, Kuala Terengganu telah menghasil keputusan yang amat cemerlang. En. Mohd pemilik rumah burung yang terletak ditepi sungai Jerteh itu boleh tersenyum girang setelah menunggu lebih daripada 4 tahun kosong. Hari ini beliau menerima berita gembira dari En Jeff bahawa rumah burung tersebut telah dihuni oleh walit. Tedapat sejumlah 14 nests base atau penanda untuk bersarang telah kelihatan dalam RBW En. Mohd yang dulunya kosong selama lebih 4 tahun.

Sesungguhnya kepakaran yang ditunjukan oleh Jeff ketika mengubah suara yang sesuai mengikut lokasi burung walit terbukti sepertimana beliau nyatakan semasa beliau menjadi pembicara tamu seminar strategi jitu memikat walit di Pontianak Julai lalu. Ternyata suara yang digubah Jeff sangat berkesan. En Jeff menggunakan suara artificial di rumah burung En. Mohd yang dikelolakan olehnya. Dalam tempuh 3 bulan tersebut pihak MZN belum lagi menggunakan sebarang aroma. Ini adalah untuk melihat sejauh mana kesan suara artificial yang digunakan. Suara memanggil luar dan juga suara dalaman digubah mengikut kesesuaian tempat. Kaedah pemasangan tweeter juga memberi kesan kepada kemasukan walit dalam RBW. Sistem pemasangan yang digunakan sebelum ini kaku yang mana burung berada dalam situasi rehat dalam satu alunan sahaja. Keadaan ini menjadikan burung tidak galak. Keadaan hari ini berbeza sama sekali, Bekas tidur dengan tompokan najis berada banyak tempat dalam rumah burung tersebut.
Pengubahsuaian rekabentuk dalam yang dilaksanakan oleh En Zabri yang berpengalaman dalam bidang binaan serta rekabentuk dalam yang jitu membantu kejayaan pengelolaan RBW En. Mohd tadi. Semasa pengubah suaian banyak rekabentuk yang terpaksa diubah semula. Mungkin kerana tukang rumah yang digunakan oleh En Mohd dahulu secara try and error sahaja. Rekabentuk dan sistem dalaman yang dipraktikan sebelum ini memang tidak sesuai dengan strategi jitu memikat walit. Pengubah suaian lubang masuk dan lubang antara lantai membantu kejayaan program pengelolaan yang dilaksanakan. Jangan lupa bahawa sistem dalaman seperti kelembapan suhu dan ventilasi juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah rumah burung.

Gabungan kepakaran En Jeff dan En Zabri dalam MZN Niaga telah membuka lembaran baru bagi En Mohd yang pernah merasa frust kerana kegagalannya sebelum ini. Tahniah kepada En Mohd kerana membuat keputusan yang tepat memilih MZN Niaga dalam membaik pulih rumah yang gagal.

 

Setelah kondisi dalaman dan penggunaan suara mantap dan ternyata berhasil hari ini En Jeff menggunakan pula aroma dinding dengan formula yang dicipta sendiri oleh En Jeff, sebelum ini saya juga telah menggunakan aroma En Jeff ternyata cukup berkesan berbanding dengan aroma-aroma lain yang pernah saya gunakan. Menurut En Jeff beliau menggunakan bahan-bahan asli dari Gua di Pulau Kapas untuk membuat aroma tersebut.

 

 

Benarkah harga tanah di Terengganu RM1 juta/ekar kerana rumah burung walit

Bila pula harga tanah di Terengganu menjadi begitu mahal sehingga mencecah  RM 1 juta hanya kerana sebuah rumah burung. Terperanjat juga bila saya terbaca mengenainya dalam blog Harry.

“Harry, I was offered to buy a new BH in Trengganu, 1,800 square feet, two stories, plus a piece of 1 acre land at RM 1,000,000. Is that a good offer?”.

Fenomena ini tidak mustahil kerana ramai yang percaya bahawa industri walit akan membawa pulangan yang besar. Justeru itu Terengganu menjadi pilihan utama pelabur kerana habitat asal burung walit di Semenanjung Malaysia terdapat di Pulau Redang, Pulau Tinggul , Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Kerajaan negeri Terengganu sendiri melalui Jabatan Perhutanan telah mengeluarkan pajakan untuk pemungutan sarang burung di Pulau Redang sejak tahun 60′an lagi. Sejarah juga telah menunjukan bahawa burung walit telah menjadikan rumah kedai di Kampong China Kuala Terengganu bagi kawasan perumahan baru mereka. Sehinggalah rumah kedai tersebut dimasukan dalam akta warisan bagi menghalang pihak berkuasa membangunkan semula kawasan tersebut. Berikutan pemiliknya mendapat pulangan lumayan dari hasil burung walit yang bersarang di bumbung rumah mereka.

 

Manakala pihak Aeroswift Consultancy Sdn. Telah melihat Terengganu sebagai lokasi yang cukup strategik dan berpotensi dalam industri ini sejak 2004. Ketua pegawai eksekutifnya telah membeli tanah di Terengganu untuk dibangunkan sebagai projek rumah walit. Mereka  telah mula  menjual rumah burung walit di Kuala Berang, Terengganu yang berukuran 4,000 kaki persegi ( 20’ X 50’ X 4 tingkat)  dengan harga RM240,000.00. Harga ini tidak termasuk harga pajakan tanah keluasan tapak rumah burung tersebut.

Adalah tidak mustahil jika keluasan tapak hanyalah 20’ X 50’ bagi sebuah bangunan. Bayangkan berapa buah bangunan yang boleh dibina diatas 1 ekar tanah. Oleh itu adalah tidak mustahil harga tanah di Terengganu boleh mencecah sehingga RM1 juta/ekar. Read the rest of this entry

Cara berfikir untuk menjadi penternak burung walit yang sukses

Cara berfikir penternak burung walit adalah cara berfikir orang sukses. Mereka yang sukses selalu berfikiran positif yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan untuk lebih berjaya.

 

Pengusaha yang sukses sentiasa berfikiran besar dan mempunyai impian yang besar. Dengan cara begini mereka akan sentiasa belajar dan sentiasa ingin tahu untuk memperbaiki usahanya. Ia lebih dikenali sebagai ‘big picture thinking bukan small thinking’. Cara berpikir begini menimbulkan keinginan untuk  terus belajar, banyak mendengar memerhati dan menjana minda sehingga  terfokus suatu keazaman dan wawasan untuk direalisasikan dialam dunia nyata.

 

Pengusaha rumah burung walit perlu berfikir secara  ”focused thinking bukan scattered thinking”  sehingga dapat memberi ruang masa terhadap usaha membudidaya walit dengan jayanya agar dapat meraih kejayaan yang besar.

 

Dengan berfikir secara “creative thinking bukan restrictive thinking” pengusaha mampu memecahkan kebuntuan kepada kegagalan dan masalah yang dihadapi. Kaedah berfikir ini melibatkan proses berpikir secara: think-collect-create-correct-connect.

 

Apa pun cara kita berfikir hendaklah realistic thinking bukan fantasy thinking kerana penyelesaian masalah perlu diselesaikan secara realistic bukan hanya fantasy dengan mengharapkan kejayaan tanpa berusaha mengorbanan masa dan wang ringgit. Dengan itu akan memungkinkan mereka meminimakan risiko, ada target & plan, security, sebagai pemangkin  dan mempunyai kredibiliti dalam melaksanakan usaha sehingga benar-benar sukses.

Pengusaha juga perlu berfikir secara strategic thinking bukan random thinking sehingga simplifies, customize, antisipatif, reduce error and influence other dapat dilakukan

Berfikir secara secara Possibility thinking bukan limited thinking akan dapat membebaskan mereka dari berfikiran secara jumuk dan dapat menemukan jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

 

Pengusaha yang dapat berfikir secara reflective thinking bukan impulsive thinking memungkinkan mereka mempunyai  integriti, menjelaskan gambaran yang ada terhadap permasalahan yang dihadapi serta dapat membuat keputusan dengan  confident.

Pengusaha rumah burung walit perlu berfikir secara “innovative thinking bukan popular thinking” dengan itu ia akan dapat mengelakkan  cara berpikir orang kebanyakan untuk mendapat sukses terhadap usaha yang dilakukan.

Kita seharusnya berkongsi pendapat dan pandangan dengan orang lain khususnya dengan mereka yang telah berjaya dan ada pengalaman dalam bidang membudidaya walit. Ini lebih dikenali sebagai “hared thinking bukan solo thinking”. Idea-idea orang lain dapat membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Sebagai pengusaha yang berwawasan besar kita jangan sesekali berfikir untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Kita seharusnya bersedia untuk membantu orang lain juga. Jika hendak menjadi jutawan anda harus menjadikan orang lain jutawan juga.Berfikir begini dikenali sebagai “unselfish thinking bukan selfish thinking”

Cara berfikir yang terakhir ialah :bottom line thinking bukan wishful thinking” ia itu memberi fokus kepada keberhasilan dari usaha yang dlaksanakan  berdasarkan potensi pemikiran yang dimiliki.

 

 

Cabaran pengubahsuaian shop lot menjadi rumah burung walit

Cara paling cepat untuk terlibat dalam industri walit ialah dengan mengubahsuai premis perniagaan atau shop lot untuk dijadikan rumah burung walit (RBW). Lebih 80 % lokasi RBW terletak dikawasan komersial. Ia itu shop lot yang diubahsuai menjadi rumah burung. Pengubahsuaian dilakukan samada secara sembunyi atau secara terang-terangan atau terbuka tanpa berselindung lagi. Sekilas pandang seolah-olah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa. Tak kisahlah selagi tidak menerima notis dari Pihak Berkuasa Tempatan kira OK lah tu. PBT tak kacau kira tak ada masalah. Adalah dianggarkan lebih daripada 50,000 premis kedai dan kediaman telah pun diubahsuai menjadi pusat ternakan burung walit diseluruh negara. Syabash kepada rakyat Malaysia yang cepat peka terhadap industri ini. Walau pun Indonesia lebih awal bermula dalam industri ini namun Malaysia begitu pantas bergerak yang cuba memintas Indonesia kerana kelebihan teknologi yang kita ada. Lebih-lebih lagi ia mendapat dokongan pemerintah Malasia. Read the rest of this entry

Bandar Chukai Kemaman lubuk emas industri walit di Terengganu

E-mail yang saya terima dari seorang rakan tentang potensi walit dikawasan pendalaman

Assalamualaikum wrt wbt

En Jahani, saya amat berminat menyertai projek burung layang-layang ini, saya mempunyai tanah pertanian seluar 6 ekar di tepi sungai Cherul kemaman berhampiran dengan kawasan perlombangan lama, daripadar pemerhatian saya memang terdapat banyak burung layang-layang, cuma saya tak pasti mana satu yg bernilai komersial, tetapi yg saya pasti di kawasan Sekolah Menengah Cherul jaraknya lebih kurang 2 km dari tanah saya memang banyak terdapat burung layang-layang terutama selepas hujan. Adakah burung ini hanya tinggal di kawasan berhampiran laut sahaja?. Pada andaian saudara adakah kawasan saya itu berpontensi? kerana kawasan saya ini agak pendalaman. Untuk makluman saudara tanah saya itu asalnya dusun durian telah dibersihkan utk penanaman sawit. Lokasi agak jauh dr kawasan kediaman tapi masih boleh mendapat bekalan letrik.

Read the rest of this entry

Merealisasikan impian membongkar rahsia rumah gelap membangunkan jutawan senyap

Keghairahan orang Terengganu dalam industri burung walit agak luar biasa. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan dan tanpa tunjuk ajar mereka sudah berani membangunkan rumah walit. Percaya dengan lapuran akhbar bahawa pulangan dalam industri walit cukup lumayan. Mereka tetap yakin bahawa pulangan dari pelaburan rumah burung walit bukan Ringgit Malaysia rutusan malah puluhan ribu sebulan . Lantas ramai yang ingin mencuba dalam bidang ini. Kemampuan dan peluang yang ada terus digunakan. Maka terbinalah sebuah rumah burung walit dengan rekabentuk mengikut perspektif sendiri. Lantas dibayangkan bahawa kehendak burung walit sama dengan kehendak manusia. Maka terbinalah sebuah hotel untuk didiami oleh burung walit yang menyamai hotel untuk manusia. Dibinanya lobby dan bilik-bilik yang dikira cukup aman bagi tempat tinggal walit tanpa gangguan. Bilik-bilik tersebut dinamakan dengan berbagai istilah ada kawasan roving room dan nesting room. Laksana sebuah gua yang terdapat dihutan belantara atau dilautan samudra luas.

Sebaik sahaja bangunan siap dibina lalu dicarinya penjual suara burung walit yang enak lagi merdu untuk memikat walit masuk dan bersarang dalam rumah tersebut. Mereka sanggup membeli suara kadang-kadang mencecah ribuan ringgit yang kunungnya suara hebat yang mampu menarik ribuan walit datang. Suara walit mula dibunyikan mula-mula perlahan, walit tidak juga datang. Lantas suara  dikuatkan sedikit. Walit datang berlegar diatas, lalu dikuatkan lagi maka walit keluar masuk lubang . Buakan main gembira lagi tuan punya. Pastinya gembira kerana rahsia rumah gelap sudah terbongkar. Impian menjadi jutawan senyap akan menjadi kenyataan.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak diduga menjelma. Pihak berkuasa tempatan datang menyerahkan notis, bangunan yang dibina tiada kelulusan pelan dan diarah roboh. Jika tidak tindakkan meroboh akan dilaksanakan. Rupanya keghairahan mengundang mala petaka. Bunyi yang kuat menganggu kedamaian tetangga. Desakan dibuat supaya pihak berkuasa bertindak. Gelap dan hancur harapan.  Jika bernasib baik hanya sekadar notis peringatan…….

Pengusaha terus menunggu dengan harapan mendapat pulangan pelaburan sewajarnya. Setahun, dua tahun malah sampai empat tahun menunggu dengan sabar . Selepas begitu lama menunggu bukan sahaja tiada sebiji pun sarang, malah burung tidur pun tidak ada dalam rumah tersebut. Orang kampung dah tahu. Kadang-kadang terdengar suara sindiran. Sabar je lah..nak buat macam mana rezeki tidak ada lagi.

Selepas empat tahun baru sedar bahawa rumah burung yang dibina tidak memenuhi spesifikasi sebenar sebuah rumah burung. Mungkin tidak kena design. Macam-macam bentuk design yang ada ada rumah burung jenis A, B, C atau D. bagaimana pula dengan kegelapan, suhu , ventilasi atau kelembapan . Suara burung yang digunakan adalah sebagai alat promosi untuk memikat. Namun begitu faktur lain tidak kurang  penting dalam menentukan kejayaan.

Bersabar dan menunggu dalam kesilapan adalah suatu kebodohan. Carilah mereka yang boleh membantu. Jika terpaksa keluarkan sedikit belanja apalahnya. Membongkar rahsia rumah gelap membangun jutawan senyap bukanlah hanya sekadar  impian. Pastikan  kita mampu merealisikan impian tersebut.

Seminar Strategi Jitu Memikat Walet di Jakarta

Seminar Strategi Jitu Memikat Walet akan diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 29 – 30 November 2008. Keynote speaker: A. Hendri Mulia, SE., CMA , Guest speakers : Ko Abeng (Ade H. Yamani) dan Preddy Koesnadi (Pecks)

 

Sepertimana yang saya maklumkan dalam posting saya yang lalu untuk mendapat sukses dalam apa jua bidang yang diceburi bergantung kepada ilmu yang anda ada. Tidak selamanya harus bergantung kepada orang lain.  Setiap kali gagal kena cari konsultan untuk bantu. Semuanya melibatkan kos. Jika konsultan kenakan sedikit bayaran kita kata mahal dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana konsultan mendapat ilmu. Tidak cukup sekadar berforum, baca buku, berseminar tetapi juga kongsi pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam bidang ini.

 

Demikianlah kaedah dan cara kami bersama Jeff dan Zabri, dimana sahaja ada sumber ilmu dan pengetahuan kami akan terokai. Bukan itu sahaja kajian demi kajian akan dilaksanakan termasuklah menggunakan kepakaran dari Universiti tempatan dalam bidang-bidang tertentu. Memandangkan hubungan kami dengan Universiti tempatan agak baik akan memudahkan urusan kami dalam bidang ini. Sebab itu kami mempunyai teknik-teknik moden dan terkini dalam bidang ini.

 

 

Seminar Strategi Jitu Memikat Walet akan diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 29 – 30 November 2008. Adalah seminar yang sangat bagus kerana fokus yang diberi adalah teknik memikat walit dari pengalaman Pak Hendri Mulia sendiri dan rakan-rakan yang telah berjaya dalam bidang ini. Kebanyakan seminar yang diadakan tidak memberi pendedahan yang sebenar tetapi banyak berbicara tentang potensi industri walit. Sayang sekali kami tidak dapat hadir pada seminar kali ini. Walau bagaimana pun salam hormat dan semuga berjaya.

Undang-udang kecil ternakan burung walit bakal digubal oleh PBT Terengganu

Malam tadi saya sempat berbual dengan seorang Yang Di Pertua Majlis Perbandaran di Terengganu. Perbualan berkisar dengan isu-isu yang ada kaitan dengan rumah burung walit. Saya dimaklumkan bahawa pihak kerajaan dalam proses merangka undang-undang tentang ternakan burung walit. Bertujuan supaya ternakan burung walit boleh dilesenkan. Pengusaha senang dan PBT dapat hasil. Jika ada lesen nanti bolehlah institusi kewangan membiayai projek ternakan walit. Walau bagaimanapun sebelum undang-undang digubal khabarnya pihak kerajaan berhasrat mendapat pandangan daripada pihak penternak terlebih dahulu.

Read the rest of this entry

Menara masjid tempat burung walit bersarang

Allah memberi rezeli kepada siapa yang dikehendakinya. Bantuan Allah SWT didatangkan dalam berbagai cara untuk membantu hamba yang dicintainya.  Saya pernah cerita tentang rumah burung walit yang didirikan berhampiran dengan mesjid lebih cepat berhasil berbanding dengan kawasan yang agak jauh dengan mesjid. Itu kenyataan Ir IrmanTjahdi pembicara undangan seminar walit di Pulau Kapas, Terengganu.

Hari ini saya baca dalam blog Pak Hendri Mulia sepertimana berikaut :-

Menara Menara Masjid Agung “Baitul Hikmah” – banyak burung walet

“ Ketinggian Menara Masjid Agung Baitul Hikmah adalah 70 meter. Masyarakat Tanjung Redeb sering menggunakan menara tersebut untuk melihat kota dari atas. Sejak menara tersebut dihuni oleh ribuan burung walet, pengurus Masjid tidak lagi memperbolehkan masyarakat sekita untuk naik ke menara.

Ratusan sarang burung walet dipanen setiap bulannya, namun sarang burung walet di menara Masjid ini belum dikelola dengan baik. Diharapkan di masa mendatang keberadaan burung walet di Menara Masjid ini dikelola dengan benar dengan melakukan perubahan yang memadai namun tanpa mengubah bentuk menara Masjid Baitul Hikmah.

Keberadaan burung walet di Menara Masjid Baitul Hikmah menandakan bahwa di daerah ini banyak burung walet yang belum mempunyai rumah. Berdasarkan informasi rekan saya yang pernah ke sana, memang benar bahwa di Tanjung Redeb belum ada rumah burung walet yang dibuat secara khusus.

Kubah Mesjid Agung bersarang walet putih

TANJUNG REDEB– Berkah dan rahmat Allah SWT dijumpai di antara kemegahan bangunan Mesjid Agung Baitul Hikmah Jl APT Pranopto. Kubah masjid kebanggaan masyarakat Kabupaten Berau yang dibangun sekitar tahun 2003 itu atas ridho-Nya menjadi tempat bersarang burung walet. Jenisnya, adalah sarang burung walet (SBW) putih yang diketahui memiliki nilai ekonomi tinggi hingga jutaan rupiah per kilonya.

Bila berhasil dipelihara dan dikembangkan, bukan tidak mungkin pengurus mesjid ini tidak lagi merasa berat dalam hal biaya rutin seperti belanja, pemeliharaan masjid, termasuk gaji petugas yang memang tidak sedikit tiap tahunnya.


Kabag Humas dan Penerangan Setkab Berau Drs H Datu Supriatma mengatakan, keberadaan SBW putih itu akan berusaha dikembang biakkan. Terlebih dahulu akan dilakukan pembenahan beberapa kondisi lingkungan yang ada sehingga burung walet bisa betah bersarang tanpa mengurangi fungsi dan kebersihan mesjid sendiri.


“Guna memastikan keberadaan SBW putih itu, baru-baru ini bupati dan wakil bupati, sekkab, unsur Muspida, pejabat termasuk pihak kontraktor yang membangun masjid yakni PT Total Bangun Persada telah melakukan pantauan. Dan, memang jenis sarang adalah sarang burung walet putih,” jelas Datu. belum lama ini.


Menurutnya, keberadaan sarang walet putih itu sempat menimbulkan tanda tanya mengapa ada burung walet bisa bersarang di kubah masjid. “Jadi keberadaan sarang wallet tersebut akan terus dikembangkan dan direncanakan menjadi salah satu aset masjid untuk memenuhi kebutuhan yang diperlukan,” tandasnya. Karena itulah, pihak masjid juga diminta untuk memperketat pengamanan aset ini berupa penambahan petugas sekuriti. (sp)”

 

Catitan penulis:

Tanjung Redep terletak di Kalimantan Timur Indonesia.  Berbicara tentang keberkatan Allah Kahiril Sani Wong pernah menceritakan kepada saya terdapat sebuah Pasentren (Sekolah Agama ) di Indonesia . Terdapat rumah burung walit disekitar pasentren tersebut sangat banyak dihuni oleh walit. Hasilnya mencukupi bagi membiayai pelajar dan guru-guru disitu. Seorang non muslim cuba membangunkan rumah walit berhampiran kawasan tersebut. Namun begitu rumah walitnya kosong.

Seorang imam di Mesjid Al Hidayah Tanjung Balai, Pak Agus menceritakan kepada saya pasentren tempat beliau belajar dahulu berhampiran dengan jambatan. Dihujung jambatan yang bersebelahan dengan pasentren tersebut dihuni oleh walit membuat sarang. Sedangkan disebelah hujung jambatan yang satu lagi langsung tidak dihuni oleh walit.

Di Malaysia bagaimana?. Mungkin bangunanan jabatan kerajaan seperti pejabat daerah terdapat burung walit bersarang. Adakah terdapat inisiatif pihak-pihak tertentu bagi mengambil manfaatnya dan tidak lagi bergantung kepada sumbangan kewangan dari pihak lain untuk menjalankan aktiviti jabatan untuk kakitangan.

Kontrak pengelolaan rumah burung walit yang bermasalah

Hari ini saya bercuti . Rakan-rakan yang lain dah mula bekerja. Saya tidak ambil cuti raya. Kebetulan hari ini saya berpeluang bersama Jeff membuat pemerhatian terhadap sebuah rumah burung yang akan dikelolakan oleh Jeff & Zabri di Dungun, Terengganu. Rumah burung tersebut hampir 2 tahun beroperasi, namun tiada burung walit yang sudi menghuninya. Pemiliknya rasa amat kecewa dan tidak lagi berminat untuk meneruskan operasi rumah burung tersebut sejak 3 bulan yang lalu. Berkebetulan pemilik menemui saya menceritakan masalah rumah burung tersebut. Saya mempertemukan beliau dengan Jeff & Zabri.

Saya dah habis ikhtiar katanya. Malu juga pada orang kampung yang semuanya dah tahun saya buat rumah burung. Dulu bangunan ini ada orang nak sewa untuk dijadikan stor barangan. Tapi saya tak beri kerana berminat untuk menjadi usahawan burung walit. Saya hampir menyesal En! Katanya kepada saya. Tolonglah bantu saya. Dah tak tahu nak buat bagaimana lagi.

Hari ini walaupun saya bercuti tapi berazam nak jadikan hari ini hari berkualiti bagi saya. Jadi saya ambil kesempatan mengikut Jeff dan Zabri membuat pemeriksaan rumah burung tersebut yang akan dikelolakan oleh mereka berdua. Kami bertolak ke Dungun selepas zuhor. Sebaik sahaja sampai pemilik rumah burung walit tersebut dah bersiap sedia menunggu kami dengan gembira. Beliau yakin kami akan membawa berita gembira untuknya.

Jeff menyalakan sebatang rokok. Saya sangkan beliau nak hisap rokok, tapi tidak beliau hanya ingin memerhatikan pergerakan udara disekitar rumah burung tersebut. Sekali sekala beliau memerhatikan lubang masuk burung dibandingkan pergerakan asap rokok tadi. Lubang masuk perlu diubah katanya dog kenal perlu dibuat semula, supaya tidak tergangu burung hendak masuk. Kata Jeff dog kenal dan lubang masuk penting untuk kejayaan sesebuah rumah burung. Dog kenal mesti tinggi daripada pokok yang ada disekitar bangunan tersebut.

Ketingian lantai telah mencukupi katanya. Ketinggianya antara 12’ dan 15’ memang cukup selesa untuk burung walit. Design rumah walit ketinggian lantai adalah diantara 6’ hingga 15 kaki. Tiba-tiba jeff memanggil saya supaya mendekatkan hidung saya ke dinding. Saya medekatkan hidung kedinding, ternyata saya terhidu suatu bau yang agak asing bagi kebiasaan rumah burung walit. Itu pun salah satu sebab burung tak mahu duduk. Kita kena pastikan bau ini dinyahkan dari rumah burung ini. Ventilation tidak mencukupi walau pun ia tidak terlalu panas bagi sebuah rumah burung. Ventilation kena tambah kata Zabri. Jeff setuju dengan cadangan tersebut. Sistem kawalan kelembapan dan suhu perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Pemasangan kayu plank yang sedia ada dak OK kata jeff.  Terdapat partition yang perlu dirubah. Bagaimana pula audeo sistem yang telah dipasang. Jeff membuat penelitian lagi. Ia nya juga perlu diubah supaya suara dalaman benar-benar dapat merangsang walit untuk bersarang. Setelah berbincang dengan pemiliknya kerja-kerja pengubahsuaian akan dilaksanakan dengan seberapa segera. Persetujuan dicapai diantara mereka. Satu lagi projek pengelolaan akan lilaksanakan oleh Jeff dan Zabri. Hari ini saya dapat pengalaman yang berguna dan ilmu yang bermanfaat dai pakar komputer dan pakar suara dari Kuala Terengganu.  Tahniah atas kejayaan anda.

Masalah dan risiko projek rumah burung walit

Risiko yang terpaksa dihadapi dalam pembangunan rumah burung tidaklah besar berbanding dengan projek pertanian yang lain. Seperti projek fertigasi pertanian, perladangan dan penternkan yang lain. Projek-projek ini akan mengalami kesan yang besar bila ekonomi dunia jatuh merudum sepertimana yang berlaku pada hari ini. Ekonomi meleset akan berlakulah kenaikan kos operasi sesuatu projek. Kos tenaga boruh, kos baja, kos makanan ternakan dan sebagainya. Keadaan ini tidak mungkin berlaku pada industri ternakan burung walit. Ini adalah kerana ternakan walit tidak melibatkan kos operasi atau overhead kos yang tinggi. Jika ada pun kosnya sangat minima ia itu kos eletrik dan air sahaja. Sekali sekala kos mengantikan peralatan baru yang rosak. Projek burung walit pelaburan hanya sekali ia itu membina bangunan atau membeli bangunan dan ianya boleh diwarisi hingga ke anak cucu. Pewaris pula tidak perlu kemahiran dalam industri ini andainya projek tersebut sudah berjaya. Terima sahaja hasilnya hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Senangnya jadi pewaris kepada pemilik rumah burung.

 

Walau bagaimana pun apa jua projek yang kita laksanakan tetap mempunyai risikonya. Risiko tetap ada sama ada kecil atau besar. Diantara risiko yang terpaksa dihadapi ialah :-

            Bangunan siap tapi burung tidak datang atau pun burung datang tetapi tidak menginap ,Ada juga keadan dimana burung menginap tetapi tidak membuat sarang. Membuat sarang tetapi tidak membiak dan bertambah. Semua ini boleh diatasi dengan kecanggihan teknologi pada hari ini. Sebab dalam industri ini kita tidak boleh berserah pada nasib semata-mata.

 

Haiwan pemangsa burung  seperti burung helang, burung hantu dan sebagainya. Ini dapat diatasi dengan pemilihan lokasi yang sesuai. Teknik-teknik tertentu yang digunakan mampu mengatisi risiko seperti ini. Jika rumah burung kita dimasuki biawak umpanya. Zink boleh dipasang dikeliling bangunan.

 

            Begitu juga makhluk perusak sarang dan telor seperti tikus, semut, cicak dan biawak. Ini akan dapat diatasi dengan menggunakan racun serangga dan perangkap tkus.

 

Risiko kecurian daripada daripada makhluk bernama manusia yang tidak bertanggung jawab kita boleh menggunakan sistem keselamatan yang yang canggih akan digunakan termasuklah khidmat  pengawal keselamatan. Bomoh boleh juga kooo….t..

 

Setakat ini risiko pasaran belum terjadi kerana permintaannya sangat besar sedangkan bekalannya masih tidak mencukupi.

 

Walau bagaimanapun saya nasihatkan anda jangan terperangkap dengan kosep pelabuaran rumah burung walit ala skim cepat kaya…..

 

MPKB Membangunkan projek perumahan burung walit 515 buah shoplot dengan harga RM400K sebuah di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Baru, Kelantan

NST 2008/09/25

KOTA BARU: In what could be considered a first, the Kota Baru Municipal Council is working with the private sector to build a swiftlet complex in Jalan Pantai Cahaya Bulan. The complex, which would provide 515 shoplots and other facilities for breeders, would be located on a 16.8ha site far from human habitation.

 

The estimated RM200 million project is expected to start construction early next year.                                                


MPKB president Shafie Ismail said the project would enable the council to
centralize all swiftlet breeding so as to control the industry.

“With the new project, we hope to not have any more complaints from the public about swiftlet breeders,” he said after signing the memorandum of understanding. The MoU was between MPKB and Sabrina            Properties Sdn Bhd, the project developer.

 

Shafie represented MPKB while Sabrina Properties was represented by executive director Azlan Mohd Yusoff.

Azlan said the units would be sold at RM400,000 each. “The response has been overwhelming and we

hope to sell all units before year end.”

 

The first phase of the project would involve the construction of 200 units while the other units would    follow in stages.

 

The complex would be equipped with a food court, a bird’s nest processing facility and CCTVs.

 

Komen Penulis.

Penulis mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Kelantan MPKB yang begitu peka terhadap projek industri burung walit yang sangat berdaya maju ini. Saya yakin kawasan tersebut akan menjadi salah satu centra walit atau bandar walit yang utama di Malaysia. Tentunya pihak pemaju telah mengambil kira banyak faktor bila memilih kawasan Jalan Pantai Cahaya Bulan untuk dimajukan sebagai kawasan penternakan burung walit. Konsep digunakan berbeza dengan walet ecopark kerana pihak pemaju hanya menyediakan bangunan sahaja. Pembeli akan memajukanya dengan industri ternakan walit. Dengan itu akan wujud persaingan yang sihat diantara pemilik rumah burung walit dikawasan tersebut. Perang suara akan wujud diantara konsultan yang akan menguruskan rumah burung dikawasan tersebut. Masing-masing akan berusaha untuk menyediakan rumah burung lima bintang. Dalam persaingan tersebut pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Disini saya fikir peranan konsultan sangat penting. Pembeli yang tersilap memilih konsultan akan kecewa. Lebih-lebih lagi jika ada pemilik yang tiada ilmu dan tiada pengalaman tetapi ingin mencuba untuk memiliki rumah burung dikawasan ini.

Pengalaman saya membangunkan rumah burung dikawasan centra walit tidak semudah yang disangka. Rumah walit saya bersebelahan rumah walit yang telah beroperasi lebih 4 tahun yang lalu. Kehadiran walit juga terlalu ramai dicentra walit tersebut lebih ramai dari centra walit Kampong China Kuala Terengganu. Jenuh juga saya berusaha untuk memancing burung walit ke RBW saya. Bak kata orang melayu habis jampi serapah digunakan barulah mula mendatangkan hasil.

Walau bagaimana pun syabas sekali lagi diucapkan kepada MPKB yang begitu proaktif untuk memajukan industri walit dan dapat melihat peluang pelaburan yang begitu besar dalam industri ini. Pihak Berkuasa Tempatan lain bila lagi. Ada sesetengah PBT bukan berusaha nak tarik pelabur. Pelabur yang telah wujud sendiri pun dirobohkan. Bila nak buat aktiviti jabatan sanggup minta sponsor dari pihak-pihak tertentu. Peluang pendapatan yang ada dirobohkan. Entahlah ……. tak faham saya.

Merealisasikan cita-cita, impian, wawasan dengan memulakan langkah pertama

Ramai yang mempunyai impian , cita-cita, harapan atau wawasan untuk menjadi jutawan. Ada yang berangan-angan untuk menjadi jutawan. Maka jadilah ia seperti saudagar Mat Jenin yang popular itu. Berangan-angan tanpa membuat perancangan adalah angan-angan Mat Jenin. Sebaliknya seorang yang bercita-cita tinggi kemudian membuat perancangan dan menetapkan sasaran atau target untuk mencapainya dalam tempuh masa yang ditetapkan itu adalah wawasan. Justeru itu dimana anda berada sekarang. Berangan-angan atau berwawasan.

Hanya oarang busines yang mampu mensasarkan impian menjadi jutawan. Anda boleh saja memulakan impian untuk menjadi jutawan. Tetapi apakah bidang yang anda hendak ceburi. Bila nak mulakan busines pasti modal menjadi persoalan. Siapa kata busines tak perlukan modal? . Modal asas dan modal pusingan. Tersalah memilah pelaburan bukan sahaja impian tidak menjadi kenyataan , malah menimbulkan bencana.

Jika anda memilh industri penternakan burung walit/walet sebagai bidang busines yang ingin anda ceburi mungkin impian anda untuk menjadi jutawan mungkin menjadi realiti dalam tempuh waktu yang tertentu. Kerana industri walit boleh memberi pulangan hasil yang cukup lumayan secara jangka panjang sehingga dinikmati keturunan anak cucu. Sebab itu lah kaum cina sanggup mengubahsuai bangunan kedai semata-semata untuk melabur dalam industri ini. Kaum cina sebenarnya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kaum melayu, kaum cina menguasai sebahagian besar bangunan rumah kedai diseluruh negara. Oleh itu modal permulaan untuk memulakan industri ini tidaklah menjadi persoalan yang besar. Kaum cina akan menggunakan peluang yang ada pada mereka secara maximum dalam apa-apa bidang yang mereka ceburi. Begitu juga apabila terlibat dengan industri burung walit mereka bersungguh.

Ramai yang beranggapan lokasi yang sesuai  untuk menternak burung walit hanya berpusat dibandar atau di pinggir laut sahaja.Sebenarnya tidak, malah telah dibuktikan bahawa kawasan pendalaman yang kaya dengan sumber makanan juga sesuai untuk menternak walit. Maka disinilah peluang yang terbentang luas kepada kaum bumiputera yang mempunyai kelebihan keatas pemilikan  tanah pertanian untuk melabur dalam industri menternak walit.

Yang menjadi persolan kapada kaum bumiputera ialah modal permulaan untuk mendirikan bangunan. Jika anda fikir untuk menternak walit anda memerlukan bangunan tinggi 3 atau 4 tingkat. Maka andaian itu adalah salah. Jika demikian mungkin cita-cita anda hanya menjadi impian yang tidak munkin menjelma. Bagaimana jika anda memulakan projek yang kecil sahaja dahulu . Bermakna anda telah memulakan langkah. Untuk berlari 1000 langkah pasti anda perlu mulakan dengan langkah yang pertama. Jika langkah pertama itu telah bermula maknanya anda telah mula membuat perancangan untuk menjadi jutawan. Jangan hanya berbicara untuk jadi jutawan tetapi tidak memulakan langkah pertama itu.

Mengapa saya sarankan anda agar terlibat dalam industri walit untuk menjadi jutawan. Di sini aya paparkan carta perbandingan pulangan pelaburan antara simpanan tetap, pasaran saham dan rumah burung walit. Saya yakin sasaran anda untuk menjadi jutawan pasti berjaya dalam industri walit asalkan anda telah memulakan langkah yang pertama itu.

Rumah burung walit yang tidak mendapat keizinan Pihak Berkuasa Tempatan t

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah memulakan operasi penutupan operasi rumah burung walit diatas pasaraya ASTAKA Kuala Terengganu. Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu En Mohd Anuar Endut berkata arahan penutupan tersebut terpaksa dilaksanakan kerana pemiliknya yang juga pemilik Pasaraya ASTAKA gagal mematuhi perjanjian sewaan bangunan tersebut. Bangunan pasaraya tersebut adalah milik MBKT. Pihaknya telah membuat pemeriksaan keatas  rumah burung tersebut beberapa hari yang lalu.

 Tingkat atas bangunan pasaraya tersebut telah diusahakan dengan industri menternak burung walit sejak beberapa tahun yang lalu. Mengikut maklumat seorang rakan yang pernah melihat sendiri proses pemungutan sarang diatas bangunan ASTAKA tersebut pada tahun 2005 pemiliknya telah berjaya mengutip sarang sebanyak 20KG sekali kutipan. Selepas 3 tahun adalah dianggarkan pemiliknya mungkin dapat mengutip 3 kali ganda daripada jumlah tersebut. RBW yang terletak dilokasi centra walit bersebelahan dengan sungai Terengganu yang menjadi tapak sukan air Monsum Cup yang tersohor didunia itu.

Isu penguatkuasaan menjadi hangat kembali di Terengganu kerana terdapat lapuran media yang negetif terhadap industri walit dengan niat jahat untuk mencemarkan imej orang-orang tertentu. Lapuran lebih menjurus kepada rasa sakit hati, dengki  dan seumpamanya. Lapuran adalah bersifat prejudis bagi mengesa pihak kerajaan bertindak terhadap  industri ini.

Apa yang berlaku di Kemaman umpamanya terdapat tiga buah rumah burung yang diarah memberhentikan operasi malah dirobohkan dengan alasan yang kerana tiada kelulusan pelan dan kawasan kediaman dan dikuatiri mengangu ketenteraman penduduk. Terlalu banyak andaian negatif yang diberikan sehingga mendorong pihak berkuasa bertindak.

Oleh itu berhati-hatilah bila anda berhasrat untuk melibatkan diri dalam industri ini. Undang-undang dan penguatkuasaan juga boleh jadi penghalang kepada kejayaan anda.Bukan sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung.  Walau pun potensi dalam industri ini besar tetapi kejahilan mereka yang berkuasa memahaminya menyebabkan pelabur menjadi mangsa.  Pada mereka yang tidak memahami burung walit mereka menyamakan burung walit sama dengan burung layang-layang sapah yang bersarang dikaki lima bangunan dan mengotorkan kawasan dengan najisnya. Tetapi sifat begitu tidak pada burung walit yang bersaram dalam bangunan yang gelap. Saya pun tidak faham bagaimana bunyi burung walit boleh menjadikan kacau gangu kepada orang awam.

Garis panduan perusahaan burung layang-layang dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Akta 171 adalah adalah akta kerajaan tempatan 1976  memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  berhubung perkara-perkara kewangan dan lain-lain bidang dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Manakala Akta133 adalah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Akta ini menentukan kuasa PBT sebagai Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan perancangan, pembangunan dan pembinaan jalan, parit dan bangunan serta menentukan syarat bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunania. Diantara kesalahan yang boleh di kompaun dibawah akta ini ialah S.70(1)Mendirikan bangunan tanpa kebenaran[ denda di bwh S.70(13)] denda RM25,000.00

Garis panduan perusahaan burung layang-layang akan dirangka / Utusan Malaysia 22 Ogos 2008

KUALA TERENGGANU 21 Ogos – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan merangka garis panduan mengusahakan ternakan burung layang-layang di bandar raya ini pada 26 Ogos ini.

Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merangka garis panduan perusahaan ternakan burung berkenaan yang bersesuaian dengan persekitaran Kuala Terengganu.

Menurut beliau, draf garis panduan itu akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan sebelum boleh dilaksanakan.

”Draf berkenaan akan meliputi pelbagai aspek termasuk pelesenan dan semua perkara yang bersesuaian untuk menjalankan perusahaan tersebut di sini,” katanya selepas Majlis Perasmian Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas Tepuh-Batu Enam di Pekan Batu Enam di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan baru-baru ini bahawa kementerian telah mengeluarkan garis panduan lesen perusahaan tersebut kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menangani masalah perusahaan burung itu di kawasan berdekatan tempat tinggal penduduk.

Mat Razali berkata, MBKT mendapat pelbagai aduan tentang bunyi bising dan bau busuk najis burung berkenaan daripada penduduk yang tinggal berdekatan kawasan penternakan untuk sarangnya.

”Pengusaha berkenaan tidak mempunyai lesen dan mengusahakan ternakan burung berkenaan berdekatan kawasan perumahan dan ia menyalahi Seksyen 133 Akta Jalan, Perparitan dan Bangunan.

”MBKT telah mengeluarkan notis amaran kepada mereka dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang mencari kaedah yang sesuai dalam usaha menangani masalah berkenaan termasuk mengenal pasti kawasan baru untuk menempatkan perusahaan itu.

 

Rumah Burung Walit di Pulau Redang Terengganu pun dibantah!

Pulau Redang 16 september 2008 –  Terdapat 7 buah gua yang menjadi habitat asal burung layang-layang di Terengganu. Sejak tahun enam puluhan lagi Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Perhutanan mengeluarkan permit pajakan untuk memungut sarang burung di gua-gua yang terdapat di Pulau Redang. Harga pajakan bertambah dari tahun ke setahun hinggakan mencapai ratusan ribu ringgit setahun. Dahulu pemajak tidak mengupah orang untuk menjaga gua-gua disini. Tetapi hari ini gua-gua ini telah dikawal daripada dicerobuhi pencuri sarang.

 

Walau bagaimana makanan yang ada di kawsan Pulau Redang tidak mampu menampung pembiakan burung walit disini. Setiap hari burung walit disini keluar memburu makanan didaratan Terengganu sehingga mencapai radius ke Tasik Kenyir.

 

Potensi walit yang ada disini menarik minat YB Ustaz Kazan Che Mat ia itu ADUN Batu Rakit yang juga Yang Berhormat untuk Pulau Redang . lantas mencadang supaya penduduk Pulau Redang mengambil inisiatif menternak burung walit di Pulau Redang. Saranan beliau disambut oleh anak buahnya dengan menjalankan projek contoh disini. Usaha beliau ini telah mula membuahkan kejayaan. Projek ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat disini dalam memperbagaikan usaha menambahkan pendapatan. Tidak hanya bergantung kepada sumber laut menjadi nelayan sahaja. Begitulah hebatnya wawasan YB Ustaz Kazan untuk melihat masyarakat Pulau Redang maju.

 

Namun begitu usaha beliau ini disalah ertikan oleh sebahagian kecil penduduk yang anti pembangunan sepertimana yang saya petik dari sebuah blog :


“Mereka yang dihubungi Buletin Online juga mengadu kegiatan menternak burung walit dalam kawasan kediaman, amat mengganggu suasana kehidupan seharian mereka.


Selain terganggu dengan bunyi bising pada waktu pagi dan petang, menurut mereka, ‘sarang burung’ tersebut mencemarkan kebersihan persekitaran kampung.  

”Ia sangat merimaskan kerana terlalu dekat dengan rumah saya, bunyi bising bila burung masuk sarang pagi dan petang,”kata Idrus Md Amin, 43, (gambar kiri) yang mendakwa bangunan sarang burung itu dibina dibelakang rumahnya.

 

“Saya harap pihak berkenaan dapat ambil tidakan segera kerana isu bangunan ‘haram’ ini sudah melarat dan mungkin menyebabkan perpecahan,”jelas beliau yang mengatakan, sejak sarang burung itu diusahakan awal tahun ini, penduduk juga tidak dibenarkan membakar sampah kerana asap daripada pembakaran itu boleh mengganggu kehadiran burung walit.

Beliau mendakwa pembinaan bangunan bernilai RM100,000.00 (gambar kanan) itu dalam pengetahuan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan diusahakan oleh seorang penduduk asal Pulau Redang, namun kini tidak lagi menetap di kampong tersebut dan tinggal di Batu Rakit.

 

Selain penduduk, menurutnya, bunyi bising daripada sarang burung itu juga turut mengganggu para pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang yang terletak kira-kira 100 meter dari bangunan sarang burung itu.

 

“Suasana aman dan hening waktu pagi di kampung ini tidak ada lagi sejak ada bangunan ‘haram’ dan usaha menternak burung laying-layang itu,” tambah beliau.”

Begitulah hipokritnya orang yang anti pembangunan ini. Mereka besikap hasad dengki dan cemburu serta iri hati dengan kejayaan orang lain. Berpuloh tahun dah burung walit mendiami Pulau Redang tiada masalah pun dengan kekotoran. Tengoklah sendiri gambar setelite begitu jauh dari sekolah macam mana dikatakan menganggu pelajar sekolah. Tak menasabah langsung.

Bantahan Rumah Burung Walit lagi di Terengganu.

The Star 12 Ogos 2008 , YB Toh Chin Yow meminta Majlis Bandaraya dan Pejabat Kesihatan Negeri menganbil tindakan tegas dan segera keatas pemilik rumah burung walit di Kondo Rakyat , Kuala Ibai, Kuala Terengganu ekoran lapuran Harian Metro Khamis 4 September 2008 bertajuk rumah burung walet gangu persekitaran. Lapuran itu juga memetik kenyataan Naib Presiden Persatuan Perdagang Burung Walet Terengganu, Lim Yu Teck yang berkata walaupun Kerajaan Negeri Terengganu belum lagi mengeluarkan syarat untuk pengusaha burung walet, peraturan mengenai jabatan kerajaan dibawah Kementerian  Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah jelas. “ semua sarang burung tidak dibenarkan didirikan dikawasan kediaman kecuali di kawasan komersial yang turut merangkumi rumah kedai  dan suara burung hendaklah dimainkan 12 jam dari 7.00  pagi hingga 7.00 malam tidak melebihi 60 desibel diukur pada jarak enam meter dari bangunan.

Mengulas kenyataan tersebut seorang penggiat burung walit yang aktif En Junos Dummi  mempertikaikan perbezaan antara kawasan kediaman dan kawasan komersial. Apakah Pihak berkuasa Tempatan mahu melihat kawasan bandar akan menjadi bandar hantu (gost town) yang tidak lagi dijalankan kegiatan perniagaan sepertimana Kitaran Indonesia. Atau pun aktiviti perniagaan dihentikan seperti mana sebuah kompleks perniagaan komersial di Perak. Apakah kawasan komersial tidak ada penghuni maka ia patut dibenarkan.  En Junos berharap pihak majlis bandaraya mengambil tindakan yang sama terhadap pengusaha rumah burung walit di Kampong China dan juga di Jalam Tok Lam, Kuala Terengganu. Bukan sahaja mendapat bantahan penduduk sepertimana gambar malah berhadapan dengan istana dan juga masjid. Kewujudan rumah burung walit berhadapan dengan Hotel Mid Town juga menjejaskan perniagaan hotel tersebut. Janganlah mengambil tindakan double standard rumah burung di Kondo Rakyat diminta diambil tindakan tegas rumah burung di Kampong China dan dijalan Tok Lam pihak berkuasa seolah-olah menutup sebelah mata. Lebih-lebih lagi wujud bantahan yang keras dari penduduk dan peniaga disitu. Bagaimana pula dengan rumah burung diatas pasar raya Astaka. Khabarnya bagunan tersebut  milik. …… sendiri.

Perlu juga dibuat kajian secara terpeinci mengapa begitu banyak kondo rakyat tidak ada penghuni. Siapa sebenarnya pemilik kondo rakyat tersebut. Katanya kualiti pembinaan kondo rakyat sangat teruk sehingga berlaku kebocoran disana sini sehingga ketingkat bawah. Keadaan ini mendorong penghuninya berpindah dan ada yang menjualnya. Sebab itulah pengusaha rumah burung mengubah suai untuk ternakan burung.

Burung walit tidak suka duduk di rumah bunglow ?

Sebuah rumah bunglow satu tingkat telah diubahsuai menjadi rumah walit beberapa tahun yang lalu. Pemiliknya agak kedepan dalam visinya dalam merealisasikan impian menjadi jutawan. Memandangkan kadar sewa rumah di Kuala Terengganu tidaklah semahal mana berbanding dengan bandar lain di Malaysia. Pemiliknya dengan berani mengubahsuai rumah tersebut menjadi rumah walit dengan tujuan memelihara burung walit. Indonesia memanggilnya membudidaya walit.

Namun begitu hasrat pemilik ini tidak kesampaian. Apa sebabnya saya tak pasti , yang jelas setiap hari saya melewati rumah ini dalam perjalanan ke tempat kerja. Rumahnya agak besar dan lokasinya amat strategik . Pada tahun 2005 saya pernah membuat ujian lokasi dikawasan ini dan mendapati burung walit sangat banyak. Terletak berhampiran dengan sungai ibai, Kuala Terengganu. Kawasan sungai dipenuhi dengan pepohon nipah. Di Terengganu kawasan pokok nipah ini lebih dikenali sebagai kawasan baran , amat sesuai untuk pembiakan serangga. Mungkin sebab itulah pemiliknya memutuskan untuk menternak walit di rumah bunglow ini.

Berdasarkan pemerhatian saya selama 2 tahun lalu saya percaya projek menternak walit ini telah ditinggalkan oleh pemiliknya. Setiap kali saya melewati bunglow ini tidak pernah saya nampak adanya burung walit di sini. Mengapa ? ya jadi begitu. Mungkin pemiliknya kecewa beliau gagal untuk memancing walit masuk kerumah tersebut. Mungkin pada awalnya burung datang bila suara walit dibunyikan. Namun burung tak masuk terus kedalam rumah. Apa lagi untuk tidur masuk pun tidak. Membuat sarang jauh sekali.

Pernah juga saya menanyakan pada jiran yang berhampiran. Tiada masalah ganguan, bagi jiran ok aje. Tetapi katanya peralatan audio sistem telah dicuri oleh budak-budak nakal. Selepas kejadian tersebut pemiliknya tidak lagi menggantinya dengan yang baru. Mengapa pemiliknya semacam putus asa. Mungkinkah ganguan dari pihak berkuasa ?. Setakat maklumat yang saya tahu pihak berkuasa Majlis Bandaraya Warisan Persisir Air Kuala Terengganu tidaklah seagresif Majlis Perbandaran Kemaman yang telah bertindak memecahkan dinding 3 buah rumah burung walit di Kampong Mak Lagam Geliga, Kemaman.

Kekecewaan pemilik mungkin disebabkan burung tak masuk kedalam rumah burungnya. Pemerhatian awal saya burung tidak masuk kerana ruang masuk terlalu kecil. Lubang masuk burung ditempatkan di rumah monyet ia itu suatu binaan kecil yang yang didirikan diatas atap bunglow tersebut. Terlalu kecil sehingga burung walit sukar memasukinya dan muntah keluar semula. Nampaknya burung walit ini tidak suka duduk walaupun rumah rumah bunglow disediakan untuknya.

Membangunkan rumah walit dalam tanah pertanian tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa

Soalan lazim yang selalu ditanya oleh mereka yang berminat untuk membina rumah burung walit  ialah bagaimana membina rumah burung yg paling sesuai .Teknik dan strategi untuk memanggil burung masuk, pemilihan lokasi dan   bagaimana memastikan burung selesa untuk tinggal dalam rumah yang disediakan.

Burung walit boleh diternak pada bangunan yang dibina khusus untuk tujuan tersebut ataupun mengubahsuai premis yang sedia ada seperti rumah kedai  atau rumah kediaman .  Namun begitu kedua-duanya bergantung kepada kemampuan dan modal pengusaha. Sekiranya bangunan telah sedia ada, maka kerja-kerja pengubahsuaian bangunan tersebut perlu dilaksanakan. Plan pengubahsuaian perlu mendapat nasihat pakar atau konsultan yang benar-benar mahir  dalam bidang ini . Jika tidak rumah burung anda akan bermasalah. Dalam artikel ini saya tidak boleh memaparkan kaedah sebenar pengubahsuaian tersebut. Nanti saya kena marah oleh konsultan. Faham-faham je lah zaman sekarang. Saya percaya banyak kursus dan seminar dianjurkan berhubung dengan perkara ini. Biasanya diiklankan dalam akhbar.

Mengubahsuai premis perniagaan atau rumah kediaman mungkin ada masalah dengan pihak berkuasa seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Kelulusan perlu pihak berkuasa perlu diperolehi terlebih dahulu. Namun begitu tidak banyak Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai peruntukan undang-undang untuk membolehkan premis perniagaan atau kediaman diubahsuai untuk ternakan burung walit. Boleh dikatakan sebahagian besar rumah burung yang terdapat dibandar atau dipekan dilakukan secara haram atau tanpa kelulusan lesen dari pihak berkuasa.

Paling baik adalah membina bangunan khusus untuk menternak burung walit. Bangunan ini boleh didirikan dalam kawasan kebun atau ladang. Tiada siapa yang boleh mengangu anda. Mengikut garis panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bangunan rumah burung hendaklah dibina sekurang-kurangnya 100 meter dari kawasan kediaman. Jika tapak yang anda cadangkan untuk membina rumah burung itu adalah tanah pertanian, anda berhak membina sebuah bangunan diatas tanah tersebut dan tiada undang-undang yang boleh menghalang anda berbuat demikian. Tanah dengan syarat pertanian anda tidak perlu mengubah syarat tanah kepada bangunan kerana ia dibenarkan untuk membina sebuah bangunan untuk tujuan pertanian  mengikut Kanun Tanah Negara (KTN).

 

Kawasan pertanian adalah kawasan perburuan makanan burung walit. Apa lagi sekiranya kawasan tersebut terdapat sungai , tasik, kolam  atau taliair. Ia adalah lokasi yang sesuai untuk membina bangunan rumah burung walit. Namun begitu sebelum membuat keputusan untuk membina rumah burung walit anda harus membuat ujian lokasi terlebih dahulu. Ujian lokasi boleh dilakukan dengan menggunakan tweeter yang dipasang pada sebatang galah dan dibunyikan suara walit melalui CD plyer kereta atau alat yang dibuat khas untuk tujuan tersebut. Unjian ini penting untuk menentukan tapak projek tadi kawasan laluan burung walit atau tidak.

 Anda boleh menggunakan strategi jitu memikat walit sepertimana yang disarankan oleh Pak Hendri Mulia untuk memastikan kejayaan rumah burung walit anda. Tentang suara yang sesuai anda boleh mendapatkannya dari konsultan yang berhampiran dengan tempat anda.

Kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarat

Rumah burung walit kawanku diceroboh lagi

Kuala Terengganu 9 September 2008 Rumah burung walit milik kawanku yang terletak diluar bandar dimasuki pencuri. Modus operandinya sama sepertimana berlaku pada rumah burung En Zabri dan En Jeff. Motifnya untuk mencuri suara berkualiti. Barangan lain yang lebih beharga dari CD player dan amlifier tidak pula dilarikan pencuri. Ingine sangkut boat yang diletakkan ditempat yang sama tidak pula disentuh. Nampaknya pencuri memang mencari suara yang  terbukti membuahkan hasil.

 

Kawanku ini telah mengusahakan projek membudidaya walit sejak 6 tahun yang lalu dan terkenal sebagai pengusaha yang berjaya di Kuala Terengganu. Beliau yang mempunyai beberapa rumah burung walit tidak mejangkakan perkara ini akan terjadi pada rumah burung. Salah satu rumah burung beliau yang agak tersembunyi ini tidak dilengkapai dengan sistem keselamatan yang canggih.

 

Beliau tidak bercadang untuk membuat laporan polis yakin akhirnya pencuri akan dapat dikenal pasti kerana sebagai orang yang berpengalaman kenal suara yang digunakan memang berbeza dengan yang lazim digunakan di Kuala Terengganu. Begitu juga En Zabri dan En Jeff juga kenal dan dapat membezakan suara yang digunakan dengan suara-suara yang lain.

 

Perbuatan begini adalah perbuatan yang tidak profesional dalam industri burung walit. Jika ingin menjadi konsultan pun biarlah kita mempunyai banyak kelebihan bukan sekadar tahu ilmu pertukangan sahaja. Ilmu mencipta suara pun seharusnya kita miliki jua. Kegairahan membangunkan rumah burung yang sangat ketara berlaku di Terengganu hari sangat dirasai kerana ramai yang tahu akan potensi negeri Terengganu adalah lembah walit yang terkemuka di negara ini.

 

Mengikut kajian Jabatan Perhilitan seluruh kawasan di negeri Terengganu adalah sesuai untuk dibangunkan rumah burung walit kerana Terengganu adalah satu-satu negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai habitat asal burung walit yang menghuni gua-gua di Pulau Redang, Pulau Kapas dan juga Pulau Tinggul. Burung-burung walit yang menghuni ini gua ini menjadikan kawasan perburuannya di daratan diahtara Tasik Kenyir dan persisiran pantai. Bertuahnya orang Terengganu. Anugerah Allah pada negeri orang beriman.

Mengenal suara bunyian walit yang berkualiti

Seorang peminat walit memberitahu semasa pamiran pertanian (MAHA) beliau membeli CD suara walit lalu diujinya dengan menggunakan CD player kereta dan menyambung tweeter menggunakan galah , apa yang berlaku terdapat kira-kira 50 ekor burung walit  datang berputar diudara diatas tweeter yang dipasang. Beliau menanyakan apakah suara tersebut berkualiti untuk memancing walit. Saya fikir suara tersebut termasuk dalam kategori suara yang berkualiti juga. Jika tidak mana mungkin dapat menarik burung walit datang dalam bilangan yang begitu banyak.


Bagi memilih suara yang berkualiti kita harus mencuba banyak suara dari berbagai sumber. Suara ini biasanya dirakam dari  berbagai lokasi. Biasanya dirakam dalam rumah burung dikawasan centra walit atau pun dikawasan habitat asal. Rakaman yang dibuat didalam rumah burung atau pada habitat asal didalam gua yang dihuni oleh burung walit dengan menggunakan alat perakam khas. Jenis suara dikenali mengikut lokasinya ada suara Kuala Terengganu, suara Kota Bharu, suara Kuantan dan sebagainya. Bunyi suara ini mengikut populasi burung walit tersebut. Suara yang dirakam tadi akan dapat akan menarik koloninya. Melalui pemerhatian burung walit sangat sensitif dengan bunyi seperti stlyroform yang bergesel dengan kaca. Bunyi itu pun akan menarik burung walit datang berlegar-legar diatas kepala kita. Kadang-kadang semasa kita berada dikebun kadang-kadang bunyi takekan parang dengan kayu pun dapat menarik burung walit datang berlegar-legar diatas tempat kedengaran bunyi tersebut. Oleh itu jangan hairan jika anda bunyikan CD suara walit ia akan datang berlegar. Secara berkebetulan burung walit sedang memburu makanan dikawasan tersebut maka jika berlaku sesuatu perubahan persekitaran dikawasan tersebut akan menarik perhatian walit-walit tersebut.

Anda jangan terperanjat jika mendapati suara yang dipasang akan mampu menarik terlalu ramai burung datang . Mungkin suara ini dirakam dalam keadaan burung stress. Suara begini biasanya digunakan untuk menguji penentuan lokasi yang sesuai bagi membina rumah burung walit. Anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan suara jenis  ini untuk dipasang pada pintu masuk rumah burung anda kerana ia tidak akan bertahan lama.Burung akan menhilangkan diri secara perlahan lahan . Jika suara ini digunakan rumah burung yang telah dihuni burung pun boleh jadi kosong.

Jadi bagaimana untuk memilih suara yang berkualiti. Suara yang berkualiti tidak semestinya suara rakaman ia boleh jadi suara asli atau suara rakaman atau suara palsu atau pun suara artificial. Suara palsu adalah suara dirakam bukan dari bunyi asal burung sepertimana yang dijelaskan diatas . Ia adalah suara bunyian seperti suara gesekan stlyroform dengan gelas, takekan parang dengan kayu, bunyi serangga dan lain-lain. Ianya diadun menjadi suara palsu burung walit. Manakala suara artificial pula adalah suara yang yang dicompose oleh komposer suara burung walit ia itu gabungan antara suara asli dan suara palsu tadi.

 

 

 

Oleh itu suara yang terbaik ialah suara yang dapat menarik burung dari jauh bukan sahaja datang berlegar diatas tweeter tetapi hinggap atau bergayut pada tweeter yang dibunyikan. Jika suara ini dipasang pada lubang masuk rumah burung , pasti walit akan terusan masuk kedalam rumah tersebut. Anda boleh perhatikan lenggok atau cara burung masuk kedalam rumah burung pasti anda dapat membezakan samada suara tersebut berkualiti atau tidak. Cara atau lenggok burung walit yang berputar ikut pusingan jam adalah berbeza dengan burung walit yang berputar lawan pusingan jam. …Hanya jauhari yang mengenal maknikam.

 

 

 

 

 

Khasiat Sarang Burung Walit

Sarang burung walit dipercayai mempunyai banyak khasiatnya. Khususnya dalam mengurangkan masalah kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi spleen perut , masalah  berkaitan dengan paru-paru, dan hati.  Sarang burung ini digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, tuberculosis, batuk dan phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemoptysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, dan lain lagi. Sarang burung juga digunakan  bagi batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga, dan lain-lain.


Cara penggunaan bagi masalah kurus, kurang selera makan, masalah perut, berpunca dari sakit yang berpanjangan. Rebus sarang burung dengan susu atau dengan ayam, atau jus daging. 

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan masakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan merebus sarang burung ini sebanyak dua kali di dalam porcelain pot. Pada awalnya

Rendamkan sarang burung di dalam air sejuk selama 5 hingga 6 jam kemudian tukar air sekali. Bersihkan bulu-bulu dan bahan-bahan lain yang terdapat pada sarang tersebut. Sejatkan bagi mengeringkannya. Rebus dengan kadar secawan air bagi setiap 20gram dengan panas yang sederhana selama 10 hingga 15 minit, kemudian tambahkan gula batu atau garam secukup rasa. 

Gula batu ditambah bagi menambahkan lagi rasanya semasa sepuluh minit  terakhir masakan tersebut. Sesetengah orang menambah daun pandan ataupun ginseng bagi menambahkan lagi rasanya. Cara pemasakan ini disyorkan bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan terapi. Sarang burung yang dikukus perlukan dihidang semasa masih panas dan sudu porcelain digunakan sebelum tidur dan disyorkan diambil semasa awal pagi bagi kesan yang maksimum. 

 

 Kajian Moden Sarang burung layang-layang (edible) mengangdungi glycoprotein dengan bahan-bahan protein dan karbohidrat. Kandungannya merangkupi salivary mucin dengan high ash sebanyak 2.3 peratus.  Ia mengandungi 10.8 peratus nitrogen yang pelbagai jenis. Terdapat juga 15.4 peratus karbohidrat dengan phosphorus, asernate, sulphur, kalsium, lemak, zat besi, kalium, hexosamine, dan vitamin B1.  Jumlah tenaga bagi 100 gram sarang burung (edible) ialah 345 kilocalories. Jumlah protein yang terdapat pada sarang burung ini ialah sebanyak 49.9 peratus. 

Sarang burung telah disyorkan penggunaannya bagi menguatkan badan bagi melawan penyakit yang berkait dengan darah yang lemah atau badan yang panas, sejuk, selsema, batuk, asma dan lain lagi. Penggunaan sarang burung juga disyorkan bagi melawan beberapa penyakit yang lain lagi seperti kanser dan untuk mengembalikan kesihatan daripada selepas sakit, atau pembedahan. Pengambilan sarang burung layang-layang yang kerap boleh memberikan seseorang itu kekuatan fizikal dan mental serta mengekalkan awet muda. Tonik daripada sarang burung ini juga digunakan bagi mengembalikan ketegangan kulit dan melambatkan proses penuaan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.